CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

MAS akan buang 6,000 pekerja, pindah ibu pejabat ke KLIA

2-9-2014 10:45 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15934| Komen: 99

Description: Khazanah Sebagai Pemegang Saham Terbesarnya Hari Ini Mengumumkan Pengurangan Pekerja Besar-Besaran Dilakukan Selepas Mas Kerugian Sekurang-Kurangnya Rm3 Juta Sehari Bagi Separuh Pertama Tahun Kewangan ...
MAS akan buang 6,000 pekerja, pindah ibu pejabat ke KLIA    
          

                                                                                                                                          
Pelan penstrukturan MAS perlu mengorbankan 6,000 pekerjanya bagi membolehkan syarikat penerbangan negara itu distruktur semula.
Gambar fail.



Syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines (MAS) akan mengurangkan 6,000 (30%) daripada 20,000 pekerja kepada 14,000 dan akan memindahkan ibu pejabat dan operasi utama ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di bawah pelan pemulihan syarikat itu, kata Khazanah Nasional Berhad.
        
Khazanah sebagai pemegang saham terbesarnya hari ini mengumumkan pengurangan pekerja besar-besaran dilakukan selepas MAS kerugian sekurang-kurangnya RM3 juta sehari bagi separuh pertama tahun kewangan semasa.

Kerugian semakin bertambah selepas syarikat itu berdepan dua tragedi besar, kehilangan Penerbangan MH370 pada Mac lalu dan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai.
                                               
Pengarah Urusan Khazanah Tan Sri Azman Mokhtar menggariskan 12 perkara bagi membolehkan MAS mencatatkan semula keuntungan dan memulihkan syarikat penerbangan negara itu.        

Antara 12 perkara yang disenaraikan dalam pelan penstrukturan semula MAS juga melibatkan rombakan menyeluruh MAS, yang akan membolehkan syarikat penerbangan itu mencapai keuntungan mampan dalam tempoh 3 tahun daripada penyahsenaraian daripada Bursa Malaysia, menjelang akhir 2017.

Azman berkata, Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya akan terus berkhidmat setahun lagi sehingga Julai, 2015. 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ifanonline 29-8-2014 04:06 PM
walaupun pahit, ia pasti di telan jua...
Quote ifanonline 29-8-2014 04:07 PM
ade anak-beranak forumer yg effected tak? tak pe la, rezki di mana2...pi keje dgn airline lain pula...nak buat camna kan...nasib badan...
Quote namirulmukminin 29-8-2014 04:08 PM
Pemberhentian hidangan arak tak termasuk ke dalam plan pemulihannya??
Quote ifanonline 29-8-2014 04:08 PM
namirulmukminin posted on 29-8-2014 04:08 PM
Pemberhentian hidangan arak tak termasuk ke dalam plan pemulihannya??

MAS ni dah semacam jabatan gomen pula, ade 20k pekerja...giler haper...
Quote namirulmukminin 29-8-2014 04:10 PM
ifanonline posted on 29-8-2014 04:08 PM
MAS ni dah semacam jabatan gomen pula, ade 20k pekerja...giler haper...

Sebab tu rugi memanjang....
Quote NIXAR 29-8-2014 04:11 PM
kroni2 yg ada deal dlm sana x tendang sekali ke?
Quote siti_kus 29-8-2014 04:12 PM
6000 byk nya.. apa la nasib diorg ni.
Quote stanum 29-8-2014 04:13 PM
My father kerja dengan MAS, currently station manager di salah satu negara asia tenggara. Tak pasti apa nasib ayah aku ni, kerja dengan MAS almost 30 tahun dah.. harap2 terbela, adik2 yang kecik masih belajar di sekolah lagi.
Quote ifanonline 29-8-2014 04:14 PM
namirulmukminin posted on 29-8-2014 04:10 PM
Sebab tu rugi memanjang....

it is a good move by azman to move everybody to klia...MAS should not be operating else where...tapi kena cari CEO baru la, ahmad jauhari kasi VSS aje lah...why not ambik hasan merican?

Quote cheewong 29-8-2014 04:14 PM
mas technial crew is d best is highly experience/ skilled..rezeki terbuka di airline lain..insya allah
Quote Kittie 29-8-2014 04:15 PM
ifanonline posted on 29-8-2014 04:08 PM
MAS ni dah semacam jabatan gomen pula, ade 20k pekerja...giler haper...

Tahu takpe. Cabin crew ada 3000 jer. Byk yg pekerja ofis dok kat desk anyam ketupat.
Quote Kittie 29-8-2014 04:17 PM
stanum posted on 29-8-2014 04:13 PM
My father kerja dengan MAS, currently station manager di salah satu negara asia tenggara. Tak pasti  ...

Tugas station manager nih berat & byk, rasanya derang tak termasuk.
Quote namirulmukminin 29-8-2014 04:18 PM
ifanonline posted on 29-8-2014 04:14 PM
it is a good move by azman to move everybody to klia...MAS should not be operating else where...ta ...

Hasan marican masa jaga Petronas dulu memang bagus.... kebajikan staff memang terrbaeekkkk... Mahadet nak kikis duit petronas pon dia tetap nak utamakan bonus utk staff dulu...
Quote setia00 29-8-2014 04:19 PM
cheewong posted on 29-8-2014 04:14 PM
mas technial crew is d best is highly experience/ skilled..rezeki terbuka di airline lain..insya all ...

tech kalau campak mane2 boleh hidup sebab tech penting.
Quote stanum 29-8-2014 04:19 PM
Kittie posted on 29-8-2014 04:17 PM
Tugas station manager nih berat & byk, rasanya derang tak termasuk.

hopefully
Quote zacrin 29-8-2014 04:19 PM
patut buang sekali bos2 yg gaji besar tapi xberfungsi tu
Quote Claudia_Lestat 29-8-2014 04:19 PM
dr dulu kompius kenapa HR/Admin MAS kat Subang. masa nak resign dulu jenuh berulang klia dgn subang nak settle semua benda. amek form kat sana return uniform kat sini. eloklah letak semua kat klia tu. senang.
Quote mawarika 29-8-2014 04:20 PM
Kesiannya kawan2 aku..kita tgk sapa yg kena..
Quote kokocrunch 29-8-2014 04:20 PM
simpati dgn nasib mereka2 nie. semoga dipermudahkan urusan mereka.

Lihat semua komen(99)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:30 AM GMT+8 , Processed in 0.079893 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top