CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penyewa Bb Plaza Tidak Puas Hati Diminta Pindah Keluar

19-1-2015 10:36 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4037| Komen: 11

Description: Tambah Lyazazy, Sebuah Kafe Di Jalan Bulan Yang Telah Dikosongkan Lot Mereka Juga Diberi Pampasan Oleh Pemaju Mrt Corp. Semakin Ramai Peniaga Meninggalkan Premis Berkenaan Selepas Tidak Mengetahui B ...
Penyewa BB Plaza tidak puas hati diminta pindah keluar

Peniaga di BB Plaza berkata kali pertama notis diberikan kepada para penyewa  untuk bersedia berpindah adalah pada 2012 namun tidak ada kepastian mengenai  tarikh sebenar mereka perlu berpindah.


KUALA LUMPUR, 19 Januari:Kekecewaan adalah perkatan terbaik yang mampu  digambarkan terhadap perasaan para penyewa di BB Plaza di sini apa mereka  diminta untuk berpindah keluar daripada lokasi perniagaan mereka.

Ia bagi memberi laluan kepada pembinaan sebuah  kondominium mewah 60 tingkat bagi menggantikan pusat membeli-belah yang sudah  berusia tersebut.
Bagi peniaga, Nor Lyazazy, 28 yang memiliki tiga  kiosk dan sebuah butik pakaian di pusat beli-belah berkenaan, pihak pemaju telah  memberi layanan yang tidak memuaskan kepadanya dan juga penyewa-penyewa lain  selepas memberikan notis yang tidak munasabah untuk mengosongkan kedai mereka  tanpa sebarang pampasan.


Menurutnya, kali pertama notis diberikan kepada  para penyewa untuk bersedia berpindah adalah pada 2012 namun tidak ada kepastian  mengenai tarikh sebenar mereka perlu berpindah.

Kata Lyazazy, dia bersama-sama beberapa penyewa  lain, menubuhkan Persatuan Peniaga Bukit Bintang Plaza dan bertemu dengan  pengurusan pemaju UDA Holdings Berhad untuk mendapatkan pampasan.

“Kami menubuhkan persatuan untuk membolehkan  kami mempunyai suara dan kebanyakan daripada peniaga mahukan pampasan kerana  kami semua diminta untuk meninggalkan premis ini.

“Kami pernah mendengar bahawa UDA telah diberi  pampasan oleh MRT Corp untuk diberikan kepada penyewa tetapi ia tidak sampai  kepada kami,” dakwanya.

Tambah Lyazazy, sebuah kafe di Jalan Bulan yang  telah dikosongkan lot mereka juga diberi pampasan oleh pemaju MRT Corp. semakin  ramai peniaga meninggalkan premis berkenaan selepas tidak mengetahui bilakah ia  akan ditutup dan dia kemudiannya menyewa sebuah kedai kosong untuk dijadikan  butik.

“Saya terkejut apabila pada Oktober tahun lalu  UDA akhirnya memberitahu tarikh akhir untuk keluar pada 31 Disember tetapi  mereka membenarkan saya untuk menyewa  pada tahun 2013.

“Jika mereka tahu bangunan itu akan diambil  alih, mengapa mereka menyewa lot kepada saya dan setelah melantik peguam, saya  membuat beberapa rayuan untuk tinggal lebih lama dan akhirnya diberikan lanjutan  sehingga Mac tahun ini untuk mengosongkan kedai saya,” ujarnya.

Katanya lagi, ramai penyewa mengambil keputusan  sama ada berpindah ke Berjaya Times Square atau Sungai Wang Plaza.

“Walaupun ini antara pilihan yang ada namun sewa  di sana terlalu tinggi dan Sungai Wang juga dikatakan menaikkan sewa selepas  penutupan BB Plaza.

“Kami tidak tahu apa yang akan berlaku dalam  tempoh dua hari akan datang kerana pintu yang menghubungkan ke Sungai Wang akan  ditutup apabila Metrojaya ditutup mulai esok,” katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi peniaga Wong Wah  Tong, yang memiliki sebuah kedai yang menjual cenderamata, batik dan pewter  berkata beliau berasa tertipu dengan pemilik pusat membeli-belah.

Walaupun masa yang diberikan mencukupi namun  kerja-kerja pengubahsuaian jubin dilakukan awal tahun lalu mengelirukan penyewa  yang mana merasakan mereka boleh kekal berniaga di sana.

“Namun selepas mendapat notis terakhir pada  Oktober tahun lepas yang mengatakan terpaksa keluar oleh hujung tahun, kami  memohon untuk diberikan tempoh yang lebih lama kerana memerlukan masa untuk  memindahkan stok barangan.

“Kami sangat kecewa kerana tidak diberi apa-apa  pampasan dan selain layanan mereka yang buruk terhadap kami.

“Kami telah beroperasi di sini selama 30 tahun  dan mereka melayan kami seperti ini tetapi bangunan ini adalah milik mereka jadi  jika mereka mahu kami pindah, kami akan pindah,” kata Wong kepada The Post Rakyat.

10

Bagus
18

Marah
11

Terkejut
11

Sedih
13

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (78 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote poison_paradise 19-1-2015 08:56 AM
Nak buat kondo 60 tingkat? DA la area mendap runtuh nt
Quote snipersnake 19-1-2015 09:02 AM
yg belinya nanti org Singapore...
Quote shuk_one 19-1-2015 09:45 AM
kondo 60 tingkat... peww
Quote jaja4 19-1-2015 09:49 AM
TT, avatar ko menakutkan.. x sanggup nk baca artikel smpai abis..
Quote Changa 19-1-2015 09:57 AM
poison_paradise replied at 19-1-2015 08:56 AM
Nak buat kondo 60 tingkat? DA la area mendap runtuh nt

Atas bangunan itu sekarang pun office buildinh bertingkat tingkat, akak syak mereka akan convert jadi kondo jah, celah mana ruang nak runtuh kan kecuali sg wang pun kena runtuh kan
Quote Modngengade 19-1-2015 10:03 AM
demi pembangunan katanya..bina kondo lebih huntung....
Quote itik_kuning 19-1-2015 10:09 AM
ala, nnt susah la nak gi makan kat johhny's....
Quote freebird 19-1-2015 10:10 AM
yang beli nanti mustilah ramai melayu kan..baguslah....tektik dbkl nak ramaikan pengundi melayu di kawasan bukit bintang....
Quote Z77 19-1-2015 10:16 AM
snipersnake replied at 19-1-2015 09:02 AM
yg belinya nanti org Singapore...

kalau area ni bukan orang singapore beli..orang singapore suka beli rumah yg ada tanah sikit...yg suka beli kat area ni sure pak erabb...
Quote TuntungReturn 19-1-2015 10:30 AM
mcm pnh bce je berita ni
Quote arira_arora 19-1-2015 11:50 AM
freebird replied at 19-1-2015 10:10 AM
yang beli nanti mustilah ramai melayu kan..baguslah....tektik dbkl nak ramaikan pengundi melayu di k ...

hahaha,,,.... bb ni sejak azali mmg cina punyer...
siap msk dlm tb yg bb ni scam city...

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 04:14 PM GMT+8 , Processed in 0.063809 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top