CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kecoh Di Kaunter Menara Maxis Kerana Nombor Vvip Maxis

22-4-2015 09:26 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8825| Komen: 51

Description: Dua Lelaki Yang Menimbulkan Kekecohan Dan Menyimbah Cat Di Ruang Legar Kaunter Perkhidmatan Di Menara Maxis, Jalan Ampang, Hari Ini, Ditahan Polis. Dalam Kejadian Jam 12.06 Tengah Hari Itu, Kedua-Dua ...
Kecoh Di Kaunter Menara Maxis Kerana Nombor Vvip Maxis


KUALA LUMPUR: Dua lelaki yang menimbulkan kekecohan dan menyimbah cat di ruang legar kaunter perkhidmatan di Menara Maxis, Jalan Ampang, hari ini, ditahan polis. Dalam kejadian jam 12.06 tengah hari itu, kedua-dua suspek yang berusia 45 tahun dan 57 tahun dikatakan naik berang apabila tuntutan mereka untuk mendapatkan baki nombor pendaftaran VIP syarikat telekomunikasi itu tidak dilayan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad, berkata siasatan awal mendapati, kedua-dua suspek yang bekerja menjual nombor pendaftaran kenderaan dan nombor VVIP Maxis syarikat telekomunikasi itu cuba mendapatkan 10 nombor pendaftaran telefon berkenaan, Sabtu lalu tetapi Maxis hanya memberikan dua nombor kepada mereka. 

"Seorang daripada suspek yang berusia 57 yang tidak berpuas hati lalu memberi amaran akan datang pada hari ini (Selasa) untuk mendapatkan nombor selebihnya dan jika gagal, suspek berkata dia akan membuat kacau," katanya.

Zainuddin berkata, kedua-dua suspek berkenaan datang semula ke syarikat telekomunikasi itu hari ini menuntut baki nombor pendaftaran telefon berkenaan, namun pihak Maxis tidak melayan mereka menyebabkan suspek mengamuk dan menjerit. 


Katanya, suspek memanggil 10 lelaki lain dan menimbulkan kekecohan di situ sebelum bertindak mencurah cat kuning di ruang legar kaunter berkenaan. "Kedua-dua suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 serta Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu melakukan ugutan jenayah dan khianat," katanya. - BERNAMA

3

Bagus
2

Marah
4

Terkejut
4

Sedih
3

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TuntungReturn 22-4-2015 01:08 AM
elok maxis buat cm jpj...
Quote tungkai 22-4-2015 01:10 AM
Buat sorang2 tak berani harus panggil geng gitu...Ingat ni cerita Tamil ka..??Prfff..
Quote dandindon 22-4-2015 01:11 AM
laaa awat depa tak ajak geng songkok tinggi buat demo depan tu? dapat masuk tv tauu
Quote mommymonster82 22-4-2015 01:15 AM
Baguslah...sebab kadang2 dorng ni suka suki up harga sim kad no cantik..
Quote EJALTI 22-4-2015 01:18 AM
Dah tua2 pun bodoh lagik....

Hauk pangai....
Quote shernazz 22-4-2015 01:18 AM
lain kali ajak rani kulop
Quote exclusive_vvip 22-4-2015 01:21 AM
nombor cantik ke tak cantik ke...tetap ku tak hafal...
Quote NazilaSK 22-4-2015 01:22 AM
45 & 57 ngamuk simbah2 cat?
aiyooookkk
Quote famri7 22-4-2015 01:51 AM
Ummah dah keganasan bagai aur dgn tebing...siap simbah2 cat persis perayaan syiah simbah2 darah ke sis? Bibit2 syiah mula berputik manis.
Quote Changa 22-4-2015 02:08 AM
selayak nya la dgn bangsat2 kertu itu.
mampus lagi baik
Quote anakmak 22-4-2015 03:31 AM
No macam mana yg vvip sgt ni?
Quote penjejak_awan 22-4-2015 06:10 AM
ni mesti kerlink...x pun ummah pendatang
Quote R2D2 22-4-2015 07:14 AM
SUPER VVIP LIST

014 - 23 77777 - RM3888

0111 - 9871111 - RM1888

019 - 520 3333 - RM2000

014 - 285 8585 - RM1200

014 - 288 2288 - RM1800

014 - 288 2828 - RM1800

014 - 288 2882 - RM1800

014 - 288 2282 - RM850

014 - 288 2822 - RM850

014 - 2334567 - RM850
Quote imransulaiman 22-4-2015 07:30 AM
No VVIP ni kalau dah set nama dalam henfon hilang keistimewaan terus! Sebab bila nak dial bukan search nombor pun...kita search nama
Quote kasibiman 22-4-2015 07:46 AM
Vudus nak mampos.
Quote MeghanK 22-4-2015 08:26 AM
Buat apa beli no fon mahal2..bukan org hafal pun..no plat kereta lain lah
Quote haryatie 22-4-2015 08:31 AM
penting sgt ke nombor2 gitu..
Quote Psychedelia 22-4-2015 08:35 AM
kedua-dua suspek yang bekerja menjual nombor pendaftaran kenderaan dan nombor VVIP Maxis


Gangster la tu.. nak beli nombor VVIP lepas tu nak jual kat org dengan hargal mahal melambung..

Dapat untung atas angin je..
Quote julia5094 22-4-2015 08:36 AM
Dunia sekarang macam2 benda pelik...huh..huh...

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:01 AM GMT+8 , Processed in 0.051437 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top