Taiping: Seorang lelaki maut dalam keadaan mengerikan apabila tubuhnya dihempap sebatang pokok kelapa sawit hingga menyebabkan tulang rusuk dada mangsa remuk di Kampung Simpang Empat Anak Kurau, Batu Kurau, di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, mangsa, Abdul Aziz Hussin, 51, ditimpa pokok ketika mengambil upah menebang beberapa pokok kelapa sawit di kampung itu. Saksi kejadian yang juga pemilik pokok, Zainuddin Abdullah, 72, berkata, kejadian berlaku ketika mangsa mengambil upah menebang deretan pokok kelapa sawit tua miliknya. Menurutnya, mangsa cuba menebang sebatang pokok petai berhampiran bagi menjatuhkan sebatang pokok sawit yang tersangkut pada dahannya. “Sebelum itu, dia sudah memotong batang pokok kelapa sawit berkenaan menggunakan mesin gergaji, namun pokok itu tersangkut pada dahan pokok petai. “Beberapa minit sebelum kejadian, saya melarangnya supaya tidak memotong sepenuhnya pokok petai itu, bagaimanapun dia hanya mengangguk tanda bersetuju,” katanya. Menurutnya, mangsa masih terus memotong sepenuhnya batang pokok petai itu sebelum pokok sawit berkenaan tumbang ke arahnya.
“Saya terkejut dan cuba membantu. Lebih memilukan apabila mesin gergaji yang digunakannya turut mencederakan dadanya selain mengakibatkan tulang rusuk Aziz patah. “Saya cuba mengalihkan batang kayu kelapa sawit itu, namun gagal berikutan terlalu berat. Saya panik terus berlari mendapatkan penduduk berhampiran,” katanya. Penduduk menunjukkan lokasi mangsa dihempap pokok sawit. |
14
Bagus |
9
Marah |
18
Terkejut |
9
Sedih |
13
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT