CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isis Malaysia Buat Video Ugutan?

16-2-2015 04:27 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13318| Komen: 72

Description: “Kepada Mana-Mana Parti Yang Telah Lama Memerintah, Kami Anak Muda Malaysia Dengan Ini Mengumumkan Hasil Manipulasi Tipu Helah Selama Ini Menggunakan Demokrasi, Kami Tidak Lagi Percaya Sistem Demo ...
Isis Malaysia Buat Video Ugutan?




KUALA LUMPUR, 16  Februari: Satu klip video berdurasi kira-kira seminit  yang mengugut untuk mengadakan bantahan terhadap sistem keadilan negara di  mahkamah pada 18 Februari ini yang dimuat naik sekumpulan empat lelaki  bertopeng sejak semalam kini tersebar di laman sosial YouTube.

Dengan menggunakan ID pengguna YouTube ‘isis  malaysia 69′ empat lelaki terbabit memberi amaran bantahan terhadap sistem  keadilan mahkamah itu akan dilakukan dengan membakar mercun pada jam 11.30  malam.

Malah kumpulan itu turut menghasut seluruh  anak muda negara ini turut serta membantah dengan cara mereka di dalam  keterangan video tersebut.


“Mahkamah seluruh Malaysia akan menjadi sasaran  kami untuk diletupkan simbolik terhadap kepincangan sistem judiciary Malaysia.  Dengan ini kami menyeru seluruh anak muda Malaysia untuk bersama kami,” catat ‘isis malaysia 69′ dalam keterangan video itu.

Klip video berkenaan yang dirakamkan  seolah-olah yang sering dirakamkan anggota kumpulan militan IS di timur tengah  turut dipamerkan beberapa botol yang menyerupai bom petrol atau ‘molotov  cocktail’.

Dengan berlatarkan bendera Malaysia, empat  individu lelaki tampil memakai baju hitam dan menutup muka dengan  topeng hitam

“Kepada mana-mana parti yang telah lama  memerintah, kami anak muda Malaysia dengan ini mengumumkan hasil manipulasi tipu  helah selama ini menggunakan demokrasi, kami tidak lagi percaya sistem  demokrasi.

“Andalah yang membentuk kami, kami terbentuk  hasil dari tangan-tangan anda,” ugut seorang lelaki yang duduk dalam sambil  memegang sekeping gambar, yang bertindak selaku jurucakap jurucakap kumpulan  berkenaan dalam video itu.

Lelaki itu turut menegaskan  bahawa ‘perjuangan’ mereka baru sahaja bermula.

“Kami baru bermula, dan akan pergi jauh, semakin  rosak demokrasi, semakin berkembang dan jauh cara kami menentang,” katanya yang  kemudian disusuli dengan pelbagai cacian terhadap sistem demokrasi di  negara ini.

Bagaimanapun setakat berita ini ditulis, baru  941 orang didapati menonton klip video berkenaan, selain 9 orang menyukainya  manakala 31 lagi menyatakan tidak menyukainya.

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missDollie 16-2-2015 11:27 AM
motif pegang gambar nora danish?
Quote flying_cow 16-2-2015 11:27 AM
Rempit mana lah ni. Feeling2 nak jadi terroris pulak. Nanti dah kena tangkap abang polis terkencing2 la kau.
Quote melia_star 16-2-2015 11:40 AM
kebengapan apakah ini?? polis sila tangkap ini org2 secepat mungkin....
Quote elmen 16-2-2015 12:06 PM
eh bodoh blh tahan kalo pengganas cenggini.. esok kena tangkap tau la ko terkencing nak menangis.. nak marah plak aku menengok org bodoh gini..
Quote sepiITUindah 16-2-2015 12:09 PM
puak ni ler zahid hamidi kata nak rompak bank tu
Quote ultra78 16-2-2015 12:11 PM
Janganlah culik nora danish

Quote the_killer 16-2-2015 12:11 PM
depa ni dah terencat akal dah ..aritu raja bomoh...ni sekumpulan ala2 isis
Quote dragger 16-2-2015 12:13 PM
berani dorang pergunakan gambar nora danish.. mangkuk betei
Quote ultra78 16-2-2015 12:15 PM
Setakat nak bakar mercun pun nak buat ugutan bagai

Quote Caranthir 16-2-2015 12:16 PM
HAHAHHAHAHA...  adehhh.. leh buat koleksi bloopers nih
Quote shuk_one 16-2-2015 12:17 PM
kenapa lah wujud lagi orang macam nih..
tak paham.. ... bangga sangat lah kot buat video macam ni..
Quote the_killer 16-2-2015 12:17 PM
ultra78 replied at 16-2-2015 12:15 PM
Setakat nak bakar mercun pun nak buat ugutan bagai

nak beli mercun mintak kat mak tak?
Quote alieyrina 16-2-2015 12:24 PM
Nak nora sbg ganjaran ka...ampa ingat kru meroyan tu nak tengok saja ka...
Quote spiderman80 16-2-2015 12:25 PM
the_killer replied at 16-2-2015 12:11 PM
depa ni dah terencat akal dah ..aritu raja bomoh...ni sekumpulan ala2 isis

Motif negara kita tak pernah ketandusan orang bodoh? Kat negara luar pengganas bujan main ganas pegang pistol, kita punya pengganas pulak pegang foto Nora Danish.
Quote revolusi_30 16-2-2015 12:32 PM
Akak minat dengan skrip mereka tu , nampak bersastera sangat .
Quote revolusi_30 16-2-2015 12:32 PM
spiderman80 replied at 16-2-2015 12:25 PM
Motif negara kita tak pernah ketandusan orang bodoh? Kat negara luar pengganas bujan main ganas pe ...

esok kalau mereka pegang AK ngan bendera ISIS mau menggelupur rakyat malaysia agaknya .
Quote FOTHER-MUCKER 16-2-2015 12:39 PM
ini musti budak budak sebelah dari kandang penternak terrorist tu
Quote kekcawan 16-2-2015 12:41 PM
adehh....
apalah bangang sgt adik2 ni oiii
Quote ultra78 16-2-2015 12:43 PM
Terrorist Baru Nak Up

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:29 AM GMT+8 , Processed in 0.311756 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top