CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Kempunan” Dalam Masyarakat Melayu Lama

2-4-2015 10:17 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13465| Komen: 77

Description: Kita Sering Diingatkan Oleh Ibu Bapa Supaya Menjamah Makanan Sebelum Keluar Rumah Supaya Tidak Kempunan. Ibubapa Zaman Dahulu Sanggup Mengambil Sekepal Nasi Dari Periuk Dan Memberikannya Kepada Anak Y ...
“Kempunan” Dalam Masyarakat Melayu Lama


Gambar hiasan


“Jamahlah sedikit, nanti kempunan pulak  ..”

Kita sering diingatkan oleh ibu bapa supaya menjamah makanan sebelum keluar rumah supaya tidak kempunan. Ibubapa zaman dahulu sanggup mengambil sekepal nasi dari periuk dan memberikannya kepada anak yang sedang memakai kasut tergesa-gesa kerana sudah lambat ke tempat kerja atau ke sekolah. Selalunya anak itu akan mengambil nasi sekepal itu dan memakannya di hadapan ibu atau bapa untuk membuktikan padanya, nasi itu sudah dijamah. Anak itu akan melihat senyuman pada wajah ibu atau bapanya, seolah-olah beliau sudah menyelamatkan anak daripada musibah berakibatkan kempunan.

Apakah sebenarnya pengertian kempunan? Kempunan adalah konsep menjamah makanan yang terhidang biarpun sedikit. Bagi masyarakat Melayu lama, selera seseorang tidak boleh dibuat main kerana jika dibiarkan makanan itu tidak tersentuh walaupun hati ingin merasainya, pasti akan berlaku malapetaka yang boleh mengakibatkan kematian.

Selalunya apabila kita bertandang ke rumah orang Melayu, pasti ada hidangan kuih dan air. Paling sedikit pun, air segelas, kerana memang adat orang Melayu melayan tetamu dengan baik. Sekiranya kita tak menyentuh hidangan yang disuakan, pasti tuan rumah akan berkecil hati. Supaya tidak menyinggung perasaan tuan rumah, kita terpaksa menjamah sedikit, supaya tidak kempunan. Orang Melayu percaya, walaupun kita sebagai tetamu belum berselera untuk menjamah hidangan, secara tidak sedar, hati sudah berkata-kata tentang makanan yang terhidang. Makanan itu harus dijamah supaya kita tidak akan teringat tentang makanan itu apabila pulang. Tindakan menjamah makanan adalah untuk mengelak terjadinya kempunan.

Kita pasti pernah mendengar kisah-kisah wanita mengandung yang mengidam hendak memakan sesuatu. Apabila seleranya tidak terpenuh, wanita itu akan kempunan. Mengikut cerita orang-orang tua, wanita yang kempunan selalunya menghadapi masalah ketika bersalin kerana bayinya belum merasai apa yang dihajatkan. Kesukaran melahirkan itu boleh mengakibatkan maut atau kecacatan pada bayi. Sekiranya kelahiran itu sempurna, bayi itu dikatakan air liurnya sentiasa meleleh sehingga besar, kerana kempunan makanan sewaktu dalam perut si ibu.

Andai kita singkap semula kisah Wan Anum, isteri Laksamana Bentan yang mengidam memakan seulas nangka, ‘world view’ masyarakat Melayu pada waktu itu yakin bahawa selera hendak makan nangka itu bukannya selera si ibu tetapi selera si bayi yang dalam kandungan. Cerita ini juga seolah-olah menjadi pengukuhan untuk meyakinkan para bakal bapa supaya sentiasa memenuhi hajat selera isteri mengandung. Namun dalam cerita ini, Wan Anum menerima musibah dan mati kerana memenuhi keinginan seleranya memakan nangka raja.

