View: 18008|Reply: 101
|
Anak Kongsi Pelbagai Kejadian Dan Tak Mahu Pulang Rumah Bapa, Bekas Madu Miera Leyana Tuntut Hak Anak
[Copy link]
|
|
Adibah Abdul Mutalib, bekas madu pelakon terkenal Miera Leyana, telah memfailkan tuntutan ubah perintah interim hadanah terhadap anak keempatnya, Nur Anisa Rosland, 13, yang kini berada di bawah penjagaan bekas suaminya, Rosland Othman.
Tindakan ini diambil selepas Nur Anisa sendiri meluahkan hasrat untuk kembali tinggal bersama ibunya dan empat adik-beradik yang lain.
Adibah, 51, mengakui akur dengan perintah mahkamah yang memberikan hak penjagaan interim kepada Rosland, namun menyatakan bahawa tuntutan ini dibuat atas permintaan anaknya yang tidak mahu kembali ke rumah bapanya sejak cuti persekolahan pada 24 Mei lalu.
“Tujuan saya memfailkan tuntutan ubah interim hadanah untuk Nur Anisa ini disebabkan permintaannya sendiri yang meluahkan kepada saya sejak Januari lalu, di mana dia mahu duduk bersama saya dan bersekolah dekat dengan rumah kami.
“Berkali-kali juga Anisa memberitahu saya mengenai hasratnya itu apabila pulang ke rumah ketika cuti persekolahan. Jadi, sebagai ibu sudah pasti saya inginkan yang terbaik untuk anak, terutama kebajikan, keselamatan, kesihatan mental, dan emosi stabil,” katanya.
Menurut Adibah, dia tidak mendapat kerjasama daripada bekas suaminya, Rosland, yang membantah tuntutan tersebut ketika perbincangan tertutup bersama Hakim Syarie, Zuraidah Ayob.
Adibah juga telah membuat laporan polis pada 4 Jun lalu mengenai keputusan Nur Anisa yang tidak mahu lagi pulang ke rumah bapanya. Laporan ini dibuat untuk mengelakkan tuduhan bahawa Adibah menghasut anaknya supaya tidak kembali ke rumah Rosland.
“Saya membuat laporan polis pada 4 Jun lalu apabila Nur Anisa memang sudah tidak mahu pulang ke rumah bapanya, Rosland, dan ingin tinggal bersama saya serta adik-beradik yang lain. Laporan polis itu dibuat kerana saya tidak mahu didakwa menjadi penghasut kepada Nur Anisa hingga dia tidak mahu balik ke rumah bapanya, sedangkan ia atas kerelaan sendiri,” katanya.
Rosland hadir ke mahkamah bersama ibu mentuanya, Aisah Abdullah, serta diwakili oleh dua peguam, Datuk Seri Amli Embong dan Nurul Balqis Nordin dari Amli & Associates.
Terdahulu, Adibah mendapat hak penjagaan interim untuk dua daripada tiga anaknya selepas Rosland memfailkan tuntutan hadanah pada 24 Mac tahun lalu.
Dua anak, iaitu Nur Liyana dan Nurin Tasnim, memilih untuk tinggal bersama Adibah, manakala Nur Anisa pula memilih untuk menetap dengan bapanya, Rosland. Pasangan Rosland dan Adibah sah bercerai talak satu di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Siti Noraini Mohd Ali, di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 3 Ogos tahun lalu.
Pasangan ini yang telah hidup bersama selama 28 tahun mendirikan rumah tangga pada 3 Jun 1995 dan dikurniakan lima cahaya mata perempuan yang berusia antara 12 hingga 27 tahun.
Rosland berkahwin kali kedua dengan Miera pada Julai 2020, dan hasil perkongsian hidup itu, mereka kini dikurniakan dua anak perempuan.
Sumber : Murai.my |
|
|
|
|
|
|
|
arahan hibah cepat cepat …x dpt banyak skit pun ok….
case harta pencarian dh settle ke? banyak tul ujian dia …. |
|
|
|
|
|
|
|
Jadahnya anak dia ada nama Liyana, bapak kawin dengan si M Liyana juga. Apa kegilaan bodoh ni si bapak ni? Ko ada fettish dengan orang sama nama dengan anak ko? Ewww disgusting |
|
|
|
|
|
|
|
budak ni sendiri nak dududk dgn apaknya kan
Dah penat kena tiaw dgn mak tiri le tu
Baru ko tahu nikmat duduk dgn mak kandung walau susah tak mkn.. |
|
|
|
|
|
|
|
semoga dipermudahkan semua urusan kak diba demi anak2...
semangat kak... jangan putus asa.. gitu... |
|
|
|
|
|
|
|
Oh dah ada dua anak ye ML? No 2 girl jugak? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by akuMNdia at 13-6-2024 09:08 AM
aku teka kena tiaw dgn nenek tiri yg sentiasa jadi pengiring si bapak ke court tu.. tak pun bapak lebihkan adik2 yg lg 2 tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mak sendiri sayang kita tanpa syarat. |
|
|
|
|
|
|
|
Rosland hadir ke mahkamah bersama ibu mentuanya
apa hal yg asik sgt dibontoti mil.. telo kena pegang ke |
|
|
|
|
|
|
|
Rosland hadir ke mahkamah bersama ibu mentuanya
apa hal yg asik sgt dibontoti mil.. telo kena pegang ke
|
|
|
|
|
|
|
|
cap_ayam replied at 13-6-2024 09:05 AM
Oh dah ada dua anak ye ML? No 2 girl jugak?
ya
|
|
|
|
|
|
|
|
mimiloma replied at 13-6-2024 09:13 AM
ya
Meriah dapur |
|
|
|
|
|
|
|
Kromosom XX dari si Rosland ni kuat jugak ye, kahwin dengan bini ke-2 pun anak perempuan semua. Bagus la takde anak lelaki kalau tak konfem bongkak si MIL dan bini ke-2. |
|
|
|
|
|
|
|
bagus Puan Adiba, apa2 lapor polis saja. |
|
|
|
|
|
|
|
Si tanah ros tu patut kawin ngan mak mertua dia dulu, dok ke hulu hilir ngan mak mertua je.. |
|
|
|
|
|
|
|
MIL dia PA dia ke eh?
Ingat duk dengan bapa hepi kot. Sekali uturn semula ke omak. |
|
|
|
|
|
|
|
si tanah ros
|
|
|
|
|
|
|
|
kan dulu ko yg pilih dok ngn apak
pastu lain plak
kan dah susah mcm ni nak kena urus melalui mahkamah bagai
budak ni punnnnn
ko ingat harta mewah tu bahagia ke dik
apa2 pun mak segalanya
mesti seronok kan bkumpul ngn adik beradik lain ngn mak happy2
moga uruskan adik dan keluarga dipermudahkan
|
|
|
|
|
|
|
|
kan tula kalau x mensti bangga dpt anak lelaki
tapi tanah ros kuat kromosom XX
|
|
|
|
|
|
|
|
Jadi bibik kut rumah. Ntah2 kena kerah buat itu ini..
Siapa tau? Baik la duk rumah mak sendiri.
Wlpn sederhana tapi bahagia |
|
|
|
|
|
|
| |
|