CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nasi ayam pun naik harga

2-4-2015 06:37 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10912| Komen: 40

Description: Menurut Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (Kpdnkk) Negeri, Mohd Salleh Ma’Mor, Beras Tidak Dikenakan Gst, Begitu Juga Dengan Produk Harga Kawalan Lain.
 
Kedai nasi ayam yang dikenakan notis oleh KPDNKK kerana menjual makanan lebih mahal daripada harga sepatutnya.                                                                     


SEREMBAN – GST umpama pesta naik harga bagi segelintir peniaga.

Tinjauan Sinar Harian di sebuah pasar raya semalam mendapati beberapa kedai makan di medan selera pasar raya tersebut, menaikkan harga makanan mereka sesuka hati dengan alasan GST.

Di sebuah gerai nasi ayam dan mi 'clay pot' jelas harga baharu dipampangkan, padahal itu tidak sepatutnya berlaku.

Menurut Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri, Mohd Salleh Ma’mor, beras tidak dikenakan GST, begitu juga dengan produk harga kawalan lain.


“Melalui pemeriksaan, harga lama nasi ayam ini adalah RM5.90 tetapi harga baru yang dikenakan kepada pelanggan RM6.30.

“Sepatutnya harga baru ini selepas ditolak cukai perkhidmatan sebanyak 10 peratus, adalah lebih murah, bukan lebih mahal," katanya.

Beliau berkata, atas kesalahan itu, KPDNKK memberi notis kepada peniaga di gerai itu untuk beri alasan kenaikan dalam tempoh tiga hari.

Katanya, jika gagal mereka boleh dikenakan tindakan dan  disiasat di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010.

Sementara itu, seorang pembeli, Norhayati Syarif, 57, berkata, dia kecewa dengan sikap segelintir peniaga yang sengaja ambil kesempatan, sehingga beri kesan kepada pengguna.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/nasi-ayam-pun-naik-harga-1.375311

1

Bagus
6

Marah
6

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (26 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rospinki 2-4-2015 09:51 AM
the chicken rice shop tu tknak saman ke..situ pun rege tahahapa2 mahal.  

c.c: KPDNKK

Quote Anak_Nogori 2-4-2015 09:59 AM
rospinki replied at 2-4-2015 09:51 AM
the chicken rice shop tu tknak saman ke..situ pun rege tahahapa2 mahal.  

c.c: KPDNKK

Ciken rise shop tu peferet keluarga aku tu..nanti nak gi makan .kalau dia naikkan harga..kompom aku gi repot...baru padan ngan muka dia...dpt duit aku kata rm20..kpdnkk boleh dakwa dia sampai rm200k...aaaa masak ko.
Quote dinamokiev 2-4-2015 10:01 AM
PADAN MUKA.
Quote qronaldo7 2-4-2015 10:06 AM
rospinki replied at 2-4-2015 09:51 AM
the chicken rice shop tu tknak saman ke..situ pun rege tahahapa2 mahal.  

c.c: KPDNKK

tu kes lain sis hehe jual brand

btw apa rasional nasi ayam naik harga?

ramuan apa yang nak buat nasi ayam kena GST eh. Chef2 sila bantu
Quote Mary_jane 2-4-2015 10:07 AM
Yang kat menara uitm nun dorang kata nasi ayam rm4.50, g la serbu.
Quote rospinki 2-4-2015 10:09 AM
Anak_Nogori replied at 2-4-2015 09:59 AM
Ciken rise shop tu peferet keluarga aku tu..nanti nak gi makan .kalau dia naikkan harga..kompom ak ...

aah AN tolong tengok2an ya..saya pun suka makan sana..sesekali jah, kalu rege naik kasi komplen biar kena saman.


Quote rospinki 2-4-2015 10:14 AM
qronaldo7 replied at 2-4-2015 10:06 AM
tu kes lain sis  hehe jual brand

btw apa rasional nasi ayam naik harga?

tak kisahla jual brand ke apa..mahal sikit takpe, nasi ayam nk buat mcm crs ni agak payah sikit dari nasi ayam melayu..penyediaan nasi, ayam dan sambal lain kekdahnya baru dapat rasa yg memuaskan..mcm style nasi hainan chicken rice.
nasi ayam melayu basic sgt penyediaan dia.

