CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ladylista Hiburan MENARIK Lihat artikel

Panda dan Wayang kulit (Siri panda 1600)

14-1-2015 12:14 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 2105| Komen: 1

Description: Sememangnya pelik, apa pula kaitan antara panda dan wayang kulit. Kenapa banyak perkara kita harus kaitan dua benda yang amat berbeza ini?. Sebenarnya tiada apa yang berbeza, dalam 20 tahun lagi panda ...

Sememangnya pelik, apa pula kaitan antara panda dan wayang kulit. Kenapa banyak perkara kita harus kaitan dua benda yang amat berbeza ini?. Sebenarnya tiada apa yang berbeza, dalam 20 tahun lagi panda mungkin boleh menjadi sejarah seperti wayang kulit jika tidak dipelihara.


Sebagai memupuk kesedaran masyarakat mengenai ekologi dunia, siri jelajah dunia 1600 panda sampai ke kemuncak di Publika, semalam. Sejumlah 1600 panda mengembara ke 15 lokasi terpilih di Malaysia, akhirnya semalam LadyLista dapat melihat 1600 skluptur panda yang dihasilkan oleh pengukir terkenal Perancis, Paulo Grangeon. Memang comel semuanya.

Majlis dirasmikan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang bertemakan 'Mulakan budaya pemuliharaan kreatif' ia selari dengan hasrat kerajaan yang banyak menjalankan dasar memulihara flora dan fauna.

Sempena siri jelajah panda ini di Malaysia, ada 7 panda edisi istimewa sebagai lambang kepelbagaian dan keunikan budaya di Malaysia. 7 panda tersebut termasuk edisi - Beca, Wau, Congkak, Badminton, Wayang Kulit, Bunga Raya dan Gasing.

Pameran ini menggunakan angka '1600' yang menunjukkan jumlah itu sahaja populasi panda yang tinggal di muka bumi ini. Sayangnya LadyLista rasa, panda yang comel dan tidak membahayakan ini sangatlah sedih jika ia pupus tanpa kita kekalkannya. Jika boleh, LadyLista mahu jadikan panda hidup ini sebagai haiwan peliharaan dirumah. Balik rumah nampak panda, sejuk sahaja mata melihat.

Siri penjelajahan panda dimulakan pada 2008, sebagai kerjasama  Grangeon dengan World Wide Fund for Nature. Sejak itu, panda-panda itu muncul di lebih 100 pameran di tujuh negara termasuk Perancis, Belanda, Itali, Jerman, Switzerland dan Taiwan. 

Bagi pengunjung yang mahu tengok sendiri panda ini, pameran ini berlangsung selama 2 minggu di Publika. Jangan lepaskan peluang sesi 'hug-moment' bersama 1600 panda.

Marilah kita pupuk kesedaran memelihara alam ini, bukan sahaja panda malah segala benda hidup di alam ini. Jangan nanti sampai pupus generasi akan datang kenal panda seperti kita kenal dinasour pula.









Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote mayaBB 14-1-2015 04:12 PM
Gambar last tu paling cute... comell je mcm panda

Lihat semua komen(1)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:06 AM GMT+8 , Processed in 0.037654 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top