CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isytihar Bankrap Bukan Pilihan Sesuai Mas

29-5-2014 10:58 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4192| Komen: 7

Description: Pengarah Komersial Mas, Dr. Hugh Dunleavy (Gambar) Berkata, Pemulihan Syarikat Sedang Berlaku Dan Insiden Kehilangan Pesawat Mh370 Tidak Menjejaskan Langsung Proses Tersebut.


KUALA LUMPUR 27 Mei - Syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines (MAS) tidak melihat bankrap sebagai pilihan pada peringkat ini ,sebaliknya akan berusaha gigih mempercepatkan lagi proses baik pulih untuk membantu syarikat mencatat untung pada tahun depan.

Pengarah Komersial MAS, Dr. Hugh Dunleavy (gambar) berkata, pemulihan syarikat sedang berlaku dan insiden kehilangan pesawat MH370 tidak menjejaskan langsung proses tersebut.
Beliau berkata, insiden itu hanya menjadi gangguan terhadap operasi syarikat dan MAS komited untuk memperbaiki keadaan itu.

Tambahnya, kajian semula operasi tersebut akan mengambil masa sehingga tiga bulan dan untuk melaksanakan perubahan mungkin memerlukan enam hingga sembilan bulan.

"Sekarang adalah masanya untuk melihat semua aspek model perniagaan kami dengan lebih dekat, seterusnya menambah baik dan menjadikannya lebih efisien seboleh mungkin.

"Bagi model perniagaan yang dilihat kurang penting atau dirasakan syarikat lain boleh melakukannya secara efisien, kami (MAS) perlu memikirkannya semula," kata beliau yang dipetik oleh Bloomberg hari ini.

Berikutan dengan kenyataan Dunleavy, harga saham MAS meningkat 2.85 peratus atau setengah sen ketika waktu rehat tengah hari, paras tertinggi dalam 11 hari.

Dunleavy berkata, jumlah tempahan dari China turun kira-kira 50 peratus hingga 60 peratus selepas insiden MH370 yang membawa majoriti penumpang dari negara itu.

Beliau berkata, MAS mempunyai rancangan untuk kembali meraih keuntungan tetapi berpendapat ia tidak boleh dicapai pada akhir 2014.

"Saya percaya dengan apa yang dilakukan oleh syarikat buat masa ini, kami sedang merangka pelan perniagaan, menyusun semula pelan sedia ada dan melihat semua peluang yang ada supaya sasaran pada 2015 dapat direalisasikan," katanya.

1

Bagus
1

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
5

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tepisket.. 28-5-2014 09:44 AM
2015 tu apa sasarannya? Ce sebut sikit?
Semoga tercapai
Quote sidewinder 28-5-2014 09:45 AM
kalu tak silap masa Idris Jala jaga MAS penah untung tp tak byk....kena figure untung tu dibuat2
Quote R2D2 28-5-2014 10:08 AM
sidewinder posted on 28-5-2014 09:45 AM
kalu tak silap masa Idris Jala jaga MAS penah untung tp tak byk....kena figure untung tu dibuat2

antaranya jual bangunan MAS kalau tak silap
Quote asher 28-5-2014 10:18 AM
em..bagai menangung biawak idop gamaknyer mas nie..
Quote bluemenx 28-5-2014 10:21 AM
Nobody wants to hear MAS voice, please don't do that - Abdul Aziz




He has been with MAS since 1971. It can be said that TAN SRI ABDUL AZIZ ABDUL RAHMAN is synonymous with MAS. That is why his heart strings are tugged whenever the word MAS is mentioned, MAS which was once the pride of the nation is gradually sliding into the deep end and will fade into oblivion if no efforts are made now to save it.

During this interview with a Malaysia Gazette reporter, Abdul Aziz who is known to be vocal and outspoken just couldn't hide his  emotions anymore. As a Malaysian citizen who was responsible in building the national carrier from scratch to the pride of the nation, Abdul Aziz bristles whenever the option of MAS filing for bankruptcy is mentioned.

For Abdul Aziz, his heart is pierced deeply seeing MAS assets being disposed one after the other as well as its overseas assets which was the toil of his blood, sweat and tears, has now changed hands. He does not want MAS to be bankrupt but wants the national carrier to soar high again, workers morale reinvigorated and MAS image revived once again.

"I'd be honoured to help but not work for MAS. I just want to do national service and two years is enough to turn MAS around. With deep honestly, I really feel sorry for MAS," he told AINUL ASNIERA AHSAN at his house recently.






Quote a_gen2 28-5-2014 10:40 AM
sidewinder posted on 28-5-2014 09:45 AM
kalu tak silap masa Idris Jala jaga MAS penah untung tp tak byk....kena figure untung tu dibuat2

yea la..mau tak untung kalau segala habis asset sykt dijualnya...
Quote sidewinder 28-5-2014 03:15 PM
a_gen2 posted on 28-5-2014 10:40 AM
yea la..mau tak untung kalau segala habis asset sykt dijualnya...

jual laa kalu dah asset tu tak mengutungkan...tak silap aku dulu kat ofice dia area jln sultan ismail ..... ada isu pasal lukisan berharga berjuta2....aku pun ingat2 lupa

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 10:20 AM GMT+8 , Processed in 0.374837 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top