CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Doakan along jaga diri, solat tak tinggal – Ibu Fattah Amin

8-11-2024 07:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 41161| Komen: 28

 


“Masakan saya yang paling dia (Fattah) suka adalah sambal udang.”

Demikian perkongsian ibu kepada pelakon Fattah Amin, Azizah Abdul Ghani mengenai masakan kegemaran anak sulungnya ketika diundang seorang pempengaruh dalam siaran langsung aplikasi TikTok.

Biarpun dilihat sebagai maklum balas santai bagi menjawab pertanyaan ringkas itu, jawapannya dan kelembutan wanita terbabit meraih perhatian ramai.

Dalam temubual berkenaan, ibu Fattah turut mendedahkan sejak kecil, pelakon filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah itu senang dijaga.

“Dia anak yang baik, tidak nakal dan pandai membawa dirinya sendiri,” katanya ditanya mengenai keperibadian puteranya.

Bahkan, kelembutan seorang wanita dalam mendidik anak turut membuatkan Azizah dipuji ketika memberi respons berhubung detik awal aktor terbabit terjun ke arena lakonan.

Biarpun tampak berharap anaknya memilih bidang lain, ibunya tetap mendoakan kesejahteraan hidup permata hatinya itu.

“Mula-mula tahu Fattah jadi artis memang rasa terkejut. Dulu kalau boleh tak payahlah (jadi artis).

“Ada juga pangkat sepupu dan bapa saudara yang menjadi artis.

“Ibu doakan along (Fattah) supaya menjaga diri, solat tidak tinggal, jaga nama baik keluarga,” ujarnya.

Dalam wawacara sama, adik bongsu pelakon terbabit iaitu Raihan turut berkongsi sikap abangnya yang disifatkan tegas.

“Along seorang yang ‘cool’, sewaktu adik-adik masih kecil dia sangat tegas dengan kami. Biasalah anak sulungkan, memang kena tegas sikit.
“Saya mendoakan along menjadi Muslim yang berjaya dunia akhirat, amin,” katanya.

Seperti ibu mereka, sikap tenang, lembut ketika berkata-kata selain sejuk mata memandang adiknya itu turut dipuji netizen.

Malah, dari situ rata-rata yakin Fattah dibesarkan dalam keluarga yang menitikberatkan adab dan berpegang teguh terhadap ajaran Islam.

“Alhamdulillah, Fattah lahir daripada keluarga yang berperawakan baik, insya-Allah yang baik-baik buatnya sekeluarga,” kata seorang pengikut.

“Adik Fattah cantik semula jadi, yang penting tutup aurat dan kuat mengaji,” tulis netizen lain.

Sejak bercerai dengan pelakon Nur Fazura pada 7 Oktober lalu populariti Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd. Amin, 34, naik mencanak bahkan turut disambar sebagai duta produk.

Susulan itu, ahli keluarga terdekat terutama ibunya turut terkena tempias kemashyurannya apabila turut diundang sebagai tetamu di sesi audio siar serta program lain.  



Sumber : – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AWEKSAMURAI 8-11-2024 07:08 PM
Ye lah mak kan? Mana mungkin nk kata ank dia jahat ke teruk ke cth mak sol sol mati2 kata ank kazar salah ank dia x salah
Quote ajeajelah 8-11-2024 07:10 PM
Steady Fatah dan keluarga. Kau perlu kuat. Sikit demi sikit nanti Allah tunjukkan siapa di pihak yang benar dan siapa yang berhati hitam.
Quote 8Queen8 8-11-2024 07:42 PM
I suka parents dan adik beradik Fattah, humble dan cam orang baik2.
Quote Nizleen86 8-11-2024 09:53 PM
Lepasni cherry senduk dah boleh up video masak sambal udang pulak.  Bagi kata2 semangat utk bamtah dah, up video nyanyi pun dah.
Quote noor2 8-11-2024 09:54 PM
Keluarga dia jenis baik2 je...
Quote nolya 9-11-2024 12:22 AM
AWEKSAMURAI replied at 8-11-2024 07:08 PM
Ye lah mak kan? Mana mungkin nk kata ank dia jahat ke teruk ke cth mak sol sol mati2 kata ank kazar  ...

Mengulas cakap emak Fatah, tak perlulah menyenggol2 pula kpd emak orang lain.  Tentang kasih sayang, emak tetap akan sayang kpd anaknya dunia akhirat. Jahat si anak emak akan akuinya di dlm hati, sedih dn kesalkan anaknya disimpan dlm sanubaru tapi tak akan digedang palu. Hanya kpd Allah si emak mengadu dn doa seorang ibu melimpahi rahmat dn restu.
Awak ada anak tak?
Quote OyaTonggek 9-11-2024 08:42 AM
dua2 keluarga jenis baik2..kluarga fazz dr yg ada ada...kluarga patah dr yg sederhana..
bezanya family fazzy x tunggang keadaan yg berlaku, even di wawancara pun xde..maybe media pun tau..org ada ada ni malas nk layan media yg hanya nk buat content atas apa yg jadi so lebih baik berdiam diri..at same time depa bg sokongan. X pernah meols nampak family fazzy kluar media, tunggang lambo, tunggang kedai emas, tunggang birkin.. meols bukan walatah mahupun walafaz.. meols neutral.
Quote lightheaded67 9-11-2024 08:49 AM
Edited by lightheaded67 at 9-11-2024 08:55 AM

tahlah aku rasa ramai tak suka, kalau hal kita tapi nk drag mak bapak masuk skali

mesti ramai ade pngalaman, org tu tak puas hati kat kita, dia ckp suka suka je psl mak pak kita.
mcm budak budak.
Quote cystmex 9-11-2024 09:11 AM
OyaTonggek replied at 9-11-2024 08:42 AM
dua2 keluarga jenis baik2..kluarga fazz dr yg ada ada...kluarga patah dr yg sederhana..
bezanya fami ...

couldn't agree more
Quote cystmex 9-11-2024 09:14 AM
lightheaded67 replied at 9-11-2024 08:49 AM
tahlah aku rasa ramai tak suka, kalau hal kita tapi nk drag mak bapak masuk skali

mesti ramai ade p ...

ni betul. tapi rasanya family dia memang suka je kena drag. dari awal pun memang family side fattah yang beriya bersuara.

disclaimer: bukan walafaz. i pemerhati both side tanpa menyokong membabi buta. kang ada la yang panas tuduh semua pun walafaz
Quote lightheaded67 9-11-2024 09:20 AM
cystmex replied at 9-11-2024 09:14 AM
ni betul. tapi rasanya family dia memang suka je kena drag. dari awal pun memang family side fatta ...

agaknya sbb anak dh masok showbiz kan

maksod meol drag mak pak dlm hal rumahtangga ler..
Quote pocongkiutss 9-11-2024 09:28 AM
OyaTonggek replied at 9-11-2024 08:42 AM
dua2 keluarga jenis baik2..kluarga fazz dr yg ada ada...kluarga patah dr yg sederhana..
bezanya fami ...

Pajurah tu dh lama dlm industri..so family dia dh pandai handle..zaman2 dulu ada je mak pajurah jawab interview uols..artikel pun ada lg.. skrg dia dh pro.. bolayankan aje

Quote hayati_soraya 9-11-2024 10:04 AM
suka tgk family Fattah
Quote kerani_je 9-11-2024 10:09 AM
nolya replied at 9-