CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Saman Rm500 Jika Biak Nyamuk

20-5-2014 12:07 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5950| Komen: 6

Description: “Mencegah Pembiakan Aedes Lebih Baik Daripada Mengubatinya, Justeru Kawasan Pembiakan Nyamuk Itu Perlu Dibanteras Sepenuhnya,” Katanya Selepas Mengadakan Pemeriksaan Di Kawasan Perumahan Awam Felcra ...



Kompaun RM500 jika biak nyamuk

BANDAR SERI BANDI – KEMAMAN. Pejabat Kesihatan Kemaman tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemilik kediaman dan premis perniagaan yang didapati membiarkan premis mereka menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kawasan Kemaman, Abdul Rahman Abdullah berkata, pihaknya akan melakukan pemeriksaan dari semasa ke semasa di kawasan yang berisiko tinggi atau yang mencatatkan kes demam denggi.

“Kompaun maksimum RM500 akan dikenakan terhadap mereka yang degil membiarkan pembiakan Aedes.

“Mencegah pembiakan Aedes lebih baik daripada mengubatinya, justeru kawasan pembiakan nyamuk itu perlu dibanteras sepenuhnya,” katanya selepas mengadakan pemeriksaan di kawasan perumahan awam Felcra Seri Bandi.

Dalam operasi itu, sebanyak 30 rumah diperiksa oleh Pejabat Kesihatan Kemaman diketuai Pembantu Kesihatan Kemaman, Mohd Hairi Izwan Mohd Anuar bersama lima anggota.




Sementara itu Mohd Hairi berkata, kebanyakan rumah yang diperiksa berpotensi sebagai tempat pembiakan Aedes dan mereka diberi notis amaran serta nasihat agar menghapuskan tempat pembiakan Aedes itu.

“Melalui pemeriksaan itu juga kami mengambil sampel air bertakung yang berpotensi sebagai tempat pembiakan Aedes untuk diuji di makmal Jabatan Kesihatan Kemaman,” katanya.

18

Bagus
13

Marah
15

Terkejut
12

Sedih
14

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (80 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucingTomey 19-5-2014 03:53 PM
pejabat kesihatan punya org bagus....aritu dia wat ronda dekat premis aku ni....dia masuk ....cek atas bawah...sampai kat belakang tgok tandas....alamak...air bertakung....dia cakap leklok...bla bla....soh buang air...kalau nak takung air pun biar mengalir....gua pun ok cik ......muka ada senyum..ini org punya jabatan kesihatan bagus
Quote namirulmukminin 19-5-2014 03:57 PM
Ari tu bukan ke ada video yang kakitangan pejabat kesihatan kantoi sengaja letak jentik2 dalam takungan.. kat nismilan kalu tak silap...
Quote amiraira 19-5-2014 04:15 PM
namirulmukminin posted on 19-5-2014 03:57 PM
Ari tu bukan ke ada video yang kakitangan pejabat kesihatan kantoi sengaja letak jentik2 dalam takun ...

biar betul...knapa wat mcm tu sekali......
Quote chinta89 19-5-2014 04:47 PM
namirulmukminin posted on 19-5-2014 03:57 PM
Ari tu bukan ke ada video yang kakitangan pejabat kesihatan kantoi sengaja letak jentik2 dalam takun ...

ak bru je nk komen mende sama. tp x ingat dah kat mne. pemilik tu x puas hati sb dia yakin dia xde bela nyamuk2 sb air dia dlm takung tu mmg clear nyamuk. sekali tgk cctv kan?? ha, wat malu nama gomen je org cenggini..
Quote munchkin 19-5-2014 05:25 PM
Toilet yang tak guna pun letak sikit toilet cleanser dalam tu. telangkup semua baldi.

Orang jabatan kesihatan nak check rumah, aku cakap tak yah sebab takde air bertaku pun. Dia tunjuk tu (baldi) kat luar rumah. Aku cakap boleh nak tengok, tapi baldi tu kering sebab duk bawah bumbung.. Jiran belakang rumah baru clear rumah dia. Yang sebelah tu, semua baldi dia bertutup.
Quote mikasa 19-5-2014 05:29 PM
Bosan aku dengar berita macam ni. Kalau nak buat
Biarla sepanjang masa.dan kena tegas

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 06:54 PM GMT+8 , Processed in 0.173130 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top