CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Gambar Terkini Ts Jins Shamsuddin Jadi Viral

2-2-2015 03:28 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17749| Komen: 82

Description: Katanya Lagi Dia Datang Melawat Bapanya Setiap Hari Kerana Kebetulan Pejabat Terletak Berhampiran Namun Kadangkala Bekas Bintang Filem Era 60-An Itu Tidak Mengenalinya Berikutan Penyakit Alzheimer Yan ...
Gambar Terkini Ts Jins Shamsuddin Jadi Viral



Kuala Lumpur: “Ayah masih sihat, makan dan minum macam biasa cuma mungkin kerana faktor usia makan tak banyak seperti dulu."

Itu kata anak seniman Tan Sri Jins Shamsuddin, Putera Hang Jebat mengenai keadaan kesihatan bapanya yang kini menjadi perbualan hangat di laman sosial berikutan penyebaran foto terbaru bekas senator itu.

Beberapa laman blog melaporkan keadaan bapanya kelihatan semakin uzur berdasarkan foto yang didakwa diambil daripada laman sosial.

Menurut Putera Hang Jebat, bapanya yang berusia 80 tahun tidak ada penyakit lain selain Alzheimer yang dihidapi sejak 2011 dan kini dijaga dengan baik oleh ibunya Puan Sri Halijah Abdullah di rumah mereka di Hulu Kelang, Selangor.


"Saya tidak pasti bagaimana gambar berkenaan boleh tersebar namun saya sedikit terkejut kerana ia menunjukkan seolah-olah ayah dalam keadaan sangat uzur sedangkan dia masih sihat di rumah.

"Biasalah bila dah berumur mungkin selera makan tak macam dulu sebab itu nampak kurus," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Katanya lagi dia datang melawat bapanya setiap hari kerana kebetulan pejabat terletak berhampiran namun kadangkala bekas bintang filem era 60-an itu tidak mengenalinya berikutan penyakit Alzheimer yang dihidapi.

Sementara itu, Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi akan menziarahi Jins pagi ini (Isnin) untuk bertanya khabar selain mendapatkan perkembangan terkini seniman veteran itu.

"Sebenarnya sebelum ini kita sudah beberapa kali bertemu beliau dan Alhamdulillah beliau sihat, cuma mungkin keadaan terbaru kita tidak pasti kerana berdasarkan gambar nampak kurus sedikit.

"Apapun saya dan rakan-rakan akan mendapatkan maklumat daripada keluarga beliau terlebih dulu dan akan memberi bantuan sewajarnya jika diperlukan," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tepisket.. 2-2-2015 12:54 AM
Allah. Kurus melengkungnya..
Quote Ferr_Remy 2-2-2015 12:55 AM
Begitula kita juga nnt di hati tua
Quote dani-rox 2-2-2015 01:12 AM
tak kesah tua tp takutnya kena penyakit alzheimer, atau nyanyuk... takut lupa org2 tersayang, lupa segala kenangan dan peristiwa penting dlm hidup. tak mampu jaga diri sendiri...
Quote DARSITA 2-2-2015 01:18 AM
dani-rox replied at 1-2-2015 09:12 AM
tak kesah tua tp takutnya kena penyakit alzheimer, atau nyanyuk... takut lupa org2 tersayang, lupa s ...

bagusnya penyakitni tak mendatangkan stress kpd pengidapnya. Org yang jaga akan stress sbb melayan mereka spt melayan budak umur 3 tahun.


Quote dani-rox 2-2-2015 01:27 AM
DARSITA replied at 2-2-2015 01:18 AM
bagusnya penyakitni tak mendatangkan stress kpd pengidapnya. Org yang jaga akan stress sbb melayan ...

kesian dan kagum dgn penjaga yg bersabar dgn pesakit alzheimer tingat dgn mak dan adik beradiknya yg menjaga nenek yg mengidap penyakit nyanyuk. sbb tu lah ai takut kena penyakit2 sebegitu, takmo menyusahkan orang dan memalukan diri sendiri.
Quote shalola 2-2-2015 01:45 AM
kurusnyaaaaa
Quote revolusi_30 2-2-2015 01:57 AM
Org kata Jins ne selayaknya la ...pasal dulu beliau tikam P. Ramlee
Quote hanna88 2-2-2015 02:23 AM
kurus mengerekot sangat ni
Quote mbhcsf 2-2-2015 02:38 AM
Bless him.
Quote SoalanSaye 2-2-2015 04:56 AM
maksimum umur Jins Shamsuddin: 95
Quote Al-Patih 2-2-2015 05:29 AM
Ferr_Remy replied at 2-2-2015 12:55 AM
Begitula kita juga nnt di hati tua

benar...hukum alam.....
Quote mak_wa95 2-2-2015 05:32 AM
Edited by mak_wa95 at 2-2-2015 05:35 AM

dah tua memang mcm tu...
orang umor 80 ada lagi ke yang gemuk..
orang yang dah berumor 80lebih tgk muka depa sepesen je,padahal masa umur 50an muka sgt lain

tapi sian pasal nyanyuk la...
ni betul ke tak,xpasti la..seseorang yg saya pernah kenal,dia ckp kena jaga solat di awal waktu utk elak nyanyuk..sbb dia jaga mak dia yg diusia senja agak suka melengahkan waktu..itu kata dia lah..mgkin peringatan dia spy kita jaga waktu..
Quote Munnalicious 2-2-2015 07:03 AM
Kesiannya... Tak sampai hati tgk begini.
Quote Kak-Leen 2-2-2015 07:22 AM
Moga Allah berikan kesabaran dan semua urusan dipermudahkan utk penjaga dan TSJS sendiri
Quote jazaa 2-2-2015 07:26 AM
dani-rox replied at 2-2-2015 01:27 AM
kesian dan kagum dgn penjaga yg bersabar dgn pesakit alzheimer  tingat dgn mak dan adik beradik ...

Kena selalu baca Al-quran masa sihat, insyaAllah tak nyanyuk.....
Quote jazaa 2-2-2015 07:30 AM
revolusi_30 replied at 2-2-2015 01:57 AM
Org kata Jins ne selayaknya la ...pasal dulu beliau tikam P. Ramlee

Siannya.....

Tapi knp dia kata p.ramlee guru dia?...memang p.ramlee guru dia ke?....
Quote hanakikan 2-2-2015 07:40 AM
Mcm Alice dlm citer Still Alice lah ni. Sian si alice.

this month dpt award ye kak julianne moore. Overdueeee sgtt
Quote abas8888 2-2-2015 09:42 AM
revolusi_30 replied at 2-2-2015 01:57 AM
Org kata Jins ne selayaknya la ...pasal dulu beliau tikam P. Ramlee

maksud tikam p ramlee??
Quote prettyuglybabe 2-2-2015 09:52 AM
biasa la bila dah berusia memang akan jadi kurus

Lihat semua komen(82)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 03:10 AM GMT+8 , Processed in 0.336506 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top