CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar Perempuan 14 Tahun Nak Sertai ISIS

19-2-2015 12:43 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 5852| Komen: 10

Description: KUALA LUMPUR – Seorang pelajar perempuan berumur 14 tahun ditahan polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam kerana dipercayai cuba menyertai jihad kumpulan militan IS ...

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar perempuan berumur 14 tahun ditahan polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam kerana dipercayai cuba menyertai jihad kumpulan militan IS di Syria.


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pelajar perempuan itu telah membuat persiapan untuk perjalanan ke Syria menerusi Mesir dan polis percaya pelajar itu rakan atau orang hubungan di Mesir.


“Gadis tersebut terpengaruh dengan dakyah dalam laman sosial Facebook,” katanya kepada pemberita pada sidang alhbar sempena Kempen Balik Kampung Ops Selamat 6/2015 di sini hari ini.


Acara pelancaran kempen yang diadakan sempena sambutan Tahun Baru Cina itu, berlangsung di Plaza Tol Jalan Duta.


“Polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan dalang kes ini dan bagi mengetahui bagaimana pelajar terbabit mendapat tiket dan wang bagi menampung perbelanjaan untuk ke sana (Syria),” katanya.


Khalid menasihatkan ibu bapa agar sentiasa memantau perkembangan anak-anak mereka agar tidak mudah terpedaya dengan sebarang hasutan luar, yang hanya merosakan masa depan mereka.


Pelajar perempuan terbabit kini ditahan reman di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau ‘SOSMA’.


Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Khalid dalam kenyataan malam ini berkata gadis berasal dari Muar, Johor itu merupakan pelajar pengajian agama di sebuah institut tahfiz di Shah Alam, Selangor.


“Siasatan awal mendedahkan suspek terpengaruh untuk menyertai kumpulan militan di Syria selepas berinteraksi melalui Facebook dengan dua individu yang cuba mempengaruhi suspek menyertai kumpulan pengganas di negara itu,” katanya.


Menurutnya, gadis itu merancang untuk berkahwin dengan seorang rakyat Malaysia yang melanjutkan pengajian di Mesir dan kemudiannya dipercayai akan menyusup masuk ke Syria bagi menyertai kumpulan pengganas.


Khalid berkata pelajar itu ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Bab VI A-Kesalahan Berkaitan Dengan Keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah SOSMA (Akta 747). – BERNAMA


1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AMDTurion 19-2-2015 12:33 PM
Hebat ko dik. Serah diri buta2 kat laki2 ISIS yg rakus seks. Npak sgt dia dihasut dgn sebegitu halus sekali kerana adil ni trlalu buta utk menilai hakikat sebuah perjuangan.
Quote setokinpurple 19-2-2015 12:34 PM
Bkn nk berjuang sgt pon.. Gigih ko ye meredah negara org semata2 nk kawen..
Quote poison_paradise 19-2-2015 12:37 PM
Jd hamba seks jah nt
Quote elmen 19-2-2015 03:10 PM
selayaknye, buluan yg baru tumbuh tu, di brazillian wax kan.. baru ko tau erti penyesalan.. kecik beso kecik beso je rase nak telan.. menyusah mak pak..
Quote razhar 20-2-2015 12:50 AM
mana wakil pengganas ISIS Malaysia iaitu tobi,hantubaik dan batmana ni..sila masuk beri pandangan kamu...
Quote naina 20-2-2015 12:58 AM
Beraninya kau dikk br 14 tahun.
Quote Changa 20-2-2015 01:03 AM
Ni mesti stok cikki melayu sunni pakai tudung bawal kavet kopek dan pakai baju t shirt sampai lutut
Eww selayak nya la kau dik konon nak jadi sundal.islamic
Quote mrsLucky 20-2-2015 01:17 AM
Lunyai dek...kena layan beberapa pejuang sehari...sometimes beberapa orang sekali...mungkin adik terpengaruh tiket gerenti masuk surga itu...
Adik ni bukan berani tapi bodoh..
Quote chazey 20-2-2015 01:21 AM
Taktik terbaru supaya tak perlu ambil PT3?
Quote becir 20-2-2015 07:14 AM
Buda2 pempuan meleis mmg berani menyeberang lautan kerana cinta. Lombok, syria? Apalah sangat...

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:10 PM GMT+8 , Processed in 0.100098 second(s), 55 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top