CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Diserang Strok Selepas Bersalin

14-1-2015 11:45 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7169| Komen: 32

Description: “Saya Reda Dengan Keadaan Yang Berlaku Kepada Isteri Dan Bayi Perempuan Saya Itu. Bagaimanapun Menaruh Harapan Besar Untuk Kedua-Dua Mereka Sihat Dan Kami Menjalani Kehidupan Seperti Sedia Kala.
Diserang Strok Selepas Bersalin

Md Sohaimi (dua, kiri) bertanya khabar Zurina yang terlantar di atas katil selepas diserang strok tiga minggu lalu.


KUANTAN – Kegembiraan sepasang suami isteri menyambut kelahiran anak ketiga hanya seketika apabila si ibu diserang strok selepas dua minggu melahirkan anaknya.

Wan Hanazeli Wan Mustafa, 42 berkata, isterinya Zurina Ali, 40 tiba-tiba rebah di dalam bilik yang menyebabkan anggota badan sebelah kiri tidak dapat bergerak.

Menurutnya, selepas melahirkan anak pada 5 Disember lalu, keadaan isterinya normal dan menjalani tempoh berpantang seperti biasa.

“Anak saya lahir tidak cukup bulan, usia kandungan 32 minggu, isteri saya dinasihatkan untuk bersalin segera kerana berat bayi statik.

“Oleh itu, dia melahirkan anak kami secara pembedahan dan seterusnya anak ditempatkan di unit rawatan rapi kanak-kanak (NICU) untuk pemerhatian doktor dan pakar,” katanya.

Disebabkan keadaan anak yang tidak stabil, Zurina terpaksa ‘berpisah’ dengan anaknya.

Wan Hanazeli berkata, sepanjang tempoh ‘berpisah’ itu, jururawat sentiasa memantau keadaan tekanan darah Zurina.

Bagaimanapun, pada 18 Disember lalu, tekanan darah isterinya naik mendadak menyebabkan Zurina pengsan dan dimasukkan ke unit rawatan rapi selama dua hari.

“Selepas dia sedar, anggota badan sebelah kiri tidak dapat bergerak dan tidak mampu bercakap. Tetapi dia masih kenal dan memberi respons positif terhadap percakapan orang di sekelilingnya dengan menulis atas kertas.

“Kini anak saya di NICU telah menunjukkan perkembangan yang baik dan itu mungkin boleh menjadi inspirasi kepada isteri untuk cepat sembuh,” katanya yang kini terpaksa menguruskan isteri dan dua lagi anak mereka sendirian.

Wan Hanazeli yang bekerja sendiri terpaksa menjadi ayah dan ibu kepada ketiga-tiga anak mereka dengan jadual harian yang bermula seawal lima pagi.

“Saya reda dengan keadaan yang berlaku kepada isteri dan bayi perempuan saya itu. Bagaimanapun menaruh harapan besar untuk kedua-dua mereka sihat dan kami menjalani kehidupan seperti sedia kala.

“Kedua-dua mereka mempunyai semangat yang kuat untuk sihat dan saya yakin, tidak lama lagi mereka akan sembuh,” katanya.

Nasib Zurina mendapat perhatian daripada Adun Sungai Lembing, Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah di rumah mertuanya di Felda Bukit Goh, di sini.

Md Sohaimi turut menyampaikan bantuan kerusi roda untuk memudahkan pergerakan Zurina yang kini dalam tempoh rawatan fisoterapi dan alternatif.

14

Bagus
24

Marah
24

Terkejut
23

Sedih
13

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (112 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ibu_haritz 14-1-2015 11:02 AM
kesiannya..semoga cpt sembuh..
adik aku pun br lps czer..bersalin awal..baby 32 mggu..
darah tggi naik mencanak..
makan tak pantang...
Quote MamaMima711 14-1-2015 11:06 AM
teringat collegue aku meninggal ms mengandung sbb darah tinggi..muda lg ms tu,br 30 thn.masa ngandung first,dia coma masuk icu.doc x galakkan dia ngandung lg tp nk wat cmne,kali kedua ngandung ngah sarat kena darah tinggi lg.meninggal kt ward..sedih sgt
Quote zameyla 14-1-2015 11:07 AM
kesian...faktor umur sama kot... semoga cepat sembuh..
Quote Knowlee 14-1-2015 11:09 AM
Hurm, apa ye penyebab ramai ibu-ibu mengandung ni dapat high blood pressure?
Quote kumbang7 14-1-2015 11:10 AM
MamaMima711 replied at 14-1-2015 11:06 AM
teringat collegue aku meninggal ms mengandung sbb darah tinggi..muda lg ms tu,br 30 thn.masa ngandun ...

