CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Merajuk Dengan Bini, Tidur Atas Pokok

29-9-2014 09:42 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8762| Komen: 70

Description: Difahamkan, Isterinya Yang Dikenali Sebagai Ratini, 70, Memarahi Suaminya Kerana Ketika Itu Wanita Itu Sedang Membersihkan Rumah Dan Meminta Suaminya Berbaring Di Tempat Lain.
Merajuk Dengan Bini, Tidur Atas Pokok


SALIMIN berbaring di atas pelepah kelapa kerana merajuk dengan tindakan isterinya di Jalan Sinarut Lama, Ranau semalam. 

RANAU - Gara-gara merajuk dengan isteri yang membebel kerana dia tidur di ruang tamu rumah, seorang warga emas membawa hati dengan memanjat pokok kelapa setinggi sembilan meter sebelum tertidur di atasnya selama empat jam dalam kejadian di Jalan Sinarut Lama dekat sini semalam.

Sebelum kejadian pukul 8 pagi itu, pesawah yang dikenali sebagai Salimin, 76, dikatakan merajuk dengan isteri yang memarahinya tidur di ruang tamu rumah.


Difahamkan, isterinya yang dikenali sebagai Ratini, 70, memarahi suaminya kerana ketika itu wanita itu sedang membersihkan rumah dan meminta suaminya berbaring di tempat lain.


Selepas bertengkar beberapa ketika, pesawah itu terus meninggalkan rumah manakala si isteri yang merupakan seorang suri rumah memerhatikan sahaja kelakuan suaminya.

Namun, ketika melihat suaminya menuju ke arah sepohon pokok kelapa yang tinggi berdekatan rumah dan dia mula memanjat pokok itu, si isteri cemas. 

Wanita itu lalu mengejar dan memujuk suaminya supaya tidak meneruskan hajatnya.

Salimin yang masih hangat hati tidak menghiraukan pujukan isterinya malah dia terus memanjat sehingga ke pelepah sebelum berbaring di celahnya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mbhcsf 29-9-2014 08:02 AM
Hehehehe....sian En Salimin ni
Quote imthegirl 29-9-2014 08:06 AM
Kellas umur 76 relax relax panjat pokok nyo
Quote ellZack 29-9-2014 08:09 AM
sensitif..
mesti lepas ni akak tak marah dah..
cakap elok elok je suruh laki alih tempat tidur..
Quote Dia_Yuni 29-9-2014 08:09 AM
Alololololo muchuk2 tomey2 majuk panjat pokok ye tok?
Quote crossfire 29-9-2014 08:12 AM
rajuk warga emas sukar diramalkan
Quote fifie_olin 29-9-2014 08:20 AM
baeknya pya tmpt landing...bgs pakcik ni...aman kot kat atas sana..
Quote mziskandar 29-9-2014 08:25 AM
9 meter, lebih kurang 3 tingkat. pakai tangga fire truck.
Quote batmana 29-9-2014 08:32 AM
76..

mmg kuat atuk ni..tgn dia masih kuat cengkam nk pnjt bagai..
Quote qronaldo7 29-9-2014 08:37 AM
lagi selesa kot atas tu. tenang dan bebas dari bebelan
Quote vv2005 29-9-2014 08:37 AM
biasalah orang tua..makin tua makin sentitif
Quote FanTasyCreaTioN 29-9-2014 08:41 AM
nasib baik ler jenis tak ganas masa tido ..
kalo tak
Quote Tok_Batin 29-9-2014 08:41 AM
Betul lah orang cakap, orang tua ni perangai kembali macam budak2. Kuat merajuk dan sensitif sangat.
Quote PulutDereyan 29-9-2014 09:12 AM
kelakar laa atuk salimin nii...
Quote Laracinta 29-9-2014 09:12 AM
Atuk masih kuat lah. 4 jam tidur lena di buai angin sejuk dan tiada orang membebel.
Quote dubuk 29-9-2014 09:15 AM
hahahahahahaha

atokkkkkkkkkkk (suara hagemaru)
Quote mnm77 29-9-2014 09:20 AM
Pengajaran:

Jangan marah sangat pada orang yang sedang tidur dan mengantuk... tunggu dia 'sedar' betul-betul.... mana tau tengah mimpi best dikacau...
Quote idadzira 29-9-2014 09:24 AM
bagus pakcik ni at least dia lari panjat pokok kelapa........kalau jantan dayus lain mesti dah naik tangan kat bini
Quote fiezameysekali 29-9-2014 09:24 AM
hhahahahaahaha alahai atok salimin ni

cm raja azmi lak majuk gn eddie..

patot nek mi wt gini panjt pokok kelapa
Quote azlinahmad 29-9-2014 09:37 AM
atok ni masih kuat lagi......selamba je panjat pokok kelapa

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:06 PM GMT+8 , Processed in 0.067387 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top