Quote Z77 2-4-2015 10:17 AM
kalau tu berlaku  kat jusco seremban sebenarnya harga tak naik..sebelum gst pengguna memang di kenakan caj cukai 6% dan harga di menu memang 5.90 jika campur tax (rounding up)cuma 6.30 yg di bayar..so setau aku sistem mesin baru di upgrade ni kalau tekan 5.90 memang keluar 5.90 bukannya 6.30 cam biasa..so ikutkan peniaga tu dah rugi 6% kena bayar tax...tu yg kena tekan 6.30..btw customer kat jusco biasanya mentaliti pprt nak barang quality tapi nak harga kurang dari kos buatnya (ni menurut kawan aku yg berniaga di jusco)

menurut artikel tu pulak beras tak kena gst memang betul tapi beras yg dah di proses menjadi nasi berlauk memang la kena gst...

Quote pittjie 2-4-2015 10:18 AM
rospinki replied at 2-4-2015 10:14 AM
tak kisahla jual brand ke apa..mahal sikit takpe, nasi ayam nk buat mcm crs ni agak payah sikit da ...

kalau kt CRS tu aku suka sambal (sambal ke?) halia dia. mesti mintak extra. tau tak pinki acaner nak buatnya? iols pernah try buat tapi tak brapa nak menjadi.

Quote dubuk 2-4-2015 10:22 AM
siapa lagi yang hendak mencekik leher kita

melainkan bukan diri kita sendiri
Quote rospinki 2-4-2015 10:26 AM
pittjie replied at 2-4-2015 10:18 AM
kalau kt CRS tu aku suka sambal (sambal ke?) halia dia. mesti mintak extra. tau tak pinki acaner n ...

aisehh..pagi2 ckp pasal nasi ayam crs ni kan..tetiba lak lapar.
sambal dia sedap kan..sambal halia dgn cili tu hmmm..nyumm2..nk buat dia aku kt kadang2 buat nasik ayam cina aku panggil..halia tu lebih skit campo bawang putih dlm 8-10 ulas.. blend buh air skit campo garam dan minyak sikit..pastu letak atas api(dlm piyok kecikla) kacau smpi naik minyak okla dah siap.

blik nanti nk buat nasi ayam la


Quote gaara_X 2-4-2015 10:29 AM
skang nie.....customs tak de alasan jika untuk amik tindakan pada deme nie...
Quote bangcak 2-4-2015 10:34 AM
Anak_Nogori replied at 2-4-2015 09:59 AM
Ciken rise shop tu peferet keluarga aku tu..nanti nak gi makan .kalau dia naikkan harga..kompom ak ...

the chiken rice shop tu dap punya bisnes.
takmo boikot ke bang
Quote Anak_Nogori 2-4-2015 11:02 AM
rospinki replied at 2-4-2015 10:09 AM
aah AN tolong tengok2an ya..saya pun suka makan sana..sesekali jah, kalu rege naik kasi komplen bi ...

Memang..too much lah ambil kesempatan..

Saya selalu makan kat ciken tesco tmn midah ceras tu..mahal sedap..saya tak lokek byr..tapi kalau kasi saya alasan beras, cili kena gst lepas diproses...nak charge berlebihan..tu dah melampau sgt dah tu..memang ada lah kpdnkk datang serbu..aaa ko jawap lah.
Quote Anak_Nogori 2-4-2015 11:04 AM
rospinki replied at 2-4-2015 10:26 AM
aisehh..pagi2 ckp pasal nasi ayam crs ni kan..tetiba lak lapar.
sambal dia sedap kan..sambal hali ...

Cuba rebus dulu ayam tu...lepas tu...air rebusan tu masak dgn beras tu..boh majerin..tu yg nampak berminyak dan lembut tu.
Quote lavabutang 2-4-2015 11:13 AM
rospinki replied at 2-4-2015 10:26 AM
aisehh..pagi2 ckp pasal nasi ayam crs ni kan..tetiba lak lapar.
sambal dia sedap kan..sambal hali ...



berapa lama lu kacau cili tu sebelum lu naik minyak...??


Quote ninjago 2-4-2015 11:16 AM
teringat plak nasi ayam kt food court bwh ikano tu..
Quote rospinki 2-4-2015 11:25 AM
Anak_Nogori replied at 2-4-2015 11:04 AM
Cuba rebus dulu ayam tu...lepas tu...air rebusan tu masak dgn beras tu..boh majerin..tu yg nampak  ...

tu cara biasa je AN, kalu yg cina style rumit skit tapi bebaloi2 sedap..
Quote rospinki 2-4-2015 11:27 AM
lavabutang replied at 2-4-2015 11:13 AM
berapa lama lu kacau cili tu sebelum lu naik minyak...??

oiii lava..naik minyak bila dah masak la. bukan naik minyak la dol

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:05 PM GMT+8 , Processed in 0.325546 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top