CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ladylista Hiburan Lihat artikel

Kecelakaan Aksi Filem Yang Membawa Padah

13-3-2015 03:35 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 3821| Komen: 5

Description: Kita semua suka menonton cerita aksi bukan? Tetapi pernah tak kita lihat bagaimana mereka melakonkan segala aksi.
LadyLista - Kita semua suka menonton cerita aksi bukan? Tetapi pernah tak kita lihat bagaimana mereka melakonkan segala aksi. Dalam menjayakan 'scene' supaya ternampak seperti real, kadang- kala mereka akan mempertaruhkan nyawa semata-mata untuk menjayakan aksi tersebut. Baik untuk pelagak negeri ataupun pelakon itu sendiri. Jom baca antara filem aksi yang membawa kecelakaan pilihan LadyLista:


1.The Crow - Brandon Lee

Anak kepada Martial Art legen, Bruce Lee mati semasa penggambaran filem ini. Semasa penggambaran filem The Crow pada tahun 1994, Brandon mati secara tragik selepas melakonkan aksi dalam filem terbabit. Salah seorang pelakon lain menembaknya dengan pistol revolver (44 caliber) yang sepatutnya tiada peluru hidup didalam pistol itu. Selepas melepaskan tembakan, semua krew menyangkakan bahawa Brandon sedang melakonkan 'scene' mati didalam filem tersebut. Walaupun dipenuhi darah, krew filem menyangkakan ianya darah palsu. Bagaimanapun, ia sudah terlambat apabila krew tersedar bahawa dia sebenarnya ditembak. Kes ini menjadi misteri sama ada ianya benar-benar ditembak atau tidak disengajakan. Menurut laporan autopsi, pistol yang sepatutnya diisi dengan 'gunpowder' itu menyebabkan kematian Lee.



2. The Dark Knight - Heath Ledger dan Conway Wickliffe

Mengapa kami pilih filem ini sebagai satu malapetaka dalam aksi lagak ngeri adalah kerana, terjadinya dua kematian didalam satu filem. Pertama, kematian Heath Ledger semasa penggambaran filem ini yang diketahui sebabnya adalah kerana dadah. Tetapi kisah tidak berakhir disitu, seorang stunt technician Conway Wickliffe juga mati semasa penggambaran filem ini apabila trak yang dinaiki menggelungsur dan melanggar pokok. Ini terjadi selepas beberapa hari pengambaran filem ini berlangsung.

3. Hangover II - Aussie Stuntman Scott McLean

Scott McLean seorang pelagak ngeri Australia mendapat kecelakaan apabila 'stunt gone wrong'. Kemalangan malang itu bermula apabila 'scene' kejar-mengejar untuk kereta jenis high-speed car. Kemalangan tersebut  menyebabkan Scott mengalami trauma otak,kesukaran bercakap, sawan dan kecederaan fizikal yang parah. Scott diletakkan di unit intensif dengan 24 jam penjagaan di Bangkok. Peliknya, sewaktu kejadian itu berlaku, tiada siapa yang menyangka keadaannya begitu serius.

4. The Expendables 2 - Stallone dan Schwarzenegger


Dua bintang ini merupakan Holywood legen, kedua mereka mengalami kecederaan serius akibat dari aksi dalam filem tersebut. Semasa berlangsungnya pengambaran, kemalangan lain juga berlaku dimana seorang 'stunt-man' mati akibat letupan. Dalam 1 hari penggambaran terdapat 3 kecederaan berlaku. Aneh bukan.

5. Gothica - Halle Berry

Jadi, filem seterusnya ini merupakan filem pilihan LadyLista apabila Halle Berry sendiri yang cedera akibat melakukan sendiri aksi lasak. Selepas melakukan satu aksi yang memerlukan dia menggunakan fizikal dengan kuat, bahu kiri Berry patah dan dikejarkan ke hospital. Akibat daripada kecederaan itu, filem tersebut ditangguhkan dan disambung pada tahun 2003.

6.The Call - Halle Berry

Juga mengenai pelakon wanita yang sama, kali ini menerusi filem yang lain pula. Dia yang memegang watak sebagai operator 999, dia sebenarnya yang melalui 'detik cemasnya' apabila Micheal Eklund (pelagak ngeri) salah mengagak jarak  dengan tepat yang menyebabkannya membelasah Berry dikepala. Akibatnya, Berry tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke hospital.Pelagak ngeri tu melakukan aksi Micheal Foster, pembunuh dalam filem tersebut.

Memang tidak hairan bila Russel Crow ini cedera kerana dia sememangnya melakukan sendiri lagak ngeri dalam keseluruhan filemnya.Sepanjang penggambaran filem Gladiator, dia mengalami beberapa kecederaan, anda boleh lihat sendiri bagaimana kepala dan mukanya berjahit di dalam filem ini. Dan yang paling tragik apabila dia mengalami otot lengannya terkoyak akhibat daripada kuda yang ditungganginya. Walau apa pun, Russel Crowe harus diberikan 'standing ovation'.

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote Athrun.Zalaa 18-3-2015 05:10 PM
Nape screenshot kat The Expendables 2 mcm dari cite lain?!!
Quote ctaz 17-3-2015 02:07 PM
sepatut nyer ada lagi satu filem.....

The Twilight Zone

The Twilight Zone accident occurred when a Bell UH-1 Iroquois helicopter crashed on July 23, 1982 at Indian Dunes in Valencia, Santa Clarita, California, during the making of Twilight Zone: The Movie. The crash killed three people on the ground: actor Vic Morrow and two child actors, Myca Dinh Le and Renee Shin-Yi Chen; and injured the six helicopter passengers. The incident led to years of civil and criminal action, and was directly  ...
Quote adzli81 17-3-2015 09:45 AM
reksasa: citer The Crow ngan The Dark Knight mmg tbaek.. 2-2 citer mmg dark.. mmg tbaek.. masterpiece.. jarang ade citer quality camni skrg nie.. jet lee mati  ...
Jet Li mati time shooting filem?.....Jet Li ke Bruce Lee?
Quote din_atos 16-3-2015 07:53 PM
syabas syabas diucapkann...
bagaimana pelakon di Malaysia
Quote reksasa 16-3-2015 10:27 AM
citer The Crow ngan The Dark Knight mmg tbaek..
2-2 citer mmg dark.. mmg tbaek.. masterpiece..
jarang ade citer quality camni skrg nie..
jet lee mati time shooting filem.. anak dia brandon lee ikut jejak ayah dia..
Brandon Lee, Heath Ledger dan Conway Wickliffe WE SALUTE YOU..

Lihat semua komen(5)

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:35 AM GMT+8 , Processed in 0.031534 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top