CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Inspirasi Buat Golongan Kanak-Kanak

25-2-2014 05:28 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2680| Komen: 1

Description: Lihat Saja Menerusi Program Hollywood, Toddlewood, Yang Menampilkan Aksi Si Cilik Yang Meniru Gaya Selebriti Kesayangan Mereka. Sudah Menjadi Acara Tahunan, Aksi Kanak-Kanak Ini Mendapat Perhatian Ram ...

Tina Fey & Amy Poehler



Chiwetel Ejiofor


Lupita Nyong’o

LUMRAH bergelar selebriti popular pastinya menjadi ikutan ramai peminat. Bukan sahaja orang dewasa, gaya dan penampilan mereka turut menjadi sumber inspirasi buat golongan kanak-kanak.

Lihat saja menerusi program Hollywood, Toddlewood, yang menampilkan aksi si cilik yang meniru gaya selebriti kesayangan mereka. Sudah menjadi acara tahunan, aksi kanak-kanak ini mendapat perhatian ramai pihak termasuklah di seluruh negara.

Jom kita lihat aksi mereka meniru gaya selebriti di acara karpet merah, Golden Globe Awards 2014, yang berlangsung baru-baru ini.

Lupita Nyong’o

Aktres baharu bersinar yang mula dikenali menerusi filem 12 Years a Slave, Nyong’o tampak menyerlah dengan gaun merah yang terdedah pada bahagian bahu. Begitu juga dengan kanak-kanak yang bergaya sepertinya. Comel!


Chiwetel Ejiofor

Hitam putih... Aktor British yang baharu sahaja memenangi Anugerah Aktor Terbaik dalam Bafta Awards, Ejiofor kelihatan segak bersama dengan teman wanitanya, Sari Mercer. Pasangan cilik juga tampak serasi.


Jennifer Lawrence

Cantik! Sesiapa sahaja pasti terpegun melihat gaya pelakon Hunger Games ini. Gaun putih yang dipakainya hanya dipadan dengan beg clutch hitam begitu menawan. Si cilik juga tak kurang hebatnya.


Tina Fey & Amy Poehler

Dua sahabat baik ini sering bergandingan dalam mana-mana acara, baik program TV mahupun drama. Malah fesyen mereka juga hampir sama, hitam. Cita rasa mereka tidak pernah mengecewakan. Si comel juga peniru yang hebat.


Giuliana Rancic

Pengacara terkenal, Rancic kelihatan langsing dengan gaun yang kembang berwarna merah hati itu. Biarpun ringkas, dia masih tampak jelita dan menawan. Rasanya si cilik lebih tembam daripada Rancic.


Kelly Osbourne

Anak kepada rockers terkenal, Osbourne ini kadang kala memilih gaya yang salah ketika hadiri majlis formal. Rambut ungunya kelihatan kurang sesuai untuk gaya pemakaiannya. Pilihan kurang tepat bagi kanak-kanak untuk meniru gaya ini.


Paula Patton

Wow! Putih itu suci, gaun yang dipadankan Patton amat sesuai dengan bentuk badannya yang kurus langsing. Ternyata dia sangat bijak memilih pakaian biarpun tanpa aksesori yang mahal. Si comel tampak lebih dewasa.


Sofia Vergara

Tidak perlu dipertikaikan lagi, Vergara mempunyai cita rasa hebat dalam pemilihan gaun yang sesuai dengannya. Biarpun hitam sering menjadi pilihan selebriti sebagai 'warna selamat' namun dia tetap tampak hebat. Terutamanya rantai biru firus yang menyerlahkan lagi penampilannya. Lihat saja bertapa hebatnya si cilik dalam padanan ini!


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manjalara_01 26-2-2014 10:07 AM

[youtube]F3gBZK4QrWY[/youtube]

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 11:01 AM GMT+8 , Processed in 0.040997 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top