CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Ibu Tunggal Tidur Dalam Kereta Bersama Anak Tiada Rumah

25-8-2014 10:41 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12934| Komen: 66

Description: Siti Hajar Ismail, 35, Mendakwa Dia Tidak Ada Pilihan Lain Untuk Mencari Tempat Berlindung Kerana Hilang Punca Pendapatan Selepas Diberhentikan Kerja Sebagai Pembantu Restoran.

Gambar hiasan


Melaka: Seorang ibu tunggal terpaksa tidur di dalam Perodua Kancil bersama dua anak perempuannya sejak dua minggu lalu kerana tidak mampu menyewa rumah selepas diberhentikan kerja.

Siti Hajar Ismail, 35, mendakwa dia tidak ada pilihan lain untuk mencari tempat berlindung kerana hilang punca pendapatan selepas diberhentikan kerja sebagai pembantu restoran.

Menurutnya, dia mengambil keputusan ‘bergelendangan’ di dalam kereta bersama dua anak berusia enam dan lapan tahun kerana tidak mahu menyusahkan saudara dan rakan selepas menumpang di rumah mereka sejak diceraikan Jun lalu.

“Saya tidak mampu menyediakan wang pendahuluan menyewa rumah, malah duit yang ada saya perlu untuk belanja makan dan menyara anak,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Khidmat Barisan Nasional (PEMBELA BN) negeri di Ayer Keroh, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah PEMBELA BN negeri Amir Hamzah Aziz.

Siti Hajar berkata, untuk keselamatan diri dan anak, keretanya itu diletakkan di hadapan rumah rakan di Batu Berendam, di sini.

Katanya, untuk makan dan membersihkan diri, dia hanya mengharapkan simpati rakan atau saudara.

“Walaupun berpanas, menghadapi gangguan nyamuk dan tidak selesa tidur di tempat duduk pemandu, saya memaksa diri demi kelangsungan hidup,” katanya.

Menurutnya, hatinya sebak kerana anaknya sering bertanya mengapa tidak membawa mereka tinggal di rumah seperti sebelum ini.


2

Bagus
6

Marah
2

Terkejut
5

Sedih

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alinone78 23-8-2014 09:50 PM
Dah habis edah k?
Quote taikor 23-8-2014 09:56 PM
negara kita kaya dgn pelbagai sumber. mampu buat kebajikan. patut buat rumah simple bagi free kat rakyat yg bernasib malang
Quote CiliPadiSedap 23-8-2014 10:01 PM
taikor posted on 23-8-2014 09:56 PM
negara kita kaya dgn pelbagai sumber. mampu buat kebajikan. patut buat rumah simple bagi free kat ra ...

rasuah banyak, corruption banyak, tgk rumah pemimpin negara, mcm mana? rm 15 juta? 1 billion? lepas tu cakap negara bangkrupt kalau tak naikkan cukai? subsidi tarik? cmne tu?

kat akhirat jawablah .
Quote munchkin 23-8-2014 10:12 PM
Kesiannya. At least dia tak nyusahkan orang. Respect sangat. Siapa yang baik hati, offerlah dia kerja. Bagi pendahuluan/ advance utk sewa rumah etc. sian pulak ngan anak2 tu.
Quote taikor 23-8-2014 10:13 PM
CiliPadiSedap posted on 23-8-2014 10:01 PM
rasuah banyak, corruption banyak, tgk rumah pemimpin negara, mcm mana? rm 15 juta? 1 billion? lepa ...

tak masuk akal kan? kita sanggup habiskan beratus juta, berbillion billion dlm projek mega. tapi tak mampu bela nasib golongan yg malang.

rumah simple yg boleh teduh dari matahari hujan, boleh tidur, ada air dan letrik sudah
Quote Tok_Batin 23-8-2014 10:17 PM
Ex-laki dia apa cerita?
Quote CiliPadiSedap 23-8-2014 10:35 PM
taikor posted on 23-8-2014 10:13 PM
tak masuk akal kan? kita sanggup habiskan beratus juta, berbillion billion dlm projek mega. tapi t ...

sebab tu tun mahathir cakap najib teruk. bukan akak cakap ye? tun mahathir yang cakap
Quote razhar 23-8-2014 10:47 PM
gambo tada?
Quote mak_wa95 23-8-2014 10:51 PM
sian ibu tunggal tu...
mesti ada sebab diberhentikan kerja...
Quote PEPPERMAN 23-8-2014 10:53 PM
dia dah mendaki tangga mengetuk pintu Baitulmal Melaka?
Quote zorrro_03 23-8-2014 11:12 PM
Jahatnya jkkkkkkkk kg tu. Mentekedarah elaun tapi rakyat setempat kau biar tido dlm kereta.
Quote MissLibra 23-8-2014 11:19 PM
Rozita Sendayu Tinggi pun dulu berpengalaman tidur dalam kereta. Kini dia jutawan. Harap ibu ini mencontohi Rozita.
Quote faraway1 24-8-2014 12:43 AM
adakah ex husband menceraikan anak anaknya
jugak sehingga anak anak boleh tidur dalam keta jugak...
Quote Vellfire 24-8-2014 01:04 AM
Kesiannya....
Quote Al-Patih 24-8-2014 07:00 AM
alinone78 posted on 23-8-2014 09:50 PM
Dah habis edah k?

Oooi...ambil nombor...
Quote scorpionkiki 24-8-2014 07:09 AM
Kalau PR yg bersih adil tiada nepotisme yg jd gov tentu tak ada problem camni
Quote ell768 24-8-2014 07:23 AM
br jer tgk movie mcm gini laa kisahnya mak dgn anak xder umah duk tido lam keter..dia x pikir ke keselamatan anak2 dia tu..kalau dia xnak nyusahkan sedara mara ke kwn2 ke tp xkn laa xder sorang pon yg offer dia utk menumpang buat sementara waktu?mcm sesuatu jer citer ni..park depn umah kwn jer?xkan buruk benor perangai kwn dia tu?kawan apa mcm tu..isk x hadam la aku citer mcm ni..
Quote xAthenax 24-8-2014 08:54 AM
mana pergi orang kampung tempat ni semua?
semua sudah tidak berhati perut?
Quote shahx 24-8-2014 08:57 AM
kesian nye...

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:14 AM GMT+8 , Processed in 0.051609 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top