CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Dua Beradik Ditemui 5km Dari Lokasi Dibawa Lari

24-6-2014 04:39 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 28055| Komen: 288

Description: Kanak-Kanak Itu Ditemui Seorang Pekerja Kilang Berusia 58 Tahun Selepas Ternampak Mangsa Sedang Berjalan Sambil Mendukung
Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dan adiknya tiga bulan yang dibawa lari bersama kereta Proton Gen 2 di Puchong Perdana, 7 pagi tadi ditemui selamat.

Kanak-kanak itu ditemui seorang pekerja kilang berusia 58 tahun selepas ternampak mangsa sedang berjalan sambil mendukung adiknya di kawasan perindustrian Puchong Jaya iaitu lima kilometer dari lokasi dia dilarikan.
Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli, kejadian berlaku ketika si ibu menghantar abang dan kakak mangsa ke rumah pengasuh dan meninggalkan kereta dengan enjin tidak dimatikan.

"Ketika itu suspek masuk ke dalam kereta dan membawa lari kedua-dua mangsa yang berada di dalam kereta terbabit. Suspek turut mengacukan pisau kepada mangsa," katanya.

Polis masih menjejaki suspek dipercayai seorang remaja lelaki memakai pakaian seragam sekolah yang membawa lari kereta berkenaan dengan nombor pendaftaran WLF4727 Proton Gen 2 berwarna biru.






5

Bagus
2

Marah
3

Terkejut

Sedih
4

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cutebaby5907 24-6-2014 02:42 PM
Alhamdulillah selamat
Quote nebulagazer 24-6-2014 02:44 PM
Alhamdulillah syukur
Huhuhuhu....
Tatau prasaan aku campor baur
Quote annehuda 24-6-2014 02:45 PM
kejadian berlaku ketika si ibu menghantar abang dan kakak mangsa ke rumah pengasuh dan meninggalkan kereta dengan enjin tidak dimatikan.


kebodohan apekah ini???
Quote voiletiris 24-6-2014 02:47 PM
comel nya baby tu..nasib selamat..napa lah mak/pak tak serik2 nak tingalkan anak dlm keta yg masih on .
Quote sapp73 24-6-2014 02:48 PM
Remaja sekolah pun dah jadi samseng melarikan kereta serta bawa senjata tajam.

Nasib baik terselamat tanpa kecederaan...tak boleh bayangkan si abang dokong adiknya yg berusia 3 bulan tu berjalan meminta bantuan.

Ibu bapa please pastikan anak lock kereta dari dalam walau pun sekejap.
Quote nsyazawani 24-6-2014 02:48 PM
annehuda posted on 24-6-2014 02:45 PM
kebodohan apekah ini???

iolss kdg2 rasa mengigil2 kena handle baby iolss sorg2 rasa takut sgt dgn keadaan skrg musim budak2 kena culik
Quote mawarika 24-6-2014 02:51 PM
Mak aku. Selalu buat mcm ni..marah betul aku!
Quote prettyuglybabe 24-6-2014 03:01 PM
aduhai... nasib baik la ada si abang. kalu baby tu aja cam mana la
Quote Mulan 24-6-2014 03:03 PM
abih karang mak dia lock anak dlm kereta konon sekejap pastu terlupa.. abih mati plak



Quote fatehana 24-6-2014 03:09 PM
banyak betul kejadian mcm ni
mak pak sila jgn alpa, leka atau amik mudah benda ni
anak2 yg jd mangsa bila mak pak rs cam sekejap jer nak hantar anak dan biarkan enjin hidup
seriau betul bila dgr jd masing2 amik ler iktibar
Quote JunkMail 24-6-2014 03:11 PM
aku rasa nak salahkan akak ni pun susah....takat nak tinggal kejap seminit dua..10 langkah dari kereta pun dah tak selamat...kalo dia masuk kedai shopping beli air sirap tu mmg harus kena maki...ni anta anak gi kat pengasuh jer pun..tu pun dah tak selamat skrg...
Quote auntieagony 24-6-2014 03:13 PM
Mulan posted on 24-6-2014 03:03 PM
abih karang mak dia lock anak dlm kereta konon sekejap pastu terlupa.. abih mati plak

A'ah. Serba salah makbapak sekarang. Dikunci kereta dgn anak2 di dlm - takut tertinggal dan terus terlupa. Tak kunci - kereta pulak dibawak lari oleh carjacked remaja.

Sudah2lah menyalahkan makbapak2. Keadaan keselamatan yg tidak lagi terjamin patut dititikberatkan.

Quote nazsh 24-6-2014 03:14 PM
Sib baik jpa balik..aminn
Quote shachihata33 24-6-2014 03:17 PM
aku selalu tegur parents anak murid aku bila hantar anak x matikan enjin pastu tinggal kereta luar pagar sekolah. aku yg stress ..pernah sekali aku tegur bapak budak tinggalkan vellfire baru beli x mati enjin. Tak tau lah kenapa masih ada manusia berfikiran singkat mcm ni. Dah terhantuk nanti baru nak terngadah.
Quote ayanganje 24-6-2014 03:18 PM
kebanyakan kejadian hanya si ibu jer yang ada
nampak sangat si suami lepas tgn semua benda pada si isteri
Quote sunquick 24-6-2014 03:18 PM
sedihnyeeee...

terbayang si abg dukung si adiknye
nasib baik x di apa2 kan..

alhamdulillah...mereka selamat...
Quote fifie_olin 24-6-2014 03:41 PM
umo 3 bln...
Quote munchkin 24-6-2014 03:42 PM
Alhamdulillah selamat. Comel adik tu. moga dipertemukan penjahat tu. hukum gantung bagus juga pada penjenayah ni
Quote mizahanan 24-6-2014 03:48 PM
Comelnya dua2 anak tu.. alhamdulillah selamat.

Lihat semua komen(288)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.152240 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top