CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lembu Sesat Di Tengah Bandar

14-8-2014 05:43 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8269| Komen: 22

Description: “Lembu Itu Akhirnya Berjaya Ditangkap Enam Anggota Bomba Dari Balai Bomba Dan Penyelamat Jalan Kubu Ketika Ia Berehat Di Kaki Lima Tingkat Bawah Rumah Pangsa Tersebut, Sebelum Diikat Pada Sebatang Po ...
Lembu Sesat Di Tengah Bandar


Lembu berjaya diikat dan ditangkap selepas lebih dua jam

Anggota bomba mengekori lembu berkenaan yang berlari sejauh lebih satu kilometer sebelum menangkapnya.

BANDARAYA MELAKA - Penduduk serta pengguna jalan raya sekitar bandar ini panik apabila seekor lembu jantan bukan saja berkeliaran lebih dua jam, malah duduk di kaki lima premis perniagaan di Gajah Berang, di sini semalam.

Kejadian kira-kira 7.30 pagi itu disedari seorang lelaki selepas melihat haiwan ternakan itu berkeliaran di hadapan rumahnya di Jalan Ong Kim Wee sebelum bertindak menghalaunya dengan menaiki motosikal.

Lelaki dikenali sebagai Tan, 27, berkata, tindakannya itu bagaimanapun membuatkan lembu tersebut lari ke arah premis perniagaan di Gajah Berang dan duduk di hadapan sebuah pusat dialisis, sebelum dia menghubungi bomba kira-kira 7.45 pagi untuk mendapatkan bantuan.

“Bomba yang tiba lima minit kemudian cuba menangkap lembu itu, tapi ia lari sejauh lebih satu kilometer ke arah Jalan Berang dan ke Kampung Chitty sebelum sampai ke kawasan Rumah Pangsa Sri Siantan Seksyen 2, Tengkera bersama bomba yang turut mengejarnya.

“Lembu itu akhirnya berjaya ditangkap enam anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu ketika ia berehat di kaki lima tingkat bawah rumah pangsa tersebut, sebelum diikat pada sebatang pokok di kawasan berhampiran,” katanya di sini, semalam.

Menurut Tan, pada masa sama, bomba turut menghubungi Jabatan Veterinar dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) memaklumkan kejadian dalam usaha mengesan pemilik lembu berkenaan berikutan terdapat tanda pendaftaran pada telinganya.

“Kira-kira 10.30 pagi, pemilik lembu seorang lelaki berusia 56 tahun dari Kampung Lapan, Bachang datang ke lokasi lembu diikat," katanya.     

Sementara itu, pemilik lembu yang enggan dikenali itu berkata, berikutan kejadian itu, dia dikompaun sebanyak RM200 oleh MBMB mengikut Undang-undang Kecil Lembu-Kerbau 1987 kerana membiarkan lembu berkeliaran di kawasan awam.

Menurutnya, lembu berusia sekitar tiga hingga empat tahun itu dipercayai menghilangkan diri sejak 6.30 pagi apabila terdapat orang awam yang melihat haiwan tersebut di Jalan Tun Perak.

7

Bagus
2

Marah
6

Terkejut
8

Sedih
5

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (32 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cakkkk....aaaa 14-8-2014 02:01 PM
pencuri lembu rilek jer tangkap 3-4 ekor lembu sumbat dalam bonet wira senyap2...
Quote batmana 14-8-2014 02:01 PM
sib baik tk lnggar kete
Quote emmaisa 14-8-2014 02:09 PM
jgn la biarkan lembu2 anda berkeliaran
ni musim orang curi lembu...
Quote Eric.n9 14-8-2014 02:13 PM
Aku rasa lembu tu kena halau dek bini dia

Ni klu tgk sah sah jenis tuan main lepas je lembu dia ni.
Dah ilang betul kena rembat dek pencuri lembu baru meraung nak masuk paper....zzzzz
Quote clarizsa 14-8-2014 02:30 PM
alololo baby moomie ye.... amboi tt...
Quote zorrro_03 14-8-2014 02:40 PM
patutnya lembu2 yg dilepaskan berkeliaran ditembak mampus saja.  kalau dapat cari pemilik dia. tembak mampus juga.  menyusahkan pengguna lain.
Quote GhostWalking 14-8-2014 02:42 PM
clarizsa posted on 14-8-2014 06:30 AM
alololo baby moomie ye.... amboi tt...

Hahahaha comel tak aku bagi nama dia
Quote clarizsa 14-8-2014 02:44 PM
GhostWalking posted on 14-8-2014 02:42 PM
Hahahaha comel tak aku bagi nama dia

comel laa... haha
Quote tungkai 14-8-2014 03:13 PM
Musti abang2 bomba tu mencarut...dah la main job utk cegah kebakaran. Pastu sekarang tangkap ular, pujuk kucing turun pokok. Terbaru...tangkap lembu...adoi laaa...
Quote iman_aly 14-8-2014 03:16 PM
dia bosan laaa.. nk jln2... biar la dia....
Quote znuyul 14-8-2014 03:24 PM
apesal xguna pelali???
Quote Vellfire 14-8-2014 03:25 PM
Cakkkk....aaaa posted on 14-8-2014 02:01 PM
pencuri lembu rilek jer tangkap 3-4 ekor lembu sumbat dalam bonet wira senyap2...


pencuri lembu tu curik time lembu tu tido bukan jalan2 mcm ni Last edited by Vellfire on 14-8-2014 03:32 PM

Quote Vellfire 14-8-2014 03:26 PM
iman_aly posted on 14-8-2014 03:16 PM
dia bosan laaa.. nk jln2... biar la dia....

haha kacau daun tul orang nak jalan2 pun tak senang
Quote ninja boy 14-8-2014 03:36 PM
mungkin pecurik lembu menculik lembu lalu lembu itu sempat melarikan diri dari lori, namun pemilik tetap dikenakan denda
Quote choombee 14-8-2014 03:36 PM
dia pon nk jln2 gak biaq la
Quote iman_aly 14-8-2014 03:52 PM
Vellfire posted on 14-8-2014 03:26 PM
haha kacau daun tul orang nak jalan2 pun tak senang

tu la.. nk bersantai ptg2 pn kacau..
Quote Vellfire 14-8-2014 03:55 PM
choombee posted on 14-8-2014 03:36 PM
dia pon nk jln2 gak biaq la

kalau biar risau jugak menengoknya
kang lembu tu terbuang najis merata2
tu belum part mengamuk lagi
Quote kauado? 14-8-2014 03:57 PM
batmana posted on 14-8-2014 02:01 PM
sib baik tk lnggar kete

klu die langgar kete xper,klu kete yg langgar camno?...kesian yg terlanggar tuh

Quote CocoRocha 14-8-2014 04:00 PM
satu keje plak exercise kejar lembu

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:29 AM GMT+8 , Processed in 0.087472 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top