TEMERLOH – Wanita berusia 35 tahun yang ditahan susulan kejadian kemalangan maut melibatkan seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1) di sini dihantar ke hospital bagi pemeriksaan mental. Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, wanita berkenaan bersama seorang penumpang jip yang berhenti di bahu jalan ditahan reman sehingga esok. “Wanita berkenaan dihantar ke hospital bagi pemeriksaan mental dan kita menunggu laporan hospital dalam melengkapkan kertas siasatan. “Siasatan masih giat dilakukan mengikut Seksyen 304 (A) Kanun Keseksaan,” katanya di sini hari ini. Dalam kejadian kelmarin, seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas motosikal diitunggangnya merempuh belakang sebuah trak pikap yang memperlahankan kenderaan secara tiba-tiba di Kilometer 98.6 Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1) di sini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu menyaksikan sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Triton yang berada di laluan kanan telah membrek secara tiba-tiba bagi mengelak seorang wanita yang melintas jalan sebelum motosikal jenis Suzuki GSX R1000 merempuh trak pikap berkenaan. Menurut Mazlan, ujian air kencing terhadap kedua-dua suspek mendapati negatif dadah. Katanya, siasatan awal terhadap lelaki warga China berusia 37 tahun mendapati individu berkenaan tidak mempunyai pasport. Tambahnya, siasatan awal juga mendapati kemalangan disebabkan kecuaian pemandu kenderaan jenis Mitsubishi Pajero Sport yang memberhentikan kenderaan di bahu jalan sebelum bertindak melintas jalan. Sumber – KOSMO! ONLINE |
shamsadis replied at 29-4-2024 08:29 AM
Katanya, siasatan awal terhadap lelaki warga China berusia 37 tahun mendapati individu berkenaan tid ...
shamsadis replied at 29-4-2024 08:29 AM
Katanya, siasatan awal terhadap lelaki warga China berusia 37 tahun mendapati individu berkenaan tid ...
BoongaKertas replied at 29-4-2024 01:35 AM
warga PRC ke?
vanillaninja replied at 29-4-2024 01:44 AM
Lelaki tu PRC. Yang perempuan bodoh tu local.
cantthinkofany replied at 29-4-2024 02:03 AM
siapa kah pemuzik itu.....
tapi pemandu motor ni start la tu pay more attention cara korang menyeli ...
BoongaKertas replied at 29-4-2024 10:07 AM
iols agree. budak2 bwk motor ni, depa x fikir keselamatan depa. yg depa fikir nak nyelit jer. past ...
cantthinkofany replied at 29-4-2024 02:32 AM
bab hon 10 harkat tu gue setuju......bingit weii...macm dia sorang yg nak cepat...walhal bukan ter ...
shamsadis replied at 29-4-2024 08:29 AM
Katanya, siasatan awal terhadap lelaki warga China berusia 37 tahun mendapati individu berkenaan tid ...
Belibis replied at 29-4-2024 11:02 AM
Tu yang kantoi ada kes kemalangan..lagi juta2 tu aman2 dah ada ic.
ADVERTISEMENT