CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Plkn: 604 Pelatih Tidak Boleh Bercakap Bahasa Melayu

27-10-2014 10:10 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12180| Komen: 125

Description: “Situasi Ini Tidak Berlaku Di Thailand Atau Pun Indonesia Kerana Kita Dapat Lihat Di Selatan Thailand, Orang Melayu Di Sana Boleh Bercakap Bahasa Negara Itu Dengan Sempurna Dan Begitu Juga Di Indones ...
Plkn: 604 Pelatih Tidak Boleh Bercakap Bahasa Melayu


MELAKA 24 Okt. – Seperti tidak percaya bagaimana calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh lulus peperiksaan itu sedangkan langsung tidak boleh bercakap bahasa Melayu walaupun sepatah.

Itu adalah berdasarkan statistik daripada Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) apabila seramai 604 peserta kaum Cina dan India yang mengikuti program tersebut langsung tidak boleh bercakap dalam bahasa Melayu.

Mendedahkan perkara tersebut Pensyarah Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi Selangor, Prof. Dr. Teo Kok Seong berkata, kajian itu dibuat dalam kalangan 14,000 pelatih di 79 buah kem di seluruh negara pada 2010.

“Sebanyak 604 pelatih PLKN itu telah dikategorikan tidak boleh bercakap dalam bahasa Melayu dan saya juga pelik bagaimana mereka boleh lulus SPM?.

“Keadaan ini sebenarnya amat pelik dan tidak sepatutnya wujud kerana sebagai warganegara Malaysia mereka ini wajib menguasai bahasa Melayu dengan baik.

“Situasi ini tidak berlaku di Thailand atau pun Indonesia kerana kita dapat lihat di Selatan Thailand, orang Melayu di sana boleh bercakap bahasa negara itu dengan sempurna dan begitu juga di Indonesia, orang Cina petah bercakap bahasa Melayu'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah bertajuk Jati Diri dam Patriotisme Dalam Pembinaan Negara Bangsa pada Seminar Kepimpinan Jati Diri dan Perwaris Budaya sempena Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) ke-15 di Perkampungan Hang Tuah Duyong di sini hari ini.

Seminar tersebut telah disempurnakan oleh Presiden DMDI, Tan Sri Mohd. Ali Rustam yang turut dihadiri kira-kira 100 peserta.

Mengulas lanjut, Kok Seong berkata, keadaan yang berlaku itu menyebabkan tenaga pengajar di PLKN tidak dapat menyampaikan modul berkaitan soal kenegaraan dan kerakyatan kerana kegagalan 604 pelatih terlibat tidak boleh bercakap bahasa Melayu.

Di samping itu beliau turut mempersoalkan bagaimana pelatih terbabit boleh lulus SPM sedangkan mereka langsung tidak boleh bercakap atau memahami bahasa Melayu.

Justeru menurutnya, keadaan itu boleh menyebabkan hasrat kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan akan terhalang.

Ujarnya, langkah perlu dilaksanakan agar semua lapisan masyarakat berbilang kaum khususnya orang Cina dan India dapat menguasai bahasa Melayu dengan sempurna.

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote magnus 25-10-2014 08:05 AM
Langsung tak boleh ckp atau pelat?
Quote soullock 25-10-2014 08:07 AM
bahasa apa2 pun nak mahir kena praktik kan dengan bercakap.......kalau dalam periksa tu tak perlu bercakap.....senang nak lulus.....
Quote Eric.n9 25-10-2014 08:13 AM
604 tak leh ckp bahasa melayu? Hohoho, ni mana datang ni?
Mainland ka?
Duk malaysia tapi tak reti ckp melayu, buat pa duk sini?
Kasi hantar balik...........zzzzzzz
Quote AHMADVW 25-10-2014 08:14 AM
exam oriented country
Quote jazaa 25-10-2014 08:22 AM
Eric.n9 posted on 25-10-2014 08:13 AM
604 tak leh ckp bahasa melayu? Hohoho, ni mana datang ni?
Mainland ka?
Duk malaysia tapi tak reti  ...

Cina bukit...dtg sini pun duduk kat bukit...mana nk tau wujudnya bahasa melayu...

Cer jadi mcm @spiderman80 pandai mnyesuaikan diri...bahasa,mkn,mandi saling tak tumpah mcm org melayu wlaupun cabao dia tetap pilih dari mainland....

Quote famri7 25-10-2014 08:27 AM
jazaa posted on 25-10-2014 08:22 AM
Cina bukit...dtg sini pun duduk kat bukit...mana nk tau wujudnya bahasa melayu...

