CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Nenek Sembunyi Dadah Dalam Coli Ditahan

2-2-2015 12:47 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6523| Komen: 9

Description: Malah, Polis Turut Menjumpai 587 Biji Pil Berwarna Merah Serta Enam Biji Pil Hijau Yang Dipercayai Pil Kuda Serta Tiga Botol Serbuk Pu*Tih Yang Dikatakan Heroin Disorok Da*Lam Coli Yang Dipakai Wanita ...
Nenek Sembunyi Dadah Dalam Coli Ditahan

SAIFUL BAHRI ABDULLAH (kanan) menunjukkan pil kuda dan serbuk heroin yang dirampas daripada sepasang warga emas di IPD Gua Musang, Kelantan, semalam.– UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH


GUA MUSANG 1 Feb. – Biarpun sudah beberapa kali ditahan kerana terlibat dengan dadah namun seorang nenek dan suaminya yang berusia lebih setengah abad masih tidak serik.

Terbaharu, pasangan yang ber*asal dari Rantau Panjang itu ditahan di Kampung Bertam dekat sini kerana cuba mengedar dadah di kawasan tersebut kira-kira pukul 2 petang Jumaat lalu.

Malah, polis turut menjumpai 587 biji pil berwarna merah serta enam biji pil hijau yang dipercayai pil kuda serta tiga botol serbuk pu*tih yang dikatakan heroin disorok da*lam coli yang dipakai wanita yang berusia 58 tahun itu.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Saiful Bahri Abdullah berkata, wanita dan suaminya yang berusia 66 tahun itu disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang memperuntukkan hukuman mati jika disabitkan kesalahan.

"Pasangan ini dikatakan mendapatkan bekalan dadah itu daripada seorang lelaki yang ditemui di Gual Tinggi, Rantau Panjang dan mereka dikatakan mahu memasarkan dadah tersebut di daerah ini.

“Hasil siasatan kita juga mendapati mereka berdua pernah dita*han beberapa kali di daerah lain disebabkan kesalahan yang sama,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), di si*ni hari ini

Sementara itu, Saiful Bahri berkata, pihaknya menahan empat lagi suspek yang dipercayai terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah di daerah ini dalam tiga serbuan berasingan baru-baru ini.

Katanya, dalam kes pertama, dua lelaki yang berusia 23 dan 28 tahun ditahan kerana memiliki empat botol dadah jenis heroin dalam kereta yang dinaiki mereka di Felda Chiku dekat sini pada 22 Januari lalu.

“Mereka ditahan ketika menaiki sebuah kereta jenis Nissan Sunny di kawasan tersebut kira-kira pukul 1.45 petang selepas anggota kita melihat keadaan mereka yang agak mencurigakan.

“Dalam kes kedua, kita menahan seorang lelaki berusia 35 tahun dari Pasir Mas pada keesokan harinya (23 Januari) di hadapan Klinik Chiku 3 dan pemeriksaan lanjut pihak polis telah menjumpai enam botol dadah jenis heroin yang disorok di dalam tempat letak tisu dalam kereta tersebut,” katanya.

Katanya, dalam kes ketiga, seorang lelaki berusia 42 tahun dari Felda Chiku 2 ditahan berhampiran kawasan rumahnya kira-kira pukul 5.10 petang pada 27 Januari lalu.

Tambahnya, pihak polis menemukan 13 botol serbuk putih dipercayai heroin dalam sebuah beg dan 15 biji pil kuda dalam sebuah tin berhampiran suspek.

29

Bagus
13

Marah
18

Terkejut
15

Sedih
23

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (116 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Changa 2-2-2015 09:49 AM
No wonder la kan mendapat bala dari elohim. Akak hanya mampu senyumsenyum sinis. Entah bantuan yg kamu bagikan itu merka gunakan untuk beli dadah
Quote bellaa 2-2-2015 10:04 AM
nenek x ingat nak mati ke

tua2 buat perangai.

Quote chinta89 2-2-2015 10:34 AM
rumah kata pergi kubur kata mari..
Quote missyqaldina 2-2-2015 10:35 AM
wey da tuaaa weyyy buat ape pil kuda tuuu..melecettt la nnt..
Quote debab_78 2-2-2015 10:51 AM
Hmmm kalo dh kantoi ni.. ketali gantung la jawabnya nenek ni.. berapa kali peluang diberi pun still nak mengedar lagi...

Selayaknya la...
Quote Feedoss 2-2-2015 11:28 AM
dh tua bangka pun cmni lagi. hahaaha
Quote kecimpret 2-2-2015 11:38 AM
sedara mara @Modngengade gaknya





Quote olaoliolu 2-2-2015 12:21 PM
Murah kan belah2 sana. Kdg2 rasa nak terpengaruh jugak sorokkn ice dlm coli dan buat muka makcik2 niaga ice depan disko
Quote ismailn 2-2-2015 12:46 PM
Tak baik sangka buruk. Ada kala kesempitan hidup boleh buatkan kita lakukan perkara-perkara yg tak sepatutnya kita lakukan. Wallahualam..

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 06:18 AM GMT+8 , Processed in 0.085171 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top