CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sewa Rumah Di Terengganu Rm50?

16-7-2014 10:01 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10900| Komen: 81

Description: Menurut Ahmad Razif, Kelonggaran Itu Disediakan Untuk Keperluan Golongan Miskin, Gelandangan Atau Mereka Yang Langsung Tidak Mempunyai Tempat Tinggal Di Bawah Program Perumahan Khas Yang Akan Diperken ...
Sewa Rumah Di Terengganu Rm50?

AHMAD Razif Abd. Rahman (tiga dari kiri) memasukkan duit ke dalam tabung sebagai tanda pelancaran Tabung Palestin di pekarangan Bangunan UMNO Seberang Takir, Terengganu, semalam. 


KUALA TERENGGANU 14 Julai - Terengganu di bawah kepimpinan Menteri Besar baharu, Datuk Ahmad Razif Abd. Rahman terus melakukan transformasi berkaitan program perumahan yang bakal melaksanakan kadar sewa rumah serendah RM50 sebulan.


Menurut Ahmad Razif, kelonggaran itu disediakan untuk keperluan golongan miskin, gelandangan atau mereka yang langsung tidak mempunyai tempat tinggal di bawah program perumahan khas yang akan diperkenalkan kelak.


Beliau memberitahu, pihaknya memberi perhatian kepada golongan miskin tegar dengan menyediakan kehidupan baharu kepada golongan tersebut selain membantu mereka menikmati suasana kehidupan lebih baik.

"Kerajaan negeri sedang menilai bagi mewujudkan skim perumahan untuk disewa oleh golongan yang sangat miskin termasuk gelandangan atau yang langsung tak mampu miliki rumah.

"Jadi, kerajaan negeri akan melaksanakan projek perumahan untuk dinikmati golongan berkenaan dengan sewa bulanan yang sangat rendah sehingga RM50 sebulan," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, beliau turut menarik perhatian kerajaan negeri juga bersetuju melonggarkan syarat pemilikan rumah kediaman kepada golongan bujang agar mereka berpeluang memiliki rumah lebih selesa.

Jelasnya, bagi tujuan itu, kerajaan negeri akan menyediakan kuota 10 peratus rumah di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) di negeri ini yang bakal dinikmati golongan bujang.

Usaha itu, kata beliau, dapat memberi peluang kepada 'orang bujang' khususnya orang muda yang belum berkahwin membuat perancangan kewangan lebih awal sebelum membeli rumah.

Menurut Menteri Besar, langkah itu merupakan antara usaha kerajaan negeri menyelesaikan isu perumahan yang menjadi kepentingan dan keutamaan rakyat.
"Maka atas keperluan itulah, kerajaan negeri memberi kuota 10 peratus rumah PPR di Terengganu untuk orang bujang.

"Kita (kerajaan negeri) telah mengambil kira pelbagai aspek dan memutuskan, 10 peratus rumah (PPR) di Terengganu untuk orang bujang," ujarnya.

Terlebih dahulu, dalam satu lagi program berasingan, Ahmad Razif turut melancarkan Tabung Palestin di pekarangan Bangunan UMNO Seberang Takir, di sini awal pagi ini.

1

Bagus
2

Marah

Terkejut
3

Sedih
5

Lawak

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Anak_Nogori 15-7-2014 10:41 AM
Beli rumah dapat diskaun RM7,000

Oleh EZZUAN AHMAD
utusanterengganu@utusan.com.my

Ahmad Razif Abd. Rahman menyerahkan replika kunci rumah mampu milik kepada seorang penerima di Arena Merdeka, Dungun, Terengganu, semalam.
DUNGUN 13 Julai - Bagi meringankan beban rakyat kurang berkemampuan, kerajaan negeri akan memberi diskaun sebanyak RM7,000 pada setiap harga rumah mampu milik di Terengganu.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, harga sebenar rumah jenis itu di negeri ini adalah RM75,000 seunit dan dengan diskaun tersebut, kerajaan bersetuju mengenakan harga RM68,000 sahaja.

Katanya, harga yang dikenakan itu tidak termasuk rumah mampu milik yang dibina di kawasan Duyung dan Ladang Gemilang di Kuala Terengganu.

