CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

[QZ8501] Mayat mangsa pertama dikenal pasti

2-1-2015 12:30 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2649| Komen: 0

Description: Ketua DVI Jawa Timur, Komisioner Besar Budiyono berkata, pengesahan identiti wanita itu, antara 162 penumpang dan anak kapal pesawat yang terhempas di Laut Jawa pada Ahad, dibuat berdasarkan bedah sia ...
AirAsia Indonesia: Mayat mangsa pertama dikenal pasti 


SURABAYA: Mayat pertama nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 dikenal pasti sebagai Hayati Lutfiah Hamid yang berasal dari Sidoarjo, Surabaya, menurut Pusat Pengecaman Mayat Mangsa Bencana (DVI) di sini.

Ketua DVI Jawa Timur, Komisioner Besar Budiyono berkata, pengesahan identiti wanita itu, antara 162 penumpang dan anak kapal pesawat yang terhempas di Laut Jawa pada Ahad, dibuat berdasarkan bedah siasat, padanan cap jari dan barangan peribadi milik mangsa.

"Kad pengenalan dan rantai tertulis nama Hayati diperoleh bersama-sama mangsa dan perkara ini turut disahkan oleh waris dan anggota keluarga," katanya pada sidang akhbar di Pusat Krisis, Hospital Bhayangkara dekat sini pada Khamis.
Jenazah wanita itu telahpun diserahkan kepada keluarganya hari ini.

Jenazah Allahyarham adalah antara dua mayat yang pertama tiba di hospital ini pada petang Rabu, satu lagi merupakan mayat lelaki.


Sambil menjelaskan identiti mayat lelaki itu belum dikenal pasti, Budiyono berkata: "Mayat ini ada rambut panjang, tahi lalat di atas kiri bibirnya dengan tinggi lebih kurang 145 cm ke 150 cm."

Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=849822&page=2#pid58850104
26

Bagus
37

Marah
18

Terkejut
34

Sedih
23

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (151 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 10:34 AM GMT+8 , Processed in 0.146063 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top