View: 2326|Reply: 6
|
[Tempatan]
Bela la nyamuk kalu nak kena sama 500
[Copy link]
|
|
Kompaun RM500 jika biak nyamuk
BANDAR SERI BANDI – KEMAMAN. Pejabat Kesihatan Kemaman tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemilik kediaman dan premis perniagaan yang didapati membiarkan premis mereka menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kawasan Kemaman, Abdul Rahman Abdullah berkata, pihaknya akan melakukan pemeriksaan dari semasa ke semasa di kawasan yang berisiko tinggi atau yang mencatatkan kes demam denggi.
“Kompaun maksimum RM500 akan dikenakan terhadap mereka yang degil membiarkan pembiakan Aedes.
“Mencegah pembiakan Aedes lebih baik daripada mengubatinya, justeru kawasan pembiakan nyamuk itu perlu dibanteras sepenuhnya,” katanya selepas mengadakan pemeriksaan di kawasan perumahan awam Felcra Seri Bandi.
Dalam operasi itu, sebanyak 30 rumah diperiksa oleh Pejabat Kesihatan Kemaman diketuai Pembantu Kesihatan Kemaman, Mohd Hairi Izwan Mohd Anuar bersama lima anggota.
Sementara itu Mohd Hairi berkata, kebanyakan rumah yang diperiksa berpotensi sebagai tempat pembiakan Aedes dan mereka diberi notis amaran serta nasihat agar menghapuskan tempat pembiakan Aedes itu.
“Melalui pemeriksaan itu juga kami mengambil sampel air bertakung yang berpotensi sebagai tempat pembiakan Aedes untuk diuji di makmal Jabatan Kesihatan Kemaman,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
pejabat kesihatan punya org bagus....aritu dia wat ronda dekat premis aku ni....dia masuk ....cek atas bawah...sampai kat belakang tgok tandas....alamak...air bertakung....dia cakap leklok...bla bla....soh buang air...kalau nak takung air pun biar mengalir....gua pun ok cik ......muka ada senyum..ini org punya jabatan kesihatan bagus |
|
|
|
|
|
|
|
Ari tu bukan ke ada video yang kakitangan pejabat kesihatan kantoi sengaja letak jentik2 dalam takungan.. kat nismilan kalu tak silap... |
|
|
|
|
|
|
|
namirulmukminin posted on 19-5-2014 03:57 PM
Ari tu bukan ke ada video yang kakitangan pejabat kesihatan kantoi sengaja letak jentik2 dalam takun ...
biar betul...knapa wat mcm tu sekali......
|
|
|
|
|
|
|
|
namirulmukminin posted on 19-5-2014 03:57 PM
Ari tu bukan ke ada video yang kakitangan pejabat kesihatan kantoi sengaja letak jentik2 dalam takun ...
ak bru je nk komen mende sama. tp x ingat dah kat mne. pemilik tu x puas hati sb dia yakin dia xde bela nyamuk2 sb air dia dlm takung tu mmg clear nyamuk. sekali tgk cctv kan?? ha, wat malu nama gomen je org cenggini..
|
|
|
|
|
|
|
|
Toilet yang tak guna pun letak sikit toilet cleanser dalam tu. telangkup semua baldi.
Orang jabatan kesihatan nak check rumah, aku cakap tak yah sebab takde air bertaku pun. Dia tunjuk tu (baldi) kat luar rumah. Aku cakap boleh nak tengok, tapi baldi tu kering sebab duk bawah bumbung.. Jiran belakang rumah baru clear rumah dia. Yang sebelah tu, semua baldi dia bertutup.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bosan aku dengar berita macam ni. Kalau nak buat
Biarla sepanjang masa.dan kena tegas |
|
|
|
|
|
|
| |
|