CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lintah Masuk Hidung Sejak Sebulan Lalu

16-10-2014 10:19 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10538| Komen: 44

Description: Menurut Laporan Straits Times, Daniela Liverani, 24, Dari Scotland Percaya Haiwan Sepanjang Kira-Kira 7.5 Sentimeter Itu Masuk Ke Dalam Hidungnya Ketika Berada Vietnam Atau Kemboja Ketika Sedang Beren ...
Lintah Masuk Hidung Sejak Sebulan Lalu

Liverani menyedari terdapat seekor lintah berada di dalam hidungnya sebulan selepas dia pulang dari bercuti. 


EDINBURGH - SCOTLAND. Pengalaman gembira seorang wanita selepas pulang bercuti dari Asia Tenggara bertukar mimpi ngeri apabila menemui seekor lintah berada di dalam hidungnya sejak lebih sebulan lalu.

Menurut laporan Straits Times, Daniela Liverani, 24, dari Scotland percaya haiwan sepanjang kira-kira 7.5 sentimeter itu masuk ke dalam hidungnya ketika berada Vietnam atau Kemboja ketika sedang berenang.

Pada awalnya, dia menyangka hidung berdarah berterusan yang dialami berpunca daripada saluran darah pecah akibat kemalangan motosikal ketika percutiannya itu.

"Ketika sedang mandi, ia keluar hingga ke bibir bawah dan saya boleh lihat ia melekat pada hujung hidung saya. Sebelum ini saya sangka objek hitam di dalam hidung itu adalah darah beku, tetapi selepas melihat dengan lebih dekat di cermin, baru saya sedar ia sebenarnya seekor haiwan," katanya.

Menurut doktor, jika Liverani terlewat membuat pemeriksaan, lintah itu berkemungkinan boleh masuk ke dalam otaknya.


Bagus
2

Marah
5

Terkejut
1

Sedih

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote garnet 16-10-2014 08:05 AM
boleh trauma seumur hidup!
Quote ana_una 16-10-2014 08:07 AM
eeee...gelinya....tetiba plak hidung gatal...
Quote iman_aly 16-10-2014 09:04 AM
adoooiii... sakitnya....
Quote kejoraria 16-10-2014 09:14 AM
mcmanalah lintah sepjg tu leh menyelinap masuk dlm idung dia....tak dpt ku gambarkan sehingga kini
Quote eragon 16-10-2014 09:20 AM
macam pacat jer.....
Quote rospinki 16-10-2014 09:23 AM
gelinya..mcm yg aku tgk kt discovery haritu kepala wanita omputeh ada ulat/larva lalat apatah menetas kt kulit kepala lalu membesar berakar. dia pon kena sebab pgi becuti kt Brazil.
Quote ninjago 16-10-2014 09:26 AM
euwwwww gelinya lintah dlm hidung????!!!!
Quote JohnDeSouza 16-10-2014 09:28 AM
hmmm.....sepatutnya masuk lubang lain
Quote chempaka_ku 16-10-2014 09:28 AM
rospinki posted on 16-10-2014 09:23 AM
gelinya..mcm yg aku tgk kt discovery haritu kepala wanita omputeh ada ulat/larva lalat apatah meneta ...

bot fly....

Quote rospinki 16-10-2014 09:30 AM
chempaka_ku posted on 16-10-2014 09:28 AM
bot fly....

haaa..betul2...100 markah utk anda
Quote sub5zero 16-10-2014 09:31 AM
JohnDeSouza posted on 16-10-2014 09:28 AM
hmmm.....sepatutnya masuk lubang lain

Byk lubang lain...yg mna 1 kau maksudkan?
Quote Zep 16-10-2014 09:31 AM
rospinki posted on 16-10-2014 09:23 AM
gelinya..mcm yg aku tgk kt discovery haritu kepala wanita omputeh ada ulat/larva lalat apatah meneta ...

Botfly kan? mmg geli sunggoh parasit tu. aku yang menengok ni pun naik geli satu badan.



Quote Vellfire 16-10-2014 09:33 AM
erkkk lintah ke tu
Quote xtahumenahu 16-10-2014 09:34 AM
kalo tempat lain gatal?
Quote rospinki 16-10-2014 09:35 AM
Zep posted on 16-10-2014 09:31 AM
Botfly kan? mmg geli sunggoh parasit tu. aku yang menengok ni pun naik geli satu badan.

aah botfly, aku tengok mcm terasa rasa mengeliut2 kt kepala.gila ke apa smpi besar ulat tu dia tk tau..eeee..omputeh pengotor tk mandi pasal tu dia tk tau siap2 ular pun hidup dlm badan dia
Quote aiskrimvanilla 16-10-2014 09:36 AM
choiiii sangat... ngeri wehh..
Quote rospinki 16-10-2014 09:38 AM
tapikan.mcm kes budak makan sayur kakkong ada lintah dlm perut..aku ni gila makan sayur, semalam makan kt kedai amik sayur campo, kawan lak ckp ada cacing tak mati dalam sayur masak tk betul..aku gila sayuiii, tah2
Quote JohnDeSouza 16-10-2014 09:45 AM
sub5zero posted on 16-10-2014 09:31 AM
Byk lubang lain...yg mna 1 kau maksudkan?

hmmmmm...tanya laki hang
Quote prettyuglybabe 16-10-2014 09:47 AM
nampak sangat tak jaga kebersihan diri.. sebulan tuuuu

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.078666 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top