CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penumpang Air Asia Dakwa Telinga 95% Dah Pekak Lepas Penerbangan...

5-6-2013 05:59 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 127190| Komen: 403

Description: SEORANG penumpang AirAsia mendakwa telinga kanannya hampir pekak kerana juruterbang syarikat itu telah bertindak meningkatkan kelajuan pesawat dari Guangzhou ke Kuala Lumpur untuk ‘mengejar masa’. ...
SEORANG penumpang AirAsia mendakwa telinga kanannya hampir pekak kerana juruterbang syarikat itu telah bertindak meningkatkan kelajuan pesawat dari Guangzhou ke Kuala Lumpur untuk ‘mengejar masa’.

Pengusaha bunga, Wong Chan memberitahu Guang Ming Daily, pendengarannya hanya tinggal lima peratus kesan daripada kelajuan yang terjadi.

Katanya, ramai penumpang, termasuk suami dan anaknya, terpaksa menutup telinga mereka untuk mengurangkan ketidakselesaan berikutan ‘tekanan’ yang terhasil di dalam kabin.

Mengulas lanjut, Wong memberitahu, pada mulanya penerbangan mereka pada 8 Mei lalu telah ditangguhkan 40 minit, ia hanya berlepas China pada pukul 9:30 tetapi TETAP tiba di LCCT pada masa yang sama, seperti mana dijadualkan pada waktu asalnya

Ini membuatkan yang dia percaya yang  juruterbang pesawat itu menerbangkan pesawatnya dengan laju untuk mengejar masa.

Wong berkata telinganya mula berdarah ketika tiba di rumah.

Beliau memberitahu akhbar itu beliau telah pergi ke klinik di mana dia telah diberikan antibiotik, namun terpaksa merujuk kepada pakar setelah keadaannya tidak banyak berubah.

“Doktor berkata gegendang telinga kanan saya telah cedera kerana tekanan udara dan saya perlu dirawat selama setengah tahun, untuk melihat sama ada ia akan sembuh dengan sendiri. Jika tidak, saya perlu menjalani pembedahan,” katanya .

Sehingga kini, menurut Wong, dia tidak dapat bekerja dan terpaksa bergantung kepada ubat penahan sakit dan pil tidur setiap malam.

Katanya, beliau juga telah dinasihatkan agar tidak menggunakan pengangkutan udara selama enam bulan, dalam erti kata lain, beliau ‘terlepas’ peluang untuk bercuti di Bali, Phuket dan Taiwan seperti mana yang telah dirancang.

” Saya harap AirAsia boleh membayar pampasan kepada saya, sama ada untuk bil perubatan saya atau kesan psikologi yang disebabkan oleh kejadian itu,” kata Wong, 59, sambil menambah bahawa dia telah meminta bantuan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Teratai Tiew Way Keng kerana dia tidak mempunyai apa-apa insurans penerbangan.

Dalam pada itu, AirAsia dilaporkan telah menerima aduan Wong.

Menurut jurucakap syarikat itu, mereka mengalu-alukan penumpang lain yang menghadapi situasi yang sama dalam penerbangan tersebut  untuk menyediakan butiran lanjut mengenainya.

12

Bagus
18

Marah
22

Terkejut
22

Sedih
14

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (104 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Magika 5-6-2013 03:20 PM
” Saya harap AirAsia boleh membayar pampasan kepada saya, sama ada untuk bil perubatan saya atau kesan psikologi yang disebabkan oleh kejadian itu,” kata Wong, 59, sambil menambah bahawa dia telah meminta bantuan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Teratai Tiew Way Keng kerana dia tidak mempunyai apa-apa insurans penerbangan.



layak ke dapat pampasan? penumpang lain pun jadi pekak juga ke lepas naik penerbangan tu?
Quote hanakikan 5-6-2013 03:21 PM
Kenapa dia sorang kena..yg lain x kena
Quote ifanonline 5-6-2013 03:21 PM
caprut je naik AA ni...padan muka pekak...
Quote lipans 5-6-2013 03:24 PM
apa lagi cina mau?
Quote NAT_11 5-6-2013 03:24 PM
Magika posted on 5-6-2013 03:20 PM
” Saya harap AirAsia boleh membayar pampasan kepada saya, sama ada untuk bil perubatan saya atau ke ...

Dalam pada itu, AirAsia dilaporkan telah menerima aduan Wong.

Menurut jurucakap syarikat itu, mereka mengalu-alukan penumpang
lain yang menghadapi situasi yang sama dalam penerbangan tersebut
untuk menyediakan butiran lanjut mengenainya.

Mungkin layak, kalau ramai yang buat aduan menghidapi situasi yang sama
macam Wong.
Quote prettyuglybabe 5-6-2013 03:29 PM
jenuh nak bayangkan cam mana air asia ni rempit
Quote TanSriJess 5-6-2013 03:29 PM
airbus 320 maximum speed 900 km/h jer

normal speed bawak dlm 800 km/h

xkanlah bawak 900 smpai berdengung telinga...

tak pun pilot tu dh modified enjin utk rempit 1500 km/h  keh keh

A320-200 - Max cruising speed 903km/h (487kt) at 28,000ft, economical cruising speed 840km/h (454kt) at 37,000ft.
Quote leylapple 5-6-2013 03:34 PM
apsal ramai2 penumpang dalam airasia tu, dia seorang jer yang pekak???

adakah mmg dia pekak sebelum ini??

or pekak badak??
Quote freebird 5-6-2013 03:35 PM
Mungkin sebab dia sorang je yang baca otosan malaysia ....
Quote brownstone 5-6-2013 03:40 PM
Mungkin gegendang telinga Asian nipis kot sbb tu mudah pecah...ala2 mata sepet diorang ittew...(sorry, racist joke)

:lol
Quote gaara_X 5-6-2013 03:45 PM
telinga dia kebetulan nak lost sound tue,,,,,ahajs!!
Quote airfilterkotor 5-6-2013 03:48 PM
Motip pengadu nak kaitkan kelajuan katebang dengan pekak telinga...?
Kalu dia kata faktor tekanan kabin pesawat menyebabkan ketidakcelaruan gegendang telinga tu, aku percaya laa.
Quote md.jie 5-6-2013 03:50 PM
memekakkan telinga beliau adalah rasis bagi airAsia
Quote Anak_Nogori 5-6-2013 03:50 PM
Adakah wong chan ini dibayar oleh UMNGOK utk menjatuhkan Air Asia?.
Quote tebuanharimau 5-6-2013 03:51 PM
kenapa AA x jawab cina ni saja dengki ngan kami & saja nk menjatuhkan  kami mcm SPR jawab tu
Quote worldonfire 5-6-2013 03:52 PM
akak rasa nie mesti cina mca yg berpakat dgn umno utk jatuhkan air asia...
Quote kelana36 5-6-2013 03:57 PM
Apa kena mengena kelajuan pesawat dengan telinga pekak.
Aku bantai lebih laju pada tu tak ada hal pun , yang lagi suka ada la..

Kadang kadang tailwind yaang kuat  boleh tolong catch up the lost time.
Quote dualchicks 5-6-2013 03:58 PM
tony sebok monitor the apprentice asia
Quote coolie83 5-6-2013 03:59 PM
NAT_11 posted on 5-6-2013 03:24 PM
Dalam pada itu, AirAsia dilaporkan telah menerima aduan Wong.

Menurut jurucakap syarikat itu,  ...

agreed with you. selagi org lain x komplen/ lodge report, jgn harap nk menang saman besar.

Lihat semua komen(403)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:37 PM GMT+8 , Processed in 0.074692 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top