CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

20 Khinzir Kandang Di Kuarantin

4-7-2014 10:43 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4497| Komen: 10

Description: Sampel Darah Haiwan Itu Diambil Ekoran Seorang Murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat Di Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Muhammad Ammar Muqrish Zulkiffli Koma Disyaki Dijangkiti Virus Je Dan ...



PUTRAJAYA: Sebanyak 20 ladang **** di Kampung Selamat berdepan tindakan dikuarantin seandainya 181 sampel darah yang diambil positif virus Ensefalitis Jepun (JE).

Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Datuk Dr Mohamad Azmie Zakaria berkata, tempoh penutupan ladang berkenaan juga tidak dapat dipastikan selepas keputusan positif atau negatif virus JE dijangka diketahui pada Jumaat.

Ladang yang dikesan positif JE akan dikuarantin dalam satu tempoh masa yang tidak dapat dinyatakan iaitu sehingga diyakini bebas dari virus itu.

"Selasa lepas aktiviti pensampelan telah dilakukan oleh sepuluh pasukan yang terdiri daripada 40 orang staf. Sampel darah yang diambil dihantar ke Institut Penyelidikan Veterinar, Ipoh bagi tujuan pengesanan kehadiran virus dengan menggunakan teknik 'Polymerase Chain Reaction' (PCR)," katanya.

Tambah Dr Mohamad Azmie, selepas ini pihak veterinar akan melakukan perkara yang sama ke atas 179 lagi ladang **** di seluruh Pulau Pinang selain memantau keadaan di 542 ladang **** di seluruh semenanjung.

Sampel darah haiwan itu diambil ekoran seorang murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat di Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Muhammad Ammar Muqrish Zulkiffli koma disyaki dijangkiti virus JE dan lebih sebulan dirawat di sebuah hospital swasta di Bayan Baru, Pulau Pinang.

Jelasnya, pada masa ini penyebaran virus JE bersifat sporadik atau sekali sekala dan selain manusia, virus itu juga menyerang kuda.

"Lain-lain haiwan seperti lembu, bebiri, kambing, anjing, kucing, katak, mamalia liar dan burung juga boleh dijangkiti cuma ia tidak menunjukkan tanda-tanda klinikal dan kita juga mungkin ada membuat sampling ke atas haiwan-haiwan ini selain ****," katanya.

Katanya lagi, faktor berlakunya penyebaran virus itu dipercayai akibat musim panas yang kini melanda Malaysia menyebabkan air banyak digunakan di ladang **** sehingga menyebabkan air bertakung dan menjadi tempat pembiakan nyamuk "Culex Tritaeniorhynchus".

"penternak perlu menjaga kebersihan ladang masing-masing dan membuat saliran perparitan yang baik bagi mengelakkan air daripada bertakung.

"Mereka jugak boleh melaporkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar jika mengesyaki **** peliharaan dijangkiti virus," ujarnya.

Kata Dr Mohamad Azmie, penternak yang gagal berbuat demikian berdepan tindakan di bawah Seksyen 31 Akta Binatang Pindaan 2013 yang jika disabitkan kesalahan boleh didenda sebanyak RM 25,000.

 



2

Bagus

Marah
8

Terkejut

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TuntungReturn 3-7-2014 09:35 PM
ape.komen hntu gigi?lol
Quote tupaiterbang 3-7-2014 09:39 PM
berapa itu apek mau kasik kawtim?
Quote dino 3-7-2014 09:57 PM
aisye.... tak sedap la mknan penang kebangga lepas ni.....
Quote ~anya~ 3-7-2014 10:07 PM
dino posted on 3-7-2014 09:57 PM
aisye.... tak sedap la mknan penang kebangga lepas ni.....

Semua makanan otomatik jadi sedap bila letak babi... kata kebangga...
Quote pyropura 3-7-2014 10:12 PM

..bilangan babi kat nugeri2 Umeno macam Nisimilan, Pahang, perak, juhor & mulaka lagi banyak, so no problem for them...
Quote dino 3-7-2014 10:14 PM
pyropura posted on 3-7-2014 10:12 PM
..bilangan babi kat nugeri2 Umeno macam Nisimilan, Pahang, perak, juhor & mulaka lagi banyak, so n ...

negeri umno rasa lain.... negeri dap lg sodap....
Quote dino 3-7-2014 10:14 PM
~anya~ posted on 3-7-2014 10:07 PM
Semua makanan otomatik jadi sedap bila letak babi... kata kebangga...

tu aaa.... asal ade babi jd sedap..
Quote gnote_2 3-7-2014 10:19 PM
pyropura posted on 3-7-2014 10:12 PM
..bilangan babi kat nugeri2 Umeno macam Nisimilan, Pahang, perak, juhor & mulaka lagi banyak, so n ...

klu kat ngeri2 umno.. smua tu kes terpencil jaa
Quote tupaiterbang 3-7-2014 10:22 PM
dino posted on 3-7-2014 10:14 PM
negeri umno rasa lain.... negeri dap lg sodap....

dah umngok terpaksa turutkan kehendak permintaan utk babi..
mmg betul la jenama daPIG paling sohor..
Quote tupaiterbang 4-7-2014 05:36 PM

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:06 AM GMT+8 , Processed in 0.213718 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top