CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Sukan Lihat artikel

Saya Yakin Chong Wei Akan Ke Olimpik - Kj

19-5-2015 10:39 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 1029| Komen: 0

Description: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yakin Datuk Lee Chong Wei akan layak beraksi pada Sukan Olimpik 2016, berdasarkan prestasi ditampilkannya pada Piala Sudirman yang sedang berlangsung di Dongg ...



Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yakin Datuk Lee Chong Wei akan layak beraksi pada Sukan Olimpik 2016, berdasarkan prestasi ditampilkannya pada Piala Sudirman yang sedang berlangsung di Dongguan, China.

Beliau berkata jaguh badminton negara itu menampilkan prestasi terbaik walaupun pasukan negara gagal mara lebih jauh pada kejohanan berkenaan selepas tumpas kepada Korea Selatan pada saingan suku akhir, semalam.

Khairy berkata walaupun Chong Wei berada di ranking ke-46 dunia, beliau masih mampu menewaskan pemain nombor empat dunia, Srikanth Kidambi dari India di peringkat kumpulan dan pemain nombor lima dunia Son Wan Ho dari Korea Selatan.

"Chong Wei berada pada prestasi terbaik. Saya yakin dia akan layak ke Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Dasar Belia Malaysia oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, di sini hari ini.

Piala Sudirman merupakan kejohanan pertama Chong Wei selepas menjalani hukuman penggantungan lapan bulan, atas kesalahan doping pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos tahun lepas.

Mengulas mengenai prestasi pasukan Malaysia pada Piala Sudirman, Khairy berkata pemain negara berjaya mencapai sasaran mara ke suku akhir seperti yang ditetapkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

"Walaupun kita kalah kepada Korea Selatan di suku akhir, tetapi kita kalahkan mereka di peringkat kumpulan dan itu menunjukkan kita boleh tewaskan mereka.

"Cuma semalam, apabila beregu lelaki kita kalah, kedudukan tidak memihak kepada kita kerana beregu wanita kita masih belum cukup kuat," katanya

Pada Piala Sudirman 2015, Malaysia menewaskan juara tiga kali Korea Selatan 3-2 dan juga India 3-2 pada saingan peringkat kumpulan.

Namun, impian skuad badminton Malaysia untuk mara lebih jauh pada kejohanan itu berakhir selepas tewas 1-3 kepada Korea Selatan dalam saingan suku akhir.

Khairy berkata pasukan negara kini dalam proses pembinaan semula pemain, di samping melahirkan bakat baharu bagi menggantikan Chong Wei pada masa akan datang.


sumber:www.stadiumastro.com



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 08:36 PM GMT+8 , Processed in 0.036668 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top