CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Raja Dadah Pablo Escobar

8-5-2014 04:08 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12637| Komen: 24

Description: Hacineda Napoles Ialah Ladang Milik Beliau Sebesar 20 Kilometer Persegi. Ianya Adalah Salah Sebuah Dari Puluhan Rumah Milik Beliau. Rumah Agam Ini Dilengkapi Zoo Yang Dipenuhi Dengan Haiwan Yang Diimp ...
Ketika masih hidup, Raja Dadah Pablo Escobar mengawal 80% pasaran kokain dunia. Beliau dilaporkan mengeksport 80 tan kokain ke Amerika Syarikat setiap bulan. Dalam sebuah serbuan, sebuah pesawat milik Escobar berjaya ditahan pihak berkuasa dan 23.5 kokain ditemui dalam ruangan kargo. Beliau juga dikatakan memiliki harta bernilai USD 3 Billion.  

Hacineda Napoles ialah ladang milik beliau sebesar 20 kilometer persegi. Ianya adalah salah sebuah dari puluhan rumah milik beliau. Rumah agam ini dilengkapi zoo yang dipenuhi dengan haiwan yang diimport dari Afrika. Sebuah lapangan terbang juga dibina bagi memudahkan Escobar bergerak tanpa dikesan pihak berkuasa. Selepas kematian beliau pada tahun 1993, Hacienda Napoles diarah oleh musuh-mush Escobar. Koleksi kereta Escobar dibakar dan rumah ini musnah kerana musuh beliau percaya Escobar menyimpan harta di dalam peti rahsia yang disembunyikan di dalam dinding. Ini semua hanyalah khabar angin dan tiada harta ditemui.

Hak milik Hacienda Napoles diserahkan oleh kerajaan Columbia kepada kerajaan tempatan sungguhpun mendapat tentangan waris Escobar. Rumah agam ini kini menjadi tarikan pelancong yang mahu melihat tinggalan harta raja dadah terkenal dunia ini. Pesawat pertama yang digunakan Escobar untuk menyeludup dadah masuk ke Amerika Syarikat diletakkan di pintu gerabang utama. Sejarah rumah agam dan kisah hidup Escobar juga diletakkan sekeliling taman tema ini. Pada tahun pertama taman tema ini dibuka, 50 000 pelawat datang dari serata dunia. Kini Hacienda Napoles mempunyai sebuah taman air dan hotel 5 bintang bagi kegunaan pelawat.
















Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pestol 7-5-2014 03:06 PM
pestol escobar
Quote pestol 7-5-2014 03:09 PM






Quote pestol 7-5-2014 03:11 PM
siapa taw lagi pasal escobar ni? cerita dia mcm legend sgt je. dgr2 dia ni kaya dari kerajaan ? ada zoo ada mcm2 la
Quote manehnya 7-5-2014 03:14 PM
cantiknya rumah dia
Quote cfa 7-5-2014 03:20 PM
dia ni ke yang dulu aku penah baca article  semasa dia dalam buruan polis, dia bakar jah duit dia berapa milion tah, sebab masa tuh anak pompuan dia kesejukan, pastu takde kayu api, yang ada duit jah, pastu selamba jah bakar duit tuh untuk panaskan badan anak dia..

ke orang lain... luper dah...
Quote pestol 7-5-2014 03:28 PM
cfa posted on 7-5-2014 03:20 PM
dia ni ke yang dulu aku penah baca article  semasa dia dalam buruan polis, dia bakar jah duit dia be ...

bukan ni.. tu org lain kut
Quote -electrifying- 7-5-2014 03:29 PM
hai abam pestol escobar ! lamo menyepi? haha
Quote cfa 7-5-2014 03:40 PM
pestol posted on 7-5-2014 03:28 PM
bukan ni.. tu org lain kut

owhh... kesilapan teknikal....
Quote munchkin 7-5-2014 03:51 PM
Dia bakar usd 2 million semata anak dia sejuk. Wow...pablo escobar...mmg gila.
Quote hayati_hassan 7-5-2014 03:59 PM
sejahat2 Pablo escobar dia sayang anak dia
sanggup bakar duit demi menyelamatkan anak dia
tapi itulah kaya dgn cara haram
rasanya mcm penah tgk documentary pasal dia nie
Quote boyagombak 7-5-2014 04:03 PM
pestol posted on 7-5-2014 03:28 PM
bukan ni.. tu org lain kut

tu adalah boya soatkabar, raja dedah doniyya

Quote popjack 8-5-2014 04:06 PM
yuppp manusia sesat
mmbunuh jutaan nyawa utk kelangsungan hidup darah daging sendiri,
suatu kegilaan memiliki jiwa manusia
yg mana satu benar
yg mana satu palsu

Quote anees~nuhara 14-5-2014 01:28 PM
ohh hooo...mmg kayaaaa
Quote fifie_olin 14-5-2014 03:39 PM
sepandai tupai lompat...mati ats bumbung jua
Quote joyahglam 14-5-2014 03:56 PM
besarnya rumah, tapi buat apa kaya disebabkan jual dadah.
Quote stillen 14-5-2014 04:10 PM
Jual dadah pun kena tembak..org rasuah xkena tembak?
Self made nie
Quote pestol 14-5-2014 04:22 PM
stillen posted on 14-5-2014 04:10 PM
Jual dadah pun kena tembak..org rasuah xkena tembak?
Self made nie

siapa yang suka rasuah tu?
Quote richard303 14-5-2014 05:00 PM
pestol "ketiak" escobar
Quote highcastle 14-5-2014 07:36 PM
hayati_hassan posted on 7-5-2014 03:59 PM
sejahat2 Pablo escobar dia sayang anak dia
sanggup bakar duit demi menyelamatkan anak dia
tapi itu ...

Tapi dalam masa yang sama dia membunuh anak anak org lain kerana dadah. Anak bunuh org tua kerana dadah, mak bapak bunuh anak kerana dadah. Pandai pun dia sayang anak tapi dia tak melihat akibat dadah pada masyarakat.. Memang patut dia mampus..............

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:01 PM GMT+8 , Processed in 0.064465 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top