Cer jadi mcm  ...

Bukan ke bini dia si puan botakcinpeng orang penang ke? Selayaknya lah.
Quote jazaa 25-10-2014 08:30 AM
famri7 posted on 25-10-2014 08:27 AM
Bukan ke bini dia si puan botakcinpeng orang penang ke? Selayaknya lah.

Tu bini....kena kawin malaysian sbb nak berniaga senang....

Gf tetap pilih dari sana....


Quote batmana 25-10-2014 08:34 AM
dorg lulus ckup mkn aja.

dh derang pegang ekonomi, apa nk risau.
ekuiti ekonomi bumiputera bru 22%, nk capai 30% pn target tahun 2020

kalu dh ekonomi tu byk, sapa yg bagi peluang kerja?
sapa yg jadi bos?, sapa yg bole 'create' kerjaya kt anak bangse dia?, kdai/perniagaan milik sapa yg bersepah kt bandar2? besar?
sapa yg berani letak syarat job requirement 'pndai tulis ckp cina' bagai dri tulis 'pndai tulis jawi' ?

jadi 604 ni tarak masalah pun..

Quote BotakChinPeng 25-10-2014 09:00 AM
Kaum hina miskin mundur pura pura tak paham BM pun ada  bahalol melatah kat sini ka ?
Quote alfida 25-10-2014 09:29 AM
batmana posted on 25-10-2014 08:34 AM
dorg lulus ckup mkn aja.

dh derang pegang ekonomi, apa nk risau.

kalu nk berniaga ...client cam gomen kna tau ckp melayu gak...nk berurusan dgn gomen kna tau ckp melsyu...nk buat report polis ...nk buat ic...nk buat lesen...coz kerani gomen biasanya pndai ckp melayu jrr
Quote BotakChinPeng 25-10-2014 09:39 AM
Sedangkan cina hutan pun boleh tutur BM.

http://ww1.utusan.com.my/utusan/ ... ri&pg=dn_12.htm

Inikan pula cina pekan yang jadi buruh bina masjid untuk kontraktor melayu,  makan nasi percuma sumbangan tuan melayu, merempat di tanah  tokey melayu hingga dikacau algojo upahan, jadi amah keluarga melayu.......
Quote alfida 25-10-2014 09:40 AM
ini baru sesuai dipanggil pendatang
Quote boyagombak 25-10-2014 09:47 AM
Itulah kesan jelas sekolah Vernakular. Patut dihapuskan shj Sekolah2 Jenis Kebangsaan penyumbang budaya rasis
Quote Decaffeinated 25-10-2014 09:56 AM
melayu pun ramai tak boleh cakap omputih tapi lulus SPM paper english....

Quote ultra78 25-10-2014 10:19 AM
Aku setuju dengan artikel ni. Aku pernah pergi ke sebuah bengkel kereta. Ada seorang lelaki cina cuba berbual dengan aku tapi aku tak berapa faham apa yang dia cakap. Yang ironinya, bengkel tu ada pekerja Bangla. Fasih pulak Bangla tu bercakap melayu

Lebih senang berbicara dengan warga asing daripada warganegara sendiri

Quote sabbath_shalom 25-10-2014 10:24 AM
Decaffeinated posted on 25-10-2014 09:56 AM
melayu pun ramai tak boleh cakap omputih tapi lulus SPM paper english....

Betul..betul...kekehkeh
Quote SoSuMi 25-10-2014 10:32 AM
gua suda baya cukai ma...
Quote sashin 25-10-2014 10:38 AM
mereka bukan tak boleh...but TAK NAK..maybe sbb rasa jijik ngan BM...
few days ago borak ngn sorang ahbeng kat bengkel,...dia siap jujur jer cakap yg most  cina benci melayu sbb MAT REMPIT,POLIS and gomen...

dah byk kali kedai dia  ,mat rempit bawa lari barang dari bengkel dia.bini dia pun siap patah tangan sbb kena snatch ngn mat rempit...

so nak salah kan bangsa lain sbb benci melayu or bahasa melayu pun..susah jugak la..
sbb melayu sendiri yang busuk kan nama melayu
Quote sahamboi 25-10-2014 10:38 AM
604 tu masuk dalam karung guni lepastu hantar pakai kapal balik ke negara nenek moyang masing2.

Lihat semua komen(125)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:37 AM GMT+8 , Processed in 0.049838 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top