CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Sukan Lihat artikel

Kelantan perlu buru gol tempat lawan - Farhan

8-5-2015 03:17 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 1849| Komen: 0

Description: Kelantan perlu memburu gol ketika bertandang ke tempat lawan menjelang aksi separuh akhir pertama Piala FA menentang Pahang di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Sabtu ini.Pemain tengah Kelantan Mohd Nor ...


Kelantan perlu memburu gol ketika bertandang ke tempat lawan menjelang aksi separuh akhir pertama Piala FA menentang Pahang di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Sabtu ini.

Pemain tengah Kelantan Mohd Nor Farhan Muhammad berkata beraksi di tempat lawan pada aksi pertama memberi kelebihan buat The Red Warriors (TRW) untuk membuat persiapan rapi menjelang perlawanan itu.

"Apa yang istimewa, kami bermain di Pahang dulu dan kami akan cuba dapatkan beberapa jaringan serta elak daripada bolos.

"Ini merupakan misi kami pada perlawanan itu dan kami sememangnya mahu masuk perlawanan akhir Piala FA...kami harapkan keajaiban," katanya ketika ditemui pemberita pada sesi latihan di Stadium Sultan Muhammad IV, hari ini.

Beliau berkata rakan sepasukan perlu segera melupakan kekalahan 2-3 di tangan Sarawak di Stadium Negeri, Kuching dalam saingan Liga Super Sabtu lepas dan fokus kepada saingan Piala FA.

"Memang moral pemain sedikit jatuh selepas tewas dengan Sarawak tetapi coach (Mohd Azraai Khor Abdullah) telah pulihkan kembali semangat pemain.

"Rata-rata mereka telah bersedia dan ingin buktikan sesuatu pada perlawanan tersebut. Kami akui Pahang memang pasukan yang baik dan tidak pandang rendah mereka," kata Mohd Nor Farhan.

Beliau turut mengingatkan barisan pertahanan supaya mengawasi kelibat bekas pemain TRW iaitu Dickson Nwakaeme dan Matías Conti yang mampu memberi masalah kepada TRW.

"Pahang mempunyai barisan pemain import berkualiti dan mereka dapat membantu pasukan, kami cuma perlu lebih berhati-hati," katanya.

Perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Kelantan dan Pahang berlangsung pada 16 Mei ini di Stadium Sultan Muhammad IV di sini.


sumber:www.stadiumastro.com

3

Bagus

Marah
2

Terkejut
2

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 09:57 PM GMT+8 , Processed in 0.112118 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top