FIGURA ini mula dikenali ketika terlibat dalam program realiti, Malaysia’s Most Beautiful sekitar tujuh tahun lalu. Lantaran lakonan yang berkesan dalam drama Dua Hati, nama Jue Aziz terus meniti di bibir peminat di Malaysia. Malah, Jue juga sering menjadi pilihan pengarah dan penerbit semenjak dari itu. Namun bukan kisah kariernya yang ingin Zass kongsikan di sini, tetapi rahsia kecantikan dan awet muda yang berjaya dikekalkan Jue hingga kini. Apatah lagi, dalam usia yang menjangkau 30 tahun, Jue masih lagi kelihatan cantik persis kehadirannya dalam dunia hiburan sebelum ini. Jom ikuti rahsia Jue Aziz dalam menjaga kecantikan dan juga terapinya dalam menangani stress. Apa erti kegembiraan bagi anda? Bagi Jue, bila Jue bersama keluarga dan orang-orang yang menyayangi Jue, itulah kegembiraan yang tidak dapat Jue gambarkan dengan kata-kata. Tambahan pula sekarang Jue sibuk menjaga anak angkat, Darwish Naufal. Dialah pertama hati Jue. Automatik Jue boleh menjadi gembira. Kunci kegembiraan adalah bahagia dengan persekitaran kita. Bagaimana pula cara anda terapi diri dan menangani stress? Jue seorang yang suka duduk di rumah dan habiskan masa di rumah. Jue lebih selesa dan tenang apabila berada di rumah, memang itulah terapi Jue untuk mengembalikan tenaga dan hilang dek sibuk bekerja. Jangan tak tahu, Jue suka memasak, bila tiada apa yang di buat, Jue suka mencipta resipi baru. Jue boleh masak, masakan kampung dan juga bakar kek. Apa pengertian cantik buat anda? Jue rasa kecantikan itu datangnya dari dalam. Cantik luar adalah satu bonus, tetapi cantik dalam adalah yang sebetulnya. Bila kita sentiasa cantik dalaman, ia akan terpancar sendiri. Jika petua lama pula, Jue amalkan jamu yang diminum bersama madu. Jamu yang dihasilkan sendiri oleh arwah nenek Jue, tetapi Jue sudah berhenti mengamalkannya bila sudah mendapat bentuk tubuh yang diinginkan. Jue berterima kasih kepada ibu Jue sebab dialah yang banyak mengajar cara hidup sihat. Bagaimana pula cara anda menjaga kecantikan? Jue amalkan air kosong, untuk kulit sentiasa lembab dan cantik. Apa pula pendapat anda mengenai kesihatan? Jue tidak mengamalkan sebarang suplemen atau vitamin. Tambahan pula, sekarang terlalu banyak pilihan. Jadi tidak tahu mana yang sesuai dengan tubuh kita. Jue lebih selesa mengekalkan kesihatan secara alami seperti mendapatkan rehat dan tidur yang secukupnya. Jue juga kena cukup makan, kalau tak mudah letih. Pengambilan suplemen hanyalah apabila betul-betul diperlukan iaitu jadual kerja sangat padat. Adakah anda amalkan sebarang diet? Tidak. Jue sangat suka makan. Syukur kerana bentuk badan Jue sudah cukup elok. Berat Jue mudah naik dan turun. Jue makan untuk dapatkan tenaga. Jue kawal atas tujuan kesihatan. Jue tidak mengamalkan sebarang diet ketat. Ada buat senaman? Memandangkan Jue dulu olahragawati sekolah, Jue memang aktif kerana dulu main bola jaring dan hoki. Jue mempunyai tubuh yang mudah berotot. Jadi Jue kurang ke gimnasium. Jue lebih suka berenang kerana ia mudah. Macam mana sibuk sekali pun, Jue akan curi masa berbasikal menggunakan mesin di rumah. Itulah senaman paling mudah di rumah untuk Jue kekal cergas. Bagaimana dengan penampilan anda di luar? Jue seorang yang ringkas. Biasanya pakai kasual dan tidak keterlaluan. Jue sukakan cermin mata dan Jue jarang bersolek kerana sukakan wajah polos. Siapa idola anda? Sudah tentu ibu Jue. Dia seorang yang kuat semangat dan bertanggungjawab terhadap keluarganya. Dialah penguat semangat Jue dan semua perkara tentang diri Jue. 5 perkara mengenai Jue: 1. Lasak 2. Seronok 3. Aktif 4. Penyayang 5. Berdikari
|
9
Bagus |
15
Marah |
16
Terkejut |
11
Sedih |
6
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
lady_bonia posted on 2-1-2014 10:53 AM
Die ni gedik kot..
Aritu tertengok die dalam betol ke bohong...gedik semacam..
Tapi berlakon ala2 ...
ADVERTISEMENT