CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nenek Di Tangkap Miliki Dadah

19-8-2014 04:23 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7355| Komen: 39

Description: “Pemeriksaan Terhadap Seorang Lagi Rakan Suspek Turun Menemui Satu Paket Plastik Disyaki Dadah Heroin Anggaran Berat 2.20 Gram Yang Disorok Dalam Poket Seluar Dipakai,” Katanya.
Nenek Di Tangkap Miliki Dadah


Antara bahan terlarang dirampas oleh anggota polis daripada suspek yang ditahan. 

BAGAN DATOH - Seorang wanita warga emas ditahan bersama tiga lelaki berusia 20 hingga 58 tahun kerana memiliki dadah jenis methaphetamin, heroin dan beberapa pil khayal dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Pasang Api, di sini, awal pagi semalam.

Serbuan pada jam 2.15 pagi itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak selepas menerima aduan orang awam serta risikan membabitkan kegiatan penyalahgunaan dadah yang dijalankan suspek terbabit.

Menurut sumber, seorang lelaki berusia 26 tahun yang bekerja sebagai nelayan terlebih dahulu ditahan polis dalam satu pemeriksaan di pekan ini dan dia didapati memiliki satu paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah heroin dengan anggaran berat 5.39 gram.

Menurutnya, pemeriksaan awal ujian air kencing terhadap suspek yang juga penduduk setempat mendapati suspek positif morfin.

“Pemeriksaan lanjut turut menemui satu paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah methaphetamin seberat 0.50 gram disorokkan di dalam beg berzip berwarna biru yang diselitkan di celah seluar celoreng di bahagian kiri pinggang suspek.

“Bagi kesalahan itu, suspek disiasat mengikut Seksyen 12(2), Seksyen 39B dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Menurut sumber itu lagi, pemeriksaan terhadap seorang lagi suspek lelaki berusia 26 tahun yang bekerja sebagai buruh kampung menemui satu paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki heroin seberat 2.12 gram yang disimpan dalam poket seluar jeans dipakai oleh suspek.

“Ujian awal terhadap air kencing suspek yang juga penduduk kampung kawasan itu mendapati positif morfin.

“Pemeriksaan terhadap seorang lagi rakan suspek turun menemui satu paket plastik disyaki dadah heroin anggaran berat 2.20 gram yang disorok dalam poket seluar dipakai,” katanya.

Menurutnya, ketika pemeriksaan dalam bilik ketiga-tiga suspek, polis turut menjumpai satu peket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah heroin seberat 2.66 gram, satu paket dadah jenis methaphetamin seberat 0.62 gram, satu paket plastik lutsinar berisi lima biji pil berwarna merah disyaki pil khayal anggaran berat 0.55 gram yang disimpan dalam sebuah beg.

Katanya, ketika serbuan itu, seorang wanita berusia 60 tahun yang juga ibu seorang suspek dan seorang lelaki berusia 53 tahun turut berada di rumah yang dipercayai disewa suspek.

“Suspek wanita bersama seorang lelaki bebas daripada pengaruh dadah bagaimanapun pemeriksaan lanjut menjumpai satu paket plastik lutsinar dadah jenis heroin seberat 20.66 gram di atas lantai bilik berkenaan.


“Semakan lanjut mendapati kesemua suspek yang ditangkap tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 39A(1), Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain ketika dihubungi mengesahkan ta
9

Bagus
18

Marah
17

Terkejut
21

Sedih
20

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (100 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote namirulmukminin 19-8-2014 11:48 AM
Katanya, ketika serbuan itu, seorang wanita berusia 60 tahun yang juga ibu seorang suspek dan seorang lelaki berusia 53 tahun turut berada di rumah yang dipercayai disewa suspek.

Suspek wanita bersama seorang lelaki bebas daripada pengaruh dadah bagaimanapun pemeriksaan lanjut menjumpai satu paket plastik lutsinar dadah jenis heroin seberat 20.66 gram di atas lantai bilik berkenaan.