Dalam kisah ‘Batu Belah Batu Bertangkup’ pula, seorang ibu yang kematian suami sanggup meninggalkan dua orang anak yang masih kecil dan mnyerahkan dirinya dimakan puaka batu belah hanya kerana kempunan telur tembakul. Biarpun budaya masyarakat Melayu tidak pernah menggunakan kaedah membunuh diri untuk menyelesaikan masalah, namun dalam cerita ini menunjukkan teladan kepada anak-anak untuk menghargai si ibu dan tidak mementingkan diri sendiri. Melalui cerita ini juga, konsep ‘kempunan’ diberi pengukuhan dan meyakinkan ‘world view’ masyarakat Melayu lama tentang akibat-akibat buruk yang mengakibatkan kematian sekiranya seseorang itu kempunan.

Ada pendapat yang mengatakan kempunan hanyalah menurut kepercayaan orang-orang melayu sahaja dan merupakan suatu kepercayaan turun-temurun. Masyarakat Melayu dahulu tidak mendapat jawapan terhadap fenomena semulajadi alam sekitar dan kesannya terhadap hidup mati manusia lantas mengaitkannya dengan ‘kempunan’. Malah, kepercayaan kempunan boleh membawa kepada syirik. Misalnya, seseorang tidak menjamah makanan dan kemudian meninggal dunia. Ada orang yang mengatakan, ‘kalaulah dia makan dahulu, dia mungkin tidak mati’. Tanggapan begini menjadi syirik kerana tidak mempercayai qadak dan qadar Tuhan. Kesimpulannya, tiada istilah atau konsep ‘kempunan’ dalam agama Islam.


4

Bagus
5

Marah
7

Terkejut
9

Sedih
5

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (36 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nononcrux 1-4-2015 05:05 PM
SEMUA ITU SECARA KEBETULAN. . KEMPUNAN ADALAH MITOS CERITA
BATU BELAH BATU BERTANGKUP . .
Quote mattzzx 1-4-2015 05:07 PM
Kempunan atau mengidam sama tak?
Quote tumpanglalu74 1-4-2015 05:07 PM
Mana le tau ape2.  Takmo mati kehausan..
Quote CrowneGlory 1-4-2015 05:10 PM
Akak sedara aku megandung teringin makan mihun restoran cina bawah pejabat dia..kekonon sedapnya la bau.. Kena marah dgn laki padan muka...agak2 la nak mengidam pun.. Kempunan n mengidam saja nak manja dgn mengada je lebih
Quote berun 1-4-2015 05:15 PM
mattzzx replied at 1-4-2015 09:07 AM
Kempunan atau mengidam sama tak?

soalan yang bagus. mengidam dalam english 'craving' (Keinginan - kemahuan - mengidam )
Quote mattzzx 1-4-2015 05:16 PM
berun replied at 1-4-2015 05:15 PM
soalan yang bagus. mengidam dalam english 'craving' (Keinginan - kemahuan - mengidam )

Jawapannya?
Quote bangcak 1-4-2015 05:17 PM
bak kata pepatah baru2 nih
"jamah la beberapa billion sementara memerintah nih, takut kempunan di penggal akan datang"
Quote Kerêta_Angin 1-4-2015 05:42 PM
mattzzx posted on 1-4-2015 09:07 AM
Kempunan atau mengidam sama tak?

sy rasa perkataan "kempunan" tu lebih bersifat umum(boleh diguna pd semua org..tua muda,lelaki perempuan)...kalo "mengidam" lebih sering utk wanita tengah mengandung..  

betul tak?
Quote olaoliolu 1-4-2015 06:08 PM
mengidam tu lebih ke teringin sesuatu.

tapi kempunan tu lebih kepada teringin sesuatu tapi takkan dapat contohnya kempunan nak dengar suara arwah abah.

