CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tolak Permohonan Guna Nama Saya Untuk Lobi Projek -Rosmah

26-11-2014 12:30 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10870| Komen: 31

Description: "Saya Tak Sihat. Saya Demam Malam Tadi Dan Tekak Saya Sakit . Tetapi Suami Saya Suruh Hadir Walaupun Saya Terpaksa Merangkak Kerana Dia Tidak Mahu Saya Mengecewakan Orang-Orang Yang Mengambil Bahagi ...
Tolak Permohonan Guna Nama Saya Untuk Lobi Projek -Rosmah

Datin Seri Rosmah Mansor



KUALA LUMPUR: Mereka yang melobi projek menggunakan nama Datin Seri Rosmah Mansor bermungkinan besar permohonannya akan ditolak serta-merta.
Rosmah yang juga isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, menggesa jabatan , agensi dan kementerian agar tidak meluluskan cadangan projek yang menggunakan namanya.

"Sesiapa yang menggunakan nama saya , saya minta pejabat dan kementerian tidak meluluskannya ," kata beliau pada majlis himpunan tahunan Skuad Sayang di Hotel Sri Pacific di sini, Isnin.

Beliau berkata terdapat kes di mana projek-projek yang dicadangkan mendakwa bahawa beliau mempunyai 20 atau 30 peratus kepentingan di dalamnya .

"Bagaimana ketua-ketua jabatan boleh meluluskan projek-projek tersebut tanpa memeriksa fakta dengan saya? " tanya Rosmah yang juga penaung Skuad Sayang.

Rosmah berkata cara terbaik untuk memeriksa masalah itu ialah dengan menolak serta-merta orang-orang yang menggunakan namanya .

" Saya juga tidak mempunyai kuasa untuk menandatangani apa-apa. Tandatangan saya tidak bernilai ," tegas beliau.

Terdahulu , Rosmah membuatkan ahli-ahli Skuad Sayang tersentuh apabila beliau berkata Najib telah mengarahkan beliau untuk menghadiri perhimpunan itu walaupun terpaksa merangkak ke hotel.

"Saya tak sihat. Saya demam malam tadi dan tekak saya sakit . Tetapi suami saya suruh hadir walaupun saya terpaksa merangkak kerana dia tidak mahu saya mengecewakan orang-orang yang mengambil bahagian dalam acara ini, " katanya.

"Saya menggunakan ubat Cina - Saya rebus badam dengan daun pudina selama empat hingga lima jam, tambah kurma merah dan ia membantu melegakan masalah kahak saya," katanya , sambil menambah beliau hanya mengambil ubat penahan sakit untuk tidur.

Dalam perkembangan yang lebih serius , Rosmah melahirkan rasa kecewa terhadap mereka yang cuba melemahkan kepimpinan Najib .

Beliau berkata pemimpin-pemimpin dunia termasuk Presiden Rusia Vladimir Putin telah meminta untuk bertemu dengan Najib , tetapi ia menjadi halangan di dalam negara walaupun mereka dari parti yang sama.

"Jangan menikam kawan dari belakang. Mari kita sama-sama bersatu. Kadang-kadang , saya rasa sedih melihat suami saya.

"Jika dia minta tolong, tolonglah dia," katanya.

7

Bagus
10

Marah
9

Terkejut
10

Sedih
12

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (67 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote koko2 26-11-2014 08:23 AM
ya...aku sokong PM dan kepimpinannya...maju Datin Seri...moga Malaysia aman sejahtera hendaknya..
Quote CiliPadiSedap 26-11-2014 08:35 AM
Eleh. Time rembat duit rakyat xnk fikir pula
Quote kaseh80 26-11-2014 08:41 AM



siap bagi anak buat x rated film kat hollywood berbillion billion takpe la pulak ye
Quote jazaa 26-11-2014 08:50 AM
Berani ke ketua-ketua jabatan tak luluskan???



Quote zorrro_03 26-11-2014 08:55 AM
Yang hari tu kau senggol najib masa jokowi tu apa hal?  Jgn sangka rambut kau kembang org tak tahu apa ada dalamnya.
Quote qronaldo7 26-11-2014 08:56 AM
laa xkan baru perasan.. ntah2 dah byk projek lepas.

Quote ibu_haritz 26-11-2014 09:03 AM
mcmane lah rupa kak Rosmah merangkak??
Quote protonpersona 26-11-2014 09:10 AM
ibu_haritz posted on 26-11-2014 09:03 AM
mcmane lah rupa kak Rosmah merangkak??

Rupa menari tiang aku tahu la sbb pernah jumpa pic dalam internet
Quote abangveron 26-11-2014 09:21 AM
uwaaaaa..sedeynya aku baca berita ini...
Quote sayawifenikmie 26-11-2014 09:35 AM
hmmmmm .... better late than never ....
Quote kentel 26-11-2014 09:45 AM
big mama da mengamok....ROARRRR

Quote tinkiwinki 26-11-2014 09:51 AM
seram iolls tgk rambut dia.
Quote pinkypinkylady 26-11-2014 09:55 AM
bukti nyata ada org guna nama dia utk lobi projek. untunggggg jd bini pm lobi nama pun dpt projek.
Quote nolya 26-11-2014 10:38 AM
zorrro_03 posted on 26-11-2014 08:55 AM
Yang hari tu kau senggol najib masa jokowi tu apa hal?  Jgn sangka rambut kau kembang org tak tahu a ...

Wow!  what is there in the bushing hair?
Quote nolya 26-11-2014 10:40 AM
ibu_haritz posted on 26-11-2014 09:03 AM
mcmane lah rupa kak Rosmah merangkak??

agak2 mcm ling ling, yang-yang tak?
Quote zorrro_03 26-11-2014 10:50 AM
nolya posted on 26-11-2014 10:38 AM
Wow!  what is there in the bushing hair?

Hermmm.  Bhg aku xray. Tgk.  
Quote gaara_X 26-11-2014 11:00 AM
kekadang...benda berlaku tue ada mesej yang tersirat....
Quote CrowneGlory 26-11-2014 11:01 AM
Yeahh right...deepak mana...deepak.. :lol
Quote sheetRock 26-11-2014 11:03 AM
camne dia besarkan rambut beliau? sape hairstylist beliau?

serius soklan aku ni... rambut aku selalu leper je bila kat rumah...

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:24 PM GMT+8 , Processed in 0.056267 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top