Mungkin mak dia tak tau apa2 kot... kegiatan anak durjana tu yang akhirnya menyusahkan mak sekali... tak pasal2 mak kena heret ke Mahkamah...
Quote itik_kuning 19-8-2014 11:52 AM
tak pun mak yang sanggup cover sebab sayangkan anak. erm, macam2 boleh jadi. lagi2 bila melibatkan keluarga miskin.
Quote babydoll 19-8-2014 12:05 PM
diorang ni mane dapat bende2 ni? cakap takde duit,miskin.tapi bli bende tu. bende tu bkn mahal gile ke? ke harga pasaran dah turun?

dari dulu aku dok pikir bende ni..
Quote deanswify 19-8-2014 12:06 PM
babydoll posted on 19-8-2014 12:05 PM
diorang ni mane dapat bende2 ni? cakap takde duit,miskin.tapi bli bende tu. bende tu bkn mahal gile  ...

Sama-lah noks! ke sindiket?
Quote deanswify 19-8-2014 12:07 PM
apa maksud 39B ?
Quote siputsedut 19-8-2014 12:12 PM
Aku pun rasa makcik ni bukan pemilik dadah tu..yp sbb jumpe dlm umh die..tersabit sama
Quote babydoll 19-8-2014 12:15 PM
deanswify posted on 19-8-2014 12:06 PM
Sama-lah noks! ke sindiket?

pon boley jadi jugak. ade sesape yg ade pengalaman beli bende ni, buleh la share. jgn risau,kitorang takkan report polis.just nak tau camna urusniaga & marketing benda ni serta menjawab persoalan2 yg diajukan. kita berbincang secara ilmiah gitu.hehhe!
Quote deanswify 19-8-2014 12:16 PM
babydoll posted on 19-8-2014 12:15 PM
pon boley jadi jugak. ade sesape yg ade pengalaman beli bende ni, buleh la share. jgn risau,kitora ...

nak tahu juga kikikikiki
Quote mattzzx 19-8-2014 12:35 PM
Penagih dadah tak mengenal usia......
Quote batmana 19-8-2014 12:36 PM
babydoll posted on 19-8-2014 12:05 PM
diorang ni mane dapat bende2 ni? cakap takde duit,miskin.tapi bli bende tu. bende tu bkn mahal gile  ...

jenis pengedar cermat menyimpan duit la tu..
pakai baju murah2, duk nyewa, tapi dlm bank ratus ribu, gigih belakon jadi miskin

ada juge pengedar shopping sakan, kete mewah, rumah besar..

Quote nobito 19-8-2014 12:39 PM
Kawasan Zaid Hamidi...
Quote sayalala 19-8-2014 12:40 PM
kesian la kat makcik tu kalau die xbersalah...
Quote sayalala 19-8-2014 12:41 PM
eloknye pengisap dadah ni tembak je bg mati..menyusahkan je..hantar pusat serenti pun xberubah jgk...
Quote salimrock 19-8-2014 12:42 PM
namirulmukminin posted on 19-8-2014 11:48 AM
Mungkin mak dia tak tau apa2 kot... kegiatan anak durjana tu yang akhirnya menyusahkan mak sekali. ...

lagi sorang pembuka topic tabor fitnah pada manusia


Jenayah] Nenek Lalok Di Bagan Datoh


tp nenek tu cuma berada di dalam rumah yg kebetulan ada dadah je...ujian air kencing bebas dadah....
Quote nobito 19-8-2014 12:43 PM
babydoll posted on 19-8-2014 12:15 PM
pon boley jadi jugak. ade sesape yg ade pengalaman beli bende ni, buleh la share. jgn risau,kitora ...

Dulu aku pernah nampak budak melayu berurusniaga kat celah lubang pintu kedai motor Cina...hulur2 tangan kat celah lubang.

X tau la depa beli apa.
Quote salimrock 19-8-2014 12:44 PM
oh baru ku sedar, fitnah dgn melayu tidak dpt dipisah kan...

dari zaman mahsuri lagi....hang tuah....hingga ke tahun 2014,,

Quote penyo 19-8-2014 12:45 PM
ini utk guna sendiri ni. sikit sangat.
Quote babydoll 19-8-2014 12:46 PM
deanswify posted on 19-8-2014 12:16 PM
nak tahu juga kikikikiki

yesszaaa!! sama2 kita share ilmu. sharing is caring sangat noks!
Quote znuyul 19-8-2014 12:49 PM
kesian dkt makcik tuh..

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.078310 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top