CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

[QZ8501]KD Pahang Hanya Mampu Ambil Satu Mayat Daripada Tiga

2-1-2015 10:07 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3548| Komen: 0

Description: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memaklumkan daripada tiga mayat yang ditemui semalam, kapal TLDM KD Pahang hanya berjaya membawa naik satu daripadanya ekoran keadaan laut yang bergelora hari ini.
KD Pahang Hanya Mampu Ambil Satu Mayat Daripada Tiga – TLDM

Keadaan laut bergelora pada hari kelima pencarian mayat dan serpihan pesawat QZ8501 hari ini. - Foto Twitter Panglima TLDM Laksamana Datuk Sri Abdul Aziz Jaafar

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memaklumkan daripada tiga mayat yang ditemui semalam, kapal TLDM KD Pahang hanya berjaya membawa naik satu daripadanya ekoran keadaan laut yang bergelora hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas operasi pencarian mayat mangsa nahas pesawat AirAsia QZ8501 yang terhempas di Selat Karimata, Ahad lepas.
Panglima TLDM, Laksamana Datuk Sri Abdul Aziz Jaafar menerusi akaun Twitternya @ChiefnofNavy turut memuatnaik dua gambar dari kapal KD Lekiu bagaimana keadaan laut yang berombak kuat dan cuaca sekitar kawasan pencarian yang mendung.


“Keadaan cuaca dan laut pada hari ini di kawasan pencarian – kurang baik, penglihatan pada jaran 5 batu nautika,” kata Abdul Aziz.

Menurut Abdul Aziz, sebuah helikopter jenis Fennec juga sentiasa bersiap-sedia untuk dikerahkan ke lokasi jika ada serpihan dan mayat ditemui.


Helikopter Fennec di atas kapal KD Lekiu. 

Sementara itu, hari ini empat mayat, tiga wanita dan seorang lelaki telah diterbangkan ke Surabaya dari Hospital Imannudin di Pangkalan Bun.

Menurut sumber, kesemua empat mayat ditemui berpakaian lengkap ketika ditemui dan seorang mayat wanita yang ditemui turut memakai baju seorang pramugari AirAsia.

Hari ini merupakan hari kelima operasi pencarian diteruskan bagi mengesan saki baki mayat daripada 162 orang penumpang pesawat AirAsia itu yang hilang ketika dalam penerbangan menuju Singapura dari Surabaya.

Mayat yang ditemui akan dibawa ke Pangkalan Bun untuk dibersihkan sebelum kemudiannya dibawa ke Surabaya untuk tujuan forensik serta akan diserahkan ke ahli keluarga mereka.


Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=849822

8

Bagus
14

Marah
16

Terkejut
6

Sedih
20

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (76 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 02:42 PM GMT+8 , Processed in 0.127577 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top