CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Airasia Indonesia Akui Berlaku Kecuaian Pentadbiran Pada Penerbangan Qz8501

15-1-2015 12:41 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6975| Komen: 19

Description: “Kami Mengakui Berlaku Kecuaian Administrasi,” Katanya Merujuk Kepada Pesawat Airasia Qz8501 Yang Sebenarnya Mempunyai Permit Untuk Berlepas Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda Di Surabaya K ...
AirAsia Indonesia akui berlaku kecuaian pentadbiran  pada penerbangan QZ8501

AirAsia pernah memfailkan permohonan penjadualan  semula bagi pelepasan penerbangan Surabaya-Singapura.


KUALA LUMPUR: Pesawat QZ8501 tidak  mempunyai permit penerbangan ketika ia meninggalkan Surabaya untuk ke  Si
ngapura.

Ketua Pengarah Eksekutif AirAsia Indonesia, Sunu Widyatmoko  dilaporkan berkata demikian kepada portal berita Tempo.co sebentar  tadi.

“Kami mengakui berlaku kecuaian administrasi,” katanya merujuk  kepada Pesawat AirAsia QZ8501 yang sebenarnya mempunyai permit untuk berlepas  dari Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda di Surabaya ke Lapangan Terbang  Antarabangsa Changi, Singapura pada hari Isnin, Selasa, Khamis dan Sabtu.

Namun begitu, AirAsia dilaporkan pernah memfailkan permohonan penjadualan  semula bagi pelepasan penerbangan pada hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad.

"Dalam proses tersebut, penjadualan semula itu telah disampaikan secara  lisan kepada Ketua Direktorat Pengangkutan Udara. Kecuaian ini harus kami  perbetulkan secara dalaman," kata Sunu dalam laporan itu.

Sebelum ini,  Kementerian Pengangkutan Indonesia telah menjalankan siasatan berhubung permit  penerbangan AirAsia susulan musibah yang menimpa pesawat QZ8501 pada Disember 28  lalu.

Siasatan tersebut merupakan lanjutan dakwaan bahawa AirAsia telah  melanggar permit penerbangan dengan melakukan penerbangan pada hari Ahad.

Kementerian Pengangkutan kemudian mengambil keputusan untuk menggantung  permit penerbangan AirAsia bagi laluan Surabaya-Singapura bermula 2 Januari  2015.

Minggu lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony  Fernandes berkata beliau tidak pernah mengaku bahawa syarikat itu tidak  mempunyai kebenaran untuk terbang di  laluan Surabaya-Singapura.

27

Bagus
22

Marah
21

Terkejut
10

Sedih
13

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (104 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FanTasyCreaTioN 15-1-2015 08:44 AM
bagus lah mengaku
Quote Decaffeinated 15-1-2015 08:48 AM
bila berlaku perkara begini, akan terjumpalah glitches every where. itu biasa.

tapi aku masih tidak nampak kaitan hari terbang dengan nahas yang ini. ka ada?...

Quote unguaurora 15-1-2015 01:41 PM
Kalau ada permit, ada jaminan ke xde nahas?
Quote PongKang 15-1-2015 01:45 PM
Ni br airasia, airlines lain ada x yg xde permit gak?
Quote ice_sky92 15-1-2015 01:47 PM
Xde permit. Patutlah low cost airline.
Quote cik_kembong 15-1-2015 02:01 PM
unguaurora replied at 15-1-2015 01:41 PM
Kalau ada permit, ada jaminan ke xde nahas?

Kunfayakun.....

Permit tu cuma procedures yg perlu diikut.....
Quote Knowlee 15-1-2015 02:08 PM
Decaffeinated: bila berlaku perkara begini, akan terjumpalah glitches every where. itu biasa.tapi aku masih tidak nampak kaitan hari terbang dengan nahas yang ini. k ...


nope, i don't see that too.
Quote star_anisse 15-1-2015 02:28 PM
kebetulan.. kalo ditakdirkan terhempas hari yg dibenar terbang, nk salahkan sapa pulak...
Quote kelana36 15-1-2015 02:38 PM
baguslah, drastic action taken, airline hanya boleh terbang pada hari hari yang dah ditentukn mengikut air operating permit sahaja untuk mengelakkn kemalangan udara dari berlaku...
Quote Decaffeinated 15-1-2015 02:47 PM
unguaurora replied at 15-1-2015 01:41 PM
Kalau ada permit, ada jaminan ke xde nahas?

hari ada permit, cuaca elok hoccay....

on a serious note, kita bukan nak nafi peraturan tu penting tapi aku rasa isu hari yang dibenarkan terbang ni over blown as if itu yang menyebabkan nahas. Bagi aku ini serupalah bila ada kereta accident, check tengok road tax mati. Lepas tu hari2 ratib pasal road tax mati.

In fact, this could indicate that the airline has been so good you cannot find a more valid reason. They should have tried harder....

my 2 rupiah lah...


Quote sub5zero 15-1-2015 02:51 PM
Napelah indon ni suka melalak sblm siasatan selesai dijalankan? Nk cari glamer x kena tempat....pepatah mat salleh ada ckp...makin byk kita bercakap makin byk keburukan kita terserlah....dok diam2 tunggu kotak hitam punya content suda la
Quote alphawolf 15-1-2015 03:02 PM
Heh, kalau MH17/MH370 jadi camni jugak...takde permit...aku tak tau la macam mana orang kita kutuk kaw2.....
Quote GhostWalking 15-1-2015 04:03 PM
one word-corruption
Quote archilless 15-1-2015 04:35 PM
kalau kes mcm ni airline dah ngaku silap.. nanti insurance bayar jugak ke?
Quote archilless 15-1-2015 04:39 PM
alphawolf replied at 15-1-2015 03:02 PM
Heh, kalau MH17/MH370 jadi camni jugak...takde permit...aku tak tau la macam mana orang kita kutuk k ...

kan...
lalu atas ukraine yg ada kebenaran utk lalu pun org kita kutuk seolah2 MH..
Quote finasophie 16-1-2015 12:36 AM
Sy rasa bnda2 smua ni utk procedure. Bukan directly jd pnyebab kmalangn. Cthnya claim insurance kan ada syarat2nya. Heheh. My 2 rupiah too.
Quote lowgil 16-1-2015 01:09 PM
unguaurora replied at 15-1-2015 01:41 PM
Kalau ada permit, ada jaminan ke xde nahas?

ada terbaca laporan awal semasa nahas mengatakan pilot meminta kebenaran atc utk naik ke ketinggian tertentu akibat cuaca, namun atc tidak benarkan kerana laluan tersebut sibuk dgn flite lain, pilot diminta kekal pd ketinggian asal, tak lama slps itu terus hilang dari radar

jd permit mmg diperlukan utk kawalan trafik udara

satu kecuaian dan kelalaian dari air asia indonesia yg mengundang malapetaka

Quote scorpionkiki 16-1-2015 01:27 PM
archilless replied at 15-1-2015 04:35 PM
kalau kes mcm ni airline dah ngaku silap.. nanti insurance bayar jugak ke?

Ikut rule of thumb...aku rasa tak...
Quote truly 16-1-2015 01:37 PM
Decaffeinated replied at 15-1-2015 08:48 AM
bila berlaku perkara begini, akan terjumpalah glitches every where. itu biasa.

tapi aku masih tid ...

I faham sangat.

Recently ada small accident at one of the labs under me. Cari tentu lah jumpa somewhere the glitch, yang kalau keadaan biasa tak ada apa pun but macam this guy, I had to take full responsibility.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:23 AM GMT+8 , Processed in 0.059676 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top