Alamak sedih plak iols
Quote Tok_Batin 1-4-2015 06:13 PM
Kempunan
Melatah
Amuk
Santau

Sinonim dengan masyarakat kita
Quote ajinomotonosuga 1-4-2015 06:51 PM
reason suh jamah tu nak buang FOKUS  oang tu jek..bila fokus sangat mende yang dia tak sempat buat..tu jadi lalai lupa lalu jadi malapetaka..kebanyakkan nya gitu

kalo dah jamah so fokus tu hilang.. i.e OBJEKTIF tu has been realised , makna otak tu free to do others directives

kalo tak jamah..otak dok pressing mana mana mana objektif hati yang ingin tadik..desakan ni buleh buat sesoang lupa THE PRESENT or keadaan semasa misal bawak kete..so bahayaaa

senang cite.. HABISKAN keje or sesuatu keinginan sebelum buat keinginan seterusnya..toksah tangguh2..just do it

nak makan sebelum pi sekolah? pih makan..terlepas bas tak per..leh jalan kaki..sampai gak

nak ajar kita suh organise masa gak..tiap mende ada masa tersendiri so bijak guna masa, organise diri tu, displing diri dengan masa so tak terburu2 wat apa pun so tak kan jadi kisah tak jamah itu ini..

kalo hati tak ingin tapi di suruh jamah..sure TAKKAN JADI FOKUS pada otak tuh..so takkan jadi malapetaka pe pun

tapi kalo hati teringinnn sangat..tapi 'konon tak sempat, tadak masa', tu yang dok asik teringattttt..dok fokus..tu yang tersepak tunggul..

so adat jamah tu btui lah niat dia, penuhkan hajat tu dulu kendian buat hajat lain..jangan biarkan hajat pertama tak sampai peh tu buat hajat ke dua..gila ke?

kayuh pelan pelan dalam idup ni..tadak sapa can stop the time and time wont wait for you..kalo terlepas tak pa.. 1 peluang tertutup 9 peluang akan terbuka
Quote Mary_jane 1-4-2015 08:31 PM
Sedap nya kek tu tt. Sejuk2 ni sambil ngap kek cekelat.
Quote MissNigga 1-4-2015 08:35 PM
Dakek nek ...

@Muntz
Quote finesse 1-4-2015 08:36 PM
Cantik sekali pandangan semesta orang Melayu. Saya setuju dengan komen abg aji.. Mungkin itu  yang ingin disampaikan..
Quote kemaruk 1-4-2015 08:37 PM
ajinomotonosuga replied at 1-4-2015 06:51 PM
reason suh jamah tu nak buang FOKUS  oang tu jek..bila fokus sangat mende yang dia tak sempat buat.. ...

betul ni, aji

orang melayu dulukan kuat dalam isu psikologi ni
Quote ajinomotonosuga 1-4-2015 09:00 PM
kemaruk replied at 1-4-2015 08:37 PM
betul ni, aji

orang melayu dulukan kuat dalam isu psikologi ni

memang kuat.. tu pasal kene korek..tgk apa tersirat

depa nak marah menantu..depa perli anak sendiri hahahahaha

arwah tongkat warant or arwah dato usman awang , paling kenal siapa itu melayu

kita tak tau apa terus tuduh tok moyang kita itu ini..agama tok nenek laaa..mentang2 dah dok umah batu..ada kete besar, sopping bandar penuh gemerlapan, teruih lupa diri..tu yang psikoloji langsung takdok..bodoh piang berbangga superficiality

depa takmo budak2 tu maghrib dah gelap tu terpijak duri..terpijak taik ayam, terlanggaq bontot lembu tgh sedap2 lepak lepas bajak sawah..dah gelapppppp

dulu takdok letrekkk so depa takutkan budak2 tu..nanti di sorek hantu kopek or hantu tetek haa..dia kasi makan mee tapi sebeno nya cacing whoaaaaa

kecuttttttt konek yang memang kecut masa kecik2 tuh

tengari lepas makan depa nak relax napping tapi anak2 lepas makan nak memain ngan kekawan so depa sound jangan main jejauh, nanti kene potong kepala dengan bai jual kain or benggali jual kain

kepala ni kang depa buat buh kat tiang jambatan, kalo tak jambatan tak leh siap..pasei jin laut nak kepala manusia..musti melayu kelabu asap..chinese look dia takmoh

so budak2 tak bani main jauh2..takat bawah umah.mak ayah leh intai dari celah papan lantai umah ahahahahaha

tokleh ketip kuku memalam..pantang!! tapi pasel tadak letrek gak..dok pakai pelita ..kut terpotong jari haaa..sapaa nak minang ko? komeng gengsta kampung pun takmoh haa..kan naya?