Mudanya kena darah tinggi..badan dia gemuk x?
Quote MamaMima711 14-1-2015 11:11 AM
kumbang7 replied at 14-1-2015 11:10 AM
Mudanya kena darah tinggi..badan dia gemuk x?

x gemuk pun..sederhana je.darah tinggi ikut berat ke?ada je yg kurus2 darah tinggi.collegue aku yg krrus2 pun ada kencing manis.
Quote TuntungReturn 14-1-2015 11:13 AM
strok ni atas org.ade yg darah tinggi x kena2
Quote kumbang7 14-1-2015 11:14 AM
MamaMima711 replied at 14-1-2015 11:11 AM
x gemuk pun..sederhana je.darah tinggi ikut berat ke?ada je yg kurus2 darah tinggi.collegue aku yg ...

Oh tanya he..bukan ape..sbb org malaysia ni byk kena penyakit sbb terlebih makan je
Quote fifie_olin 14-1-2015 11:14 AM
darah tggi bkn psl gemok jeh...
biase psl mknan yg kita ambil...
stress pon ye gak...
sbb tu kalo sakit kepla kita kena tido
Quote callance 14-1-2015 11:18 AM
Masa aku ngandung dulu darah tinggi mmg terus dan terus naik. aku pun x tau pasal pe. makan aku jaga. so kene induce lg sehari nak masuk 38 weeks. nasib baik semua dlm keadaan ok. masa ngandung ni macam penyakit tiba2 ade.. lg 2 tahun aku rancang nak ade baby lg, so dari skrg kene jaga..
ni lah pengorbanan seorang wanita utk jd seorg ibu n bagi zuriat kat suami..
Quote GhostWalking 14-1-2015 11:19 AM
TuntungReturn replied at 14-1-2015 03:13 AM
strok ni atas org.ade yg darah tinggi x kena2

kadang yang kena darah rendah pun boleh kena strok kan?
Quote TuntungReturn 14-1-2015 11:20 AM
GhostWalking replied at 14-1-2015 11:19 AM
kadang yang kena darah rendah pun boleh kena strok kan?

x past lak
yg aku taw.darah klo rendah boleh mati
Quote GhostWalking 14-1-2015 11:21 AM
TuntungReturn replied at 14-1-2015 03:20 AM
x past lak
yg aku taw.darah klo rendah boleh mati

Ye ke tung?mati sebab apa??
Quote rospinki 14-1-2015 11:21 AM
Knowlee replied at 14-1-2015 11:09 AM
Hurm, apa ye penyebab ramai ibu-ibu mengandung ni dapat high blood pressure?

tekanan darah meningkat sebab sistem badan bertindak to cope capasiti blood pressure utk pembesaran janin..ditambah pula pemakanan dan faktor sediada maka cepat hb meningkat..my understanding la..kena dapatkan pejelasanan pakar O&G
Quote Knowlee 14-1-2015 12:14 PM
rospinki replied at 14-1-2015 11:21 AM
tekanan darah meningkat sebab sistem badan bertindak to cope capasiti blood pressure utk pembesara ...

I see. Ai x kahwin lg, so ai taktau. Yg pernah lalui ada experience.
Quote chinta89 14-1-2015 12:19 PM
semoga cepat sembuh. kasihannya..
Quote khailya 14-1-2015 12:59 PM
kesiannyer...
takot lak dgr cerita mcm ni
Quote snipersnake 14-1-2015 01:02 PM
harap Allah permudahkan urusan akak nih...
Quote ultra78 14-1-2015 01:08 PM
GhostWalking replied at 14-1-2015 11:21 AM
Ye ke tung?mati sebab apa??

Low blood pressure. Bukankah itu penyebab pesakit denggi mati?

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:54 PM GMT+8 , Processed in 0.069003 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top