CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Nahas MH17: Anak Saudara Harap Dapat Lihat Jasad Juruterbang

18-7-2014 05:01 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5487| Komen: 3

Description: Beliau Berkata, Bapa Saudaranya Itu Bersama Isterinya, Mariam Yusuf Serta Dua Anak Lelaki Mereka Pulang Ke Kampung Mereka Minggu Lalu. "Ketika Itu Dia (Wan Amran) Membeli Berpuluh-Puluh Jeni ...
Nahas MH17: Anak saudara harap dapat lihat jasad juruterbang

AHLI keluarga menunjukkan foto Kapten pesawat MH17, Wan Amran Wan Hussin (kiri) yang dipercayai terkorban dalam kejadian pesawat terhempas di timur Ukraine, tengah malam tadi. 

  
KUALA KANGSAR: "Kalau betul ayah saudara saya tiada lagi, saya harap dapat melihat jasadnya dan kebumikan dengan cara yang elok. 

"Apapun kami sekeluarga masih berharap dia masih hidup," kata Nur Suraya Dusuki, 29, anak saudara juruterbang pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH17, Wan Amran Wan Hussin, 50.       
Beliau berkata, sebaik mengetahui nahas itu melalui internet jam 12 tengah malam tadi, ahli keluarganya termasuk kakak Wan Amran, Wan Aini, 61, terus menjerit. 

  
"Kami terlalu terkejut, tak percaya dan tak boleh berkata apa-apa dan semua kami menjerit...kami tak sangka dia pergi dengan begitu tragis. 

"Kami tahu kejadian itu melalui internet dan apabila periksa nama (kru dan penumpang), nama bapa saudara saya berada paling atas," katanya ketika ditemui di rumahnya yang juga kampung halaman Wan Amran di Kampung Jias, Kota Lama Kiri, dekat sini. 

Nur Suraya berkata, selepas mengetahui kejadian itu ahli keluarga mereka berkumpul dan pada jam 2 pagi, Wan Aini dan berberapa adik beradik mereka pergi ke Kuala Lumpur. 

Beliau berkata, bapa saudaranya itu bersama isterinya, Mariam Yusuf serta dua anak lelaki mereka pulang ke kampung mereka minggu lalu.       
"Ketika itu dia (Wan Amran) membeli berpuluh-puluh jenis juadah berbuka dan memanggil semua adik-beradiknya berbuka bersama di rumah kami. 

"Dia juga seorang yang ceria, selalu melawak, orang berpengaruh dalam keluarga tetapi apabila pulang baru-baru ini dia lebih diam dan seperti bermenung. 

"Hari raya pertama nanti dia kata akan singgah sekejap di kampung sebab tidak boleh bercuti. Dia juga ada beritahu mahu menunaikan fardu Haji di Makkah tahun ini tetapi sudah takdir hajat itu tidak kesampaian," katanya.



Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=818042&extra=&page=4
25

Bagus
44

Marah
18

Terkejut
27

Sedih
25

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (157 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote caihuali 10-3-2017 12:50 PM
[url=http://www.louisvuittonoutletlouisvuittonhandbags.us.com]louis vuitton handbags[/url]
[url=http://www.airmax90.us.com]air max 90[/url]
[url=http://www.michaelkorshandbagsoutletsale.us.com]michael kors handbags sale[/url]
[url=http://www.rolexreplicawatches.com.co]rolex watches[/url]
[url=http://www.polooutletonline.us.com]polo ralph lauren[/url]
[url=http://www.outlettruereligion.in.net]true religion jeans[/url]
[url=http://www.swarovski-outle ...
Quote akificha 21-7-2014 08:23 PM
takziah keluarga mangsa..al-fatihah
Quote lululun 21-7-2014 10:01 AM
sedihnya...... semoga malaysia dapat retrieve mayat.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:24 PM GMT+8 , Processed in 0.042498 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top