CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nenek Berusia 65 Tahun, Jual Daun Ketum

8-12-2014 12:10 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7021| Komen: 4

Description: “Kita Merampas Daun Ketum Dan Menahan Seorang Wanita Warga Emas Dan Anak Saudara Perempuannya Berusia 29 Tahun Kerana Disyaki Terlibat Menjual Daun Ketum Tersebut,” Katanya Di Sini, Semalam.
Nenek Berusia 65 Tahun, Jual Daun Ketum


JITRA - Kegiatan menjual daun ketum dipercayai didalangi seorang wanita warga emas berusia 65 tahun dan anak saudaranya kira-kira enam bulan lalu terbongkar selepas mereka ditahan polis, kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 11 pagi di belakang sebuah rumah di Kampung Pida 6 Baru, Kodiang, dekat sini, dua suspek ditahan bersama sembilan bungkusan daun ketum seberat 53 kilogram (kg) bernilai RM954.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd Rahim Abdullah berkata, hasil maklumat orang awam, pihaknya melakukan siasatan seterusnya menyerbu rumah suspek.

“Kita merampas daun ketum dan menahan seorang wanita warga emas dan anak saudara perempuannya berusia 29 tahun kerana disyaki terlibat menjual daun ketum tersebut,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya percaya daun ketum itu adalah untuk dijual kepada pihak lain yang akan memprosesnya menjadi air ketum.

Menurutnya, suspek kini direman empat hari bermula kelmarin dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang boleh dipenjara maksimum empat tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

“Lokasi yang sama juga pernah diserbu kira-kira enam bulan lalu dan kita turut menahan seorang wanita berusia lingkungan 30-an,” katanya.

2

Bagus
4

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
4

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jazaa 6-12-2014 06:56 PM
Ni ada keturunan siam ni....
Dah nak mati pun tak nak beringat....

Quote mak_wa95 6-12-2014 07:02 PM
opah ni xtau ka..sekarang dah salah jual daun ketum...

Quote ChildrenOfBodom 6-12-2014 07:30 PM
that's why i love this town

- bon jovi
Quote Esmiria 6-12-2014 08:58 PM
org tua skang tkleh caya sgt. Mereka wat kje jht. hihi.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:40 AM GMT+8 , Processed in 0.039374 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top