CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

[Qz8501]Kotak Hitam Berjaya Ditemui

12-1-2015 10:09 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5597| Komen: 9

Description: Terdahulu, Kapal Baruna Jaya Milik Badan Pengkajian Dan Penerapan Teknologi (Bppt) Menerima Isyarat ‘Ping’ Kuat Dipercayai Daripada Kotak Hitam Pesawat Pada Pukul 11.25 Malam Tadi Selain Mengesan Bo ...
[Qz8501]Kotak Hitam Berjaya Ditemui


PANGKALAN BUN 11 Jan. - Lembaga Pengangkutan Awam Marin Indonesia mengesahkan, kotak hitam pesawat AirAsia QZ8501 telah ditemukan oleh pasukan penyelam hari ini, bagaimanapun usaha untuk mengeluarkannya dari laut gagal kerana objek tersebut dihimpit badan pesawat berkenaan.

Penyelaras badan itu, Tonny Budiono dalam satu kenyataan berkata, urusan pengeluaran kotak hitam di perairan Selat Karimata, Kalimantan Tengah itu akan dilakukan esok.

“Kotak hitam pesawat QZ8501 berjaya dijumpai oleh anggota penyelam dari Kapal Tentera Laut KN Jadayat pada kedalaman 30 hingga 32 meter.

“Namun, objek itu sukar dikeluarkan kerana dihimpit badan pesawat,” jelasnya seperti lapor Channel News Asia.

Budiono berkata, sekiranya badan pesawat itu gagal dialihkan dalam operasi esok, belon akan digunakan untuk mengapungkannya, sama seperti kaedah ketika mengeluarkan ekor pesawat daripada laut.

Tambahnya, boya juga telah diletakkan di lokasi kotak hitam ditemukan bagi memudahkan pencarian esok.

Terdahulu, Kapal Baruna Jaya milik Badan Pengkajian dan Penerapan Teknologi (BPPT) menerima isyarat ‘ping’ kuat dipercayai daripada kotak hitam pesawat pada pukul 11.25 malam tadi selain mengesan bongkahan besar dipercayai badan pesawat itu berhampiran kawasan berkenaan.

Menurutnya, bongkahan yang dikesan itu amat besar.

Lokasi pengesanan isyarat ‘ping’ tersebut terletak tidak jauh dari lokasi penemuan ekor pesawat tersebut dan berada jauh dari lokasi utama pencarian yang ditentukan oleh Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) sebelum ini.

Setakat ini, 48 mangsa berjaya dikeluarkan dari kawasan tragedi dan 32 daripada mereka telah dapat dikenal pasti dan dituntut oleh keluarga masing-masing.

Pasukan pencari kini sedang bertungkus lumus mencari 114 orang lagi mangsa yang dipercayai terperangkap di dalam badan pesawat.

16

Bagus
9

Marah
9

Terkejut
10

Sedih
8

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (59 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cadarblogsot 12-1-2015 05:52 AM
Agaknya mcm mana rupa ty:zz
Quote nagapompuan 12-1-2015 06:26 AM
Semoga berhasil menyelamat jasad penumpang2....

Boya? Kok boya?!  
Quote kentel 12-1-2015 07:54 AM
nagapompuan replied at 12-1-2015 06:26 AM
Semoga berhasil menyelamat jasad penumpang2....

Boya? Kok boya?!

buoy lah...hahaha
Quote shernazz 12-1-2015 07:58 AM
nagapompuan replied at 12-1-2015 06:26 AM
Semoga berhasil menyelamat jasad penumpang2....

Boya? Kok boya?!

Mungkin boyagombak telah dihantar ke sana...
Quote nagapompuan 12-1-2015 08:13 AM

Hok aloh...mende pelampung terapung itu kan?
Quote nagapompuan 12-1-2015 08:16 AM
shernazz replied at 12-1-2015 07:58 AM
Mungkin boyagombak telah dihantar ke sana...

Ahkak ader terpikir gitu jua...femes porumer boyagombak dianto menyelam carik kapatobang.

Emangnya Boya yek? Ahkak sudah lama tinggal sekolah. Mungkin terlepas pandang DBP cipta perkataan baru boya boya giteww..
Quote shernazz 12-1-2015 08:20 AM
nagapompuan replied at 12-1-2015 08:16 AM
Ahkak ader terpikir gitu jua...femes porumer boyagombak dianto menyelam carik kapatobang.  ...

Ya
.ianya dipanggil boya kaka...
Tambah a saja..hihi
Quote nagapompuan 12-1-2015 08:30 AM
shernazz replied at 12-1-2015 08:20 AM
Ya
.ianya dipanggil boya kaka...
Tambah a saja..hihi

Bahagia kerna BM sungguh mudah. Semua tambah A adja giteeewww
Quote chinta89 12-1-2015 09:47 AM
harap dapat merungkai kekusutan yang melanda

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-12-2023 06:38 AM GMT+8 , Processed in 0.033837 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top