CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar tingkatan 5 maut terjatuh dari tingkat 10

3-3-2015 01:42 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 18720| Komen: 90

Description: “Guru Itu Kemudian Menghubungi Ibu Bapa Mangsa Memaklumkan Kejadian Tersebut. Sebelum Kejadian, Mangsa Memberitahu Guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu Yang Mengajar Pelajar Tersebut, Dia Mahu Ke Tanda ...
Pelajar tingkatan 5 maut terjatuh dari tingkat 10

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar tingkatan lima ditemui maut dipercayai terjatuh dari tingkat 10 di sebuah sekolah di ibu kota, di sini, hari ini.

Kejadian itu disedari oleh seorang guru pada jam 12 tengah hari, setelah dimaklumkan oleh pelajar lain yang mendapati mangsa tertiarap berlumuran darah di atas padang sekolah.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner  Muhammad Azlee Abdullah berkata, guru berkenaan segera meminta kakitangan sekolah tersebut menghubungi ambulan.

“Guru itu kemudian menghubungi ibu bapa mangsa memaklumkan kejadian tersebut.  Sebelum kejadian, mangsa memberitahu guru mata pelajaran Bahasa Melayu yang mengajar pelajar tersebut, dia mahu ke tandas” katanya.

“10 minit kemudian, kawan sekelasnya mendapati dia tidak masuk semula ke kelas tersebut, sebelum menjumpai buku nota yang mengandungi ayat  mengucapkan selamat tinggal kepada semua rakan-rakan dan keluarga,” katanya.

Menurutnya, mangsa difahamkan seorang pelajar yang ceria, berdisiplin, suka menolong dan tiada masalah displin.

“Punca kejadian, mangsa  berkemungkinan tertekan akibat putus cinta,” katanya.

Mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), keluarga mangsa memohon anak mereka tidak dibedah siasat.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

3

Bagus
9

Marah
6

Terkejut
10

Sedih
6

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (42 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote johnazizul 2-3-2015 09:35 PM
Sekolah mana 10tingkat...
Quote revolusi_30 2-3-2015 09:36 PM
Cinta la ne.. Sekolah baru apa sepuloh tingkat..
Quote debab_78 2-3-2015 09:36 PM
Tingginya smpai 10 tingkat.. dh mcm kondo jah....
Quote brookemcqueen 2-3-2015 09:37 PM
Sekolah mana tu?? 10 tingkat? Biar betul.
Quote revolusi_30 2-3-2015 09:37 PM
Ummah Tamil la ne... Tak Vivakananda, mesti sekolah Cina. SK tak mungkin la.
Quote kechikchomel 2-3-2015 09:44 PM
sekolah mana tu smpai 10 tingkat?
bangunan sekolah plg tggi yg pernah sy tgk pun 4 tingkat je...
Quote airfilterkotor 2-3-2015 09:46 PM
Untuk makluman, sekolah baru yg mana tanahnya sekangkang kera akan dinaikkan kepada lebih dari 5 tingkat, beserta lif hokkayyyy.
Boleh didapati disekitar KL. Dah siap dan digunakan pun.
Quote noor2 2-3-2015 09:53 PM
Penangan cinta.....apa nk jadi....
Quote Risma 2-3-2015 10:07 PM
ada ke sekolah sampai 10 tingkat
Quote mrsamz 2-3-2015 10:15 PM
Angker la sekolah tu lepas ni
Quote ice_sky92 2-3-2015 10:21 PM
Sekolah 10 tingkat?

Btw, teringat kes ni...

Quote naina 2-3-2015 10:22 PM
Yer..skolah laki aku ngajar 7 tingkat berserta lif.
Quote naina 2-3-2015 10:25 PM
Kejadian tu berlaku di Smk sri sentosa kuala lumpur
mmg tinggi mcm apartment dah skolah tu
Quote hanalisa 2-3-2015 10:31 PM
tengok kat twitter, katanya pelajar chinese (guy) di SMK Sentosa, KL.
Quote Felycya 2-3-2015 10:54 PM
10 tingkat.
Perrgghhhh.....
Quote haZelEyEz 2-3-2015 10:58 PM
Aduhai..
Quote R2D2 2-3-2015 11:14 PM
ooo kalau kat KL, sekolah sampai 10 tingkat
di Sabah, nak bina setingkat pun susah
tu pun tak ada dinding
hidup BN!
Quote airfilterkotor 2-3-2015 11:25 PM
R2D2 replied at 2-3-2015 11:14 PM
ooo kalau kat KL, sekolah sampai 10 tingkat
di Sabah, nak bina setingkat pun susah
tu pun tak ada  ...

Lepas ni Sabahan boleh renung jauh sikit laa pasaipa jadi lagu ni.
Pm mintak undi, kita kasi undi.
Tiba masa balas budi....macam buat buat tak reti.
Quote eldotts 2-3-2015 11:27 PM
Pehhh 10 tingkat tu. Aku dah bayangkan ni kalau lif rosak.

Lihat semua komen(90)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:26 PM GMT+8 , Processed in 0.068628 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top