CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ribut Pasir Di Makkah

19-11-2014 09:42 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7199| Komen: 24

Description: Sementara Itu, Menurut Portal Berita Sabq, Pejabat Presiden Meteorologi Dan Persekitaran (Pme) Melaporkan Hujan Dan Ribut Petir Diiringi Angin Debu Terus Melanda Beberapa Kawasan Di Qassim, Riyadh Dan ...
Ribut Pasir Di Makkah

Kuala Lumpur: Umpama malam! Itu gambaran langit sekitar Makkah yang dikatakan bertukar kemerah-merahan pada Jumaat lalu dikatakan berpunca daripada fenomena ribut pasir.

Biarpun keadaan itu sebenarnya biasa bagi warga Makkah, ia mencetuskan suasana tidak keruan di tempat lain yang penduduknya kurang tahu mengenai fenomena berkenaan.

Ia bertambah kalut apabila klip video 59 saat yang memaparkan keadaan Makkah ketika itu - gelap dan berdebu - menjadi viral di laman sosial selepas dimuat naik pada Jumaat lalu.


Menurut rakyat Malaysia yang juga Penterjemah Khutbah Masjidil Haram, Mohamad Nurul Hafiz Abdul Latif, 30, kejadian itu bukan pelik di kalangan penduduk Arab Saudi kerana berlaku saban tahun.

"Fenomena itu kerana ribut pasir. Oleh itu, kejadian selepas solat Jumaat lalu yang dihebohkan di Malaysia itu bukannya pelik,” katanya yang menetap di Tanah Suci sejak sebelas tahun lalu.

Sementara itu, menurut portal berita Sabq, pejabat Presiden Meteorologi dan Persekitaran (PME) melaporkan hujan dan ribut petir diiringi angin debu terus melanda beberapa kawasan di Qassim, Riyadh dan Timur manakala di bahagian utara suhu berkabus.

Tambah portal itu, pihak pertahanan awam mengeluarkan amaran kepada warga Jeddah dan Makkah menerusi laman sosial agar menjauhi pantai, lampu jalan dan pokok selama beberapa jam bagi mengelak kemalangan.

Ribut dengan debu juga berlaku di Makkah Madinah, Hail, Al-Jouf dan sempadan utara sementara hujan lebat muncul di Asir Al-Baha dan Jazan pada petang Ahad.

Hujan lebat turut menggangu laluan trafik di lebuhraya Harmain mengakibatkan kenderan bergerak perlahan.

Pada kejadian Jumaat lalu, ribut pasir dan hujan lebat turut menyebabkan berlaku banjir sekitar Makkah sehingga merosakkan kenderaan dan kediaman penduduk.

KEADAAN langit kemerah-merahan di Makkah yang menjadi viral di laman sosial. FOTO sedutan video.

13

Bagus
2

Marah
17

Terkejut
1

Sedih
4

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (45 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Modngengade 19-11-2014 07:18 AM
Fenomena ummah jakun kerana x pernah tgk ribut pasir lantas upload video kt youtube..
Quote kelana36 19-11-2014 07:22 AM
sekarang sudah paham kan kenapa rumah rumah kat middle east kebanyakannya ada tembuk tinggi keliling rumah serupa penjara..

debu pasir yang halus tu, kat celah celah lubang yang kecik pun boleh masuk..
Quote mbhcsf 19-11-2014 07:24 AM
Sandstorm...ade satu film ni...yg i x ingat tajuk apa...ade sandstorm..ad burj khalifah
Quote mbhcsf 19-11-2014 07:26 AM
kelana36 posted on 19-11-2014 07:22 AM
sekarang sudah paham kan kenapa rumah rumah kat middle east kebanyakannya ada tembuk tinggi keliling ...

Kalau sandstorm berlaku...bagaimana dgn unta ye yg kat desert or yg dibela Bedouin???
Quote ultra78 19-11-2014 07:39 AM
Umat melayu ni kena la membaca dan menonton rancangan berilmiah. Jangan leka dengan politik dan hiburan sahaja.

