CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Nasib Anwar bagai Nelson Mandela'

5-5-2015 10:03 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 7765| Komen: 58

Description: PERMATANG PAUH - Nasib bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka berakhir seperti Nelson Mandela yang diangkat menjadi Presiden Afrika Selatan selepas dipenjarakan 27 tahun ...


  • Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin (kanan sekali) pada Forum Anak Muda, anjuran March 2 Freedom dan Anwar Ibrahim Club (AIC), di Hotel Light, Seberang Jaya, Pulau Pinang, hari ini. - Foto Sinar Sinar Harian oleh GOKINA MORGANAN.

PERMATANG PAUH - Nasib bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka berakhir seperti Nelson Mandela yang diangkat menjadi Presiden Afrika Selatan selepas dipenjarakan 27 tahun.

Timbalan Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Prof Madya Dr Shahruddin Badaruddin berkata, keadaan itu boleh terjadi jika berlaku perubahan kepada kepimpinan utama negara.

"Banyak perkara (kemungkinan) boleh berlaku dalam batas politik negara, kita tak boleh mengatakan bila Anwar dipenjarakan, masa depan politik akan berakhir.

"Sebaliknya nasib Anwar boleh jadi seperti Nelson Mandela, pada umurnya 70-an, keluar (penjara) jadi presiden," katanya kepada pemberita selepas Forum Anak Muda, anjuran March 2 Freedom dan Anwar Ibrahim Club (AIC), di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau optimis Anwar akan dibebaskan lebih awal sama ada menerusi proses perundangan biasa ataupun faktor perubahan politik negara.

"Kita tahu Anwar kena penjara lima tahun, dan mungkin tiga setengah tahun jika berkelakuan baik atau proses biasa seperti pengampunan atau mungkin berlaku pertukaran kepimpinan dalam konteks negara.

"Sudah pasti landskap politik yang berubah itu akan menyebabkan kedudukan Anwar dalam penjara juga berubah," ujarnya.

Ditanya tentang keupayaan Anwar untuk mengambil alih pentadbiran disebabkan faktor umur, beliau berkata perkara bukan halangan kerana bekas ahli Parlimen didakwa masih menyegat dalam politik negara.

"Bagi saya dia (Anwar) masih menyengat dan dia akan menyengat dalam 15 tahun akan datang ini, kalau kita tengok DNA adik-beradik dan ayahnya sendiri, umur mereka panjang-panjang.

"Macam Tun Dr Mahathir sendiri, walaupun umur 90 tahun, bayangkan perkara sama dimiliki Anwar dari segi pemikiran, kesihatan dan umurnya mencecah 67 tahun, dia masih ada 22 tahun lagi untuk beliau berkecimpung dalam arena politik Malaysia," katanya lagi.

4

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bangcak 4-5-2015 05:28 PM
anwart tunggu madey kat lokap.
bila dua2 dah masuk penjara senang sket
nak buat laporan kematian.

"didapati berlaku pergaduhan antara kedua2 pihak"
Quote Anak_Nogori 4-5-2015 09:07 PM
Saya tak pernah dengar plak mandela liwat org.
Quote jitkoyo 4-5-2015 09:32 PM
tak habih meroyan lagi...
Quote primemova 4-5-2015 09:34 PM
Edited by primemova at 4-5-2015 09:37 PM

kesian dia ni... hidup mengejar pangkat sampai ke tua
Quote mbhcsf 4-5-2015 09:37 PM
yet again? dah tak  relevan la.
Quote primemova 4-5-2015 09:59 PM
tak dpt jadi nelson mandela , dpt jadi nelson corn in cup pun jadi la
Quote Acong 4-5-2015 10:38 PM
kesian kena geget nyamuk....... bila nak mampus kena denggi?  
Quote rashiman 4-5-2015 11:04 PM
Sebab apa Nelson Mandela dipenjarakan...
dan
Sebab apa Anwar dipenjarakan...
Quote bangcak 4-5-2015 11:06 PM
rashiman replied at 4-5-2015 11:04 PM
Sebab apa Nelson Mandela dipenjarakan...
dan
Sebab apa Anwar dipenjarakan...

sbb nak guling kerajaan

Quote dodolgemok 4-5-2015 11:10 PM
kasian macai2 sekalian xdpt terima hakikat ini.mungkin kalau suatu hari nnti benda ni jadi realiti, mau terjun lombong tahi babi beramai2 macai ni sbb tak percaya apa yg berlaku
Quote bangcak 4-5-2015 11:13 PM
10taon lagi tak abes2 meroyan pasal anwart.
kawan tu dah masuk jel pon dok buat roadshow
jaja pitenah cubit puting tetek.

org pon dah tak kenal dah anwart tu sapa.
Quote sasuke-kun 4-5-2015 11:21 PM
Cukup2 la hidup berpolitik...banyakkan la ibadah utk bekal hari akhirat...Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.
Quote vandergooh 5-5-2015 01:17 AM
akak ada baca penganalisis politik tulis kerjaya anwar dah berakhir dah dimana dengan umur dia sekarang, dipenjara 5 tahun, bila keluar nanti dilarang berpolitik selama 5 tahun, bermakna 10 tahun dan umur menjangkau ke 80 tahun... maka sekarang dah tamat riwayat politik anwar....
Quote rikiruj 5-5-2015 10:59 AM
first time kena tangkap liwat bole la ko spin konspirasi... 2nd time kalu..  memetik kata2 beliau sendiri.. you can lie to all people some of the time, you can lie to some of the people all the time but you cannot lie to all people all of the time... ayat makan tuan..
Quote Anak_Nogori 5-5-2015 11:09 AM
prof bangang ni nak bandingkan Tun M dgn ketum peliwat tu..
Quote BotakChinPeng 5-5-2015 11:12 AM
Mandela mana ada liwat org
Quote Anak_Nogori 5-5-2015 11:31 AM
[youtube]T9SwUDLOAgA[/youtube]
Quote clarizsa 6-5-2015 07:45 AM
Perasannyaaaaaaaaaaaaaa..... pffttt
Quote boyagombak 6-5-2015 01:30 PM
Anak_Nogori replied at 4-5-2015 09:07 PM
Saya tak pernah dengar plak mandela liwat org.

Ankel pernah lawat Mandela dkt Aprika. Dia cakap omputeh ka Nismialan Minang darul capruit
Setahu saya Mandela ada cakap, nasib baik dkt aprika xder cawangan parti cap keris telanjang. kalau tidak haruslah habeh dia kna telanjang

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:12 PM GMT+8 , Processed in 0.067248 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top