CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Sukan Lihat artikel

Hamidin dilantik sebagai pengurus Harimau Malaya

15-5-2015 06:42 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 1171| Komen: 0

Description: Setiausaha Agung Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dilantik sebagai pengurus pasukan kebangsaan berkuat kuasa hari ini. Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berk ...


Setiausaha Agung Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dilantik sebagai pengurus pasukan kebangsaan berkuat kuasa hari ini.

Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata Hamidin akan menguruskan pasukan itu sehingga seorang bekas pemain kebangsaan dilantik ke jawatan itu.

"Seorang anggota exco benar-benar sesuai memegang jawatan itu...itu amalan tetapi tiada anggota exco tampil apabila ditawarkan. Saya cuba nak buat pembaharuan dengan dapatkan seorang bekas pemain kebangsaan untuk posisi itu pada masa hadapan.

"Datuk Hamidi akan menamakan bekas pemain kebangsaan itu...ketika ini belum ada nama," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco persatuan itu di Wisma FAM, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata persatuan itu juga akan mempertimbangkan untuk menjadikan ketua jurulatih sebagai pengurus pasukan pada masa akan datang.

Pengurus skuad 'Harimau Malaya' terdahulu, Datuk Sudarsono Osman, yang dilantik ke jawatan itu pada Julai 2014, mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan itu disebabkan komitmen sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) pada awal April lepas.

Sementara itu, Hamidin, yang mengakui tugas itu sebagai berat, yakin untuk membawa pasukan kebangsaan ke pusingan akhir Piala Asia 2019 di Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

"Pada masa terdekat ini, 11 dan 16 Jun merupakan tarikh yang mustahak untuk kelayakan Piala Asia dan Piala Dunia. Kita mesti cuba dapatkan enam mata apabila bertemu dengan pasukan Palestin dan Timor Leste di Bukit Jalil nanti.

"Itu harapan kita dan (ketua jurulatih) Dollah Salleh bersama barisan jurulatih telah kita hantar ke Jepun untuk sebagai persediaan. Selain itu, sudah tentu saya nak baiki ranking kita, tak nak turun lagi daripada tangga ke-166," katanya.

Untuk kelayakan Piala Dunia 2018 Rusia (peringkat Asia) dan Piala Asia 2019 UAE, yang diadakan secara serentak, Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama-sama UAE, Arab Saudi, Palestin dan Timor Leste, di mana setiap pasukan akan beraksi sebanyak lapan kali, empat di tempat sendiri dan empat di tempat lawan.


sumber:www.stadiumastro.com


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 02:40 PM GMT+8 , Processed in 0.029628 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top