"Pemilik rumah mampu milik hanya perlu membayar RM68,000 saja, tiada sebarang feadah dikenakan dan mereka hanya perlu bayar RM189 sebulan berbanding RM323 sebulan sebelum ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Penyampaian Kunci Rumah Mampu Milik dan Watikah Pelantikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Arena Merdeka, dekat sini semalam.

Yang turut hadir, Exco Kerajaan negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi, Roslee Daud; Pegawai Pembangunan Dungun selaku Ketua UMNO Bahagian Dungun, Datuk Din Adam dan Pegawai Daerah Dungun, Mat Akil Mat.

Ahmad Razif berkata, sebelum ini, harga yang ditetapkan adalah RM75,000 dengan kadar faedah sebanyak 5.5 peratus selama 25 tahun manakala harga keseluruhan yang perlu dibayar penduduk berjumlah RM130,000.

"Kerajaan melihat harga itu amat berat yang perlu ditanggung rakyat berpendapatan rendah dan ini merupakan hadiah kerajaan negeri sempena bulan Ramadan yang mulia ini.

"Kerajaan menyelami setiap hati dan denyut jantung rakyat dan inilah yang kita buat selaras slogan kerajaan negeri 'Kecil Bagi Kerajaan Besar Bagi Rakyat'," katanya.

Ahmad Razif berkata, harga yang membebankan itu juga menyebabkan ramai di kalangan rakyat yang dipilih menerima rumah itu terpaksa menolak permohonan itu kerana mereka tidak mampu.

"Oleh itu saya telah mengarahkan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) supaya memberi tawaran semula rumah terbabit kepada mereka yang menolaknya.

"Kita mahu semua rakyat miskin dapat menikmati kehidupan yang sempurna tanpa membebankan mereka dengan harga rumah yang tinggi," katanya.

Menurutnya, kelewatan menyerahkan rumah terbabit mengakibatkan banyak perumahan itu mengalami kerosakan akibat perbuatan pihak tidak bertanggungjawab.

"Banyak kerosakan berlaku termasuk kecurian pendawaian elektrik dan kerosakan setiap rumah dianggarkan bernilai sekitar RM3,000 hingga RM5,000.

"Saya dah arahkan PMINT supaya segera baiki segala kerosakan terbabit dan dalam tempoh sebulan, kita mahu rakyat telah menduduki rumah mereka," katanya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... M7000#ixzz37V8D5eHG
© Utusan Melayu (M) Bhd
Quote dino 15-7-2014 11:01 AM
menteri besar penipu.... sekian....
Quote Piya63 15-7-2014 11:02 AM
Biar betul rumah 50 jer
Quote GhostWalking 15-7-2014 11:15 AM
Murahnya mak ngahhhhhhh :lol
Quote znuyul 15-7-2014 11:16 AM
mcm x caye je...boleh ke merugikan negeri mcmni..
Quote aechae 15-7-2014 11:22 AM
dino posted on 15-7-2014 11:01 AM
menteri besar penipu.... sekian....

bang dino, explen la lebih sket....xda ke dgr ura2 lain.... iols nk beli rumah kt tganu lah...kite kn kna pandai amek peluang


cc: @zorrro_03

Quote dino 15-7-2014 11:27 AM
aechae posted on 15-7-2014 11:22 AM
bang dino, explen la lebih sket....xda ke dgr ura2 lain.... iols nk beli rumah kt tganu lah...kite ...

yg kat sbrg takir tu sewa rm400... takde org nak sewa.... sbb tu kita kata bohong.....
pastu yg dpt semua ahli umno..... menteri besar perangai hodoh..... tu je bleh ckp....
Quote aechae 15-7-2014 11:41 AM
dino posted on 15-7-2014 11:27 AM
yg kat sbrg takir tu sewa rm400... takde org nak sewa.... sbb tu kita kata bohong.....
pastu yg d ...

rumah flat ppr ke apa yg dkt TTC tu dh occupied blum?? haritu abah kata ctu pn dorg duk baloh ape ntah...nk bg mcm xnk bg...buat srupa mcm projek tu guna pitih poket dia je....abh ckp nk wi ke org dia je tp org2 dia tu brapa kerat je ada pitih nk bayar

Quote mak_wa95 15-7-2014 11:45 AM
tahniah ganu...