kalo biasa pagi anak dia makan pisang goreng tapi 1 pagi tu terlambat nak pi bendang so dia suh jamah kalo tak kempunan !!

takkan mak nak cakap..baik ko jamah (rasa siki) kalo tak nanti ko kene duri nibong di sawah tuh? mana lah oang tua tu tau apa nak jadi tapi dia tau kalo FIKIRAN tu tak fokus, sure keje tak elok..lalai or dok angan2 berKALAU KALAU..tu yang nanti jadi mende buruk

kalo ko dah jamah..ilang laaa INGATAN  ingin sebelum tu..so ko mula tugas or objektif baru..tu ler purpose 'jamah' tuh..

sains psikoloji moden TAK SAMPAI 100 TAUN pun berkembang, OTAK KIRI OTAK KANAN MANUSIA cuma di temui roger sperry di taun 70an tak salah aku

so sains psikoloji pada aku sekadar alat kemudahan menghuraikan apa tersirat oang dulu2 berpantang larang seme tuh

even bab misal ko lepak2 ngan kawan di warung peh tu korang minum tehhhhh.. warna teh tu seme tau kekuningan..cam beer carlsberg tu ..kan?

kalo ko 'buat lawak' or seloroh dengan kawan2..ehhhhh macam beer kan? or ko cakap mariiii togok beerrrr nih..padahal realiti itu teh

sebenonya ko tokleh minum dah mende tuh.. huraian dia macam korang salu sebut gak.. kata kata itu doa..korang tau ka apa korang kata tuh?

jangan main dengan apa korang cakap..walo melawak..sebab nya mudah aje..kalo korang kaji the work of a brain ..human brain

ko tokleh kata teh tu beer or macam beer..tokleh !! once ko kata elok toksa minum.. pasei dalam otak ko dah set instruction, IF beer DO this, IF teh DO this, ELSE do this....

aku dah cite otak manusia ni cam program pc seme tuuu..sapa study komputer dia musti kene study human brain gak

tapi hebat kan? dari sebelum wujud ilmu moden psikoloji kaaa, neuro linguistic programming kaaa, the study of brain kaa, roger perry's left and right brain kaa... dalam dunia melayu dah wujud larangan macam tu..macam mana depa tau?

kita sini tau gelakkan depa..dok bersis it bersis ini dok ketawakan puak2 cam tu.. tapi sebenonya kita gelakkan diri sendiri yang bodoh..yerlah takkan nak ketawakan diri sendiri? so kita ketawakan oang lain yang kita tau lebih tau dan lebih bijak dari kita
Quote MissNigga 1-4-2015 09:05 PM
pergh..... berjela jela pak aji bercerita ... jenuh nak baca
Quote Suchi 1-4-2015 09:08 PM
mengidam nih sebenarnya tanda tubuh memerlukan nutrisi dlm sst mknn tu kan?
cth tetiba rasa nk mkn sst yg manis sbb kurang gula gitu lah kn?
mcm org ngandung tu sah2 lah mmg perlukan nutrisi lebih tambah2 masa baby baru nk terbentuk.
Quote kemaruk 1-4-2015 09:51 PM
ajinomotonosuga replied at 1-4-2015 09:00 PM
memang kuat.. tu pasal kene korek..tgk apa tersirat

depa nak marah menantu..depa perli anak sen ...

aji tulis panjang, tapi tak pernah rugi baca sampai abis

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.049564 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top