Quote kelana36 19-11-2014 07:41 AM
mbhcsf posted on 19-11-2014 03:24 AM
Sandstorm...ade satu film ni...yg i x ingat tajuk apa...ade sandstorm..ad burj khalifah

Mission Impossible, Tom cruise..


jawapan seterusnya...

Camels have three eyelids.  Two of the eyelids have eye lashes which help protect their eyes from sand.  The third is a very thin lid which works as a sort of “windshield wiper” to clean off their eyes.  It closes/opens from side to side rather than up and down.  It is also thin enough that the Camels can see through it somewhat.  So in a sandstorm or otherwise windy day where sand is being stirred up, they can close that lid to protect their eyes from the sand, but still see where they are going.

Allah maha mengetahui..
Quote redz85 19-11-2014 07:43 AM
sebab tu kalau pokok berbuah pelik sikit terus panggil wartawan buat liputan..

pokok petai menangis yang paling priceless
Quote AbukRokok 19-11-2014 07:49 AM
ummah melayu sama ummah pukistan rajin benar menyebar pitenah dan mereka reka cerita kemudia sendiri panik dgn berita yg sdri diada adakan
Quote jazaa 19-11-2014 07:53 AM
AbukRokok posted on 19-11-2014 07:49 AM
ummah melayu sama ummah pukistan rajin benar menyebar pitenah dan mereka reka cerita kemudia sendiri ...

Ha..ha...ummah pukistan
Quote Muntz 19-11-2014 07:54 AM
Aku dah cakap awal dah.
Quote mbhcsf 19-11-2014 07:54 AM
kelana36 posted on 19-11-2014 07:41 AM
Mission Impossible, Tom cruise..



Heyyy...thanks...the eyelids....subhanallah pandai...i tatau ni...
Oh tom cruise, oh yes..that one...mi3 ye...
Quote lavajerung 19-11-2014 08:03 AM
ribut pasir ka...ribut taufan ka..gunung berapi meletup ka..tsunami ka...

laut tenang ka..udara nyaman ka..bulan purnama dipagar bintang ka..

itu semua bukti kebesaran Yang Maha Pencipta bagi orang2 yang beriman macam wa..

Quote tinkiwinki 19-11-2014 08:58 AM
sbb kt mekah yg jadi ribut pasir ni, maka ummah kat sini jakun duk ingat petanda kiamat. walhal, byk lagi petanda yg dah tunjuk. buta hati.
Quote Changa 19-11-2014 09:04 AM
ultra78 posted on 19-11-2014 07:39 AM
Umat melayu ni kena la membaca dan menonton rancangan berilmiah. Jangan leka dengan politik dan hibu ...

Janji boleh tekan butang Share kat Facebook sis.
Quote isseliparjepun 19-11-2014 10:24 AM
Aku sengih je dikala rakan-rakan dalam group dok sebar pasal ribut tu. Pastu mula la kaitkan dengan fenomena hampir kiamat di mana matahari tak muncul tiga hari. Diorang ingat kiamat tu tetibe matahari tak muncul agaknya. Ada proses dan stage kot. Bila tak membaca dari buku yang menghurai pasal hari kiamat dan tanda-tanda, memang la mudah percaya berita 'edit' yang disebar tu. Baca lebih kepada novel-novel cinta Islamik phuiiii!  
Quote FOTHER-MUCKER 19-11-2014 10:41 AM
Sekarang ko orang baru tau kenapa dia orang bertutup sampai tak nampak mata.
Quote melia_star 19-11-2014 10:45 AM
aku sengih sinis je la tgk kwn2 gigih wassap bende ni smlm....
Quote DeMax 19-11-2014 10:46 AM
Modngengade posted on 19-11-2014 07:18 AM
Fenomena ummah jakun kerana x pernah tgk ribut pasir lantas upload video kt youtube..

Jgn la ngomong mcm tu...sejakun-jakun sesakai-sakai dia, dia tetap saudara kita jg
Quote sabbath_shalom 19-11-2014 10:46 AM
Keinginan untuk kiamat Ummah Sunni Syafie mengalahkan Syiah...

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:15 AM GMT+8 , Processed in 0.070188 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top