negeri lain patut tiru..
Quote dino 15-7-2014 11:47 AM
aechae posted on 15-7-2014 11:41 AM
rumah flat ppr ke apa yg dkt TTC tu dh occupied blum?? haritu abah kata ctu pn dorg duk baloh ape  ...

dok bg puak2 die jela.....rasanya takde org duduk lg..... byk menipu tuh....
takyah la percaya....nak wat cam mana.... umno trg huduh2 belaka perangai..... tu mat said ngan projek bodoh kat kenyir tuh.....
ugut kluar umno.... org ugut nak bukak kes die masuk balik.....
Quote HaifaHanna 15-7-2014 11:51 AM
aechae posted on 15-7-2014 11:41 AM
rumah flat ppr ke apa yg dkt TTC tu dh occupied blum?? haritu abah kata ctu pn dorg duk baloh ape  ...

Sepatutnye bulan Mei aritu dh serah kunci, tp smpai skang.....harommmmm..
Kerhkerhkerh...
Rumah kosong menimbun-nimbun kt Trgnu, tp last-last, rumah-rumah tu hantu yg duduk, jahanam cenggitu je..
Kami kemaen susah nk carik rumah sewa, wakaf tapai rm550, 40 min dari bandar..........
Kalo rm50 agaknye tuuuuu sane dlm hutan simpan kuala berang sane....
Quote HaifaHanna 15-7-2014 11:54 AM
Aritu hubby kami dpt projek repair rumah pprt tu, block B ngn C tingkat ats skali retak..brani sila lah duduk situ.


Quote Anak_Nogori 15-7-2014 11:58 AM
kalau sesiapa ada masalah..sila buat appointment ngan MB Ganu..jumpa dia...ceritakan...rumah kosong je..tarak penghuni, bohong je, mana ada sewa rm50..bohong je..
Quote aechae 15-7-2014 12:00 PM
HaifaHanna posted on 15-7-2014 11:51 AM
Sepatutnye bulan Mei aritu dh serah kunci, tp smpai skang.....harommmmm..
Kerhkerhkerh...
Rumah  ...

hahh tu la last lalu ctu msa blk bln 4...iols saje la ckp ni klu xda org nk duduk iols nk beli je tu yg abah buka citer gtu tu....bazir gtu saje da siap lama kn....kita tgk la rumah tu akn berpenghuni ke x thn ni......kot2 kekgi thn 2017 bru hegeh2 ada mjlis serah knci amek gmbor sengih lebar gtuuu

Quote HaifaHanna 15-7-2014 12:04 PM
aechae posted on 15-7-2014 12:00 PM
hahh tu la last lalu ctu msa blk bln 4...iols saje la ckp ni klu xda org nk duduk iols nk beli je  ...

Huh!
Nk pilihanraya esk, ade la org duduk...
Amek gambo tersengeh-sengeh.....
Quote dino 15-7-2014 12:04 PM
HaifaHanna posted on 15-7-2014 11:51 AM
Sepatutnye bulan Mei aritu dh serah kunci, tp smpai skang.....harommmmm..
Kerhkerhkerh...
Rumah  ...

kat mengabang lekor tu ade sebiji... rm150
tp takde kena mengena ngan gomen nih....
Quote mesmerize 15-7-2014 12:05 PM
mughahnya ganu.. kalau kat damansara ni middle room apartment je dah RM500
Quote aechae 15-7-2014 12:07 PM
kami xda masalhpn, tggu peluang dia open utk jual ktorg rembat je sbb ktorg ada duit.....tp mlg nya rumah2 tu katanya utk org yg memerlukan, knapa nk bolak balik   itu ini bg jela dkt org yg layak tnpa kira fahaman politik...  tulis besor projek kpkt, sah2 guna duit rakyat, hasil cukai rakyat duk byr....time nk bg mcm projek persendirian plak....

eh, aku ckp lebih2 kang org kata aku x duk sna pn
Quote dino 15-7-2014 12:14 PM
mesmerize posted on 15-7-2014 12:05 PM
mughahnya ganu.. kalau kat damansara ni middle room apartment je dah RM500

kat trg sewa rm500 pun org taknak.....

Lihat semua komen(81)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:49 AM GMT+8 , Processed in 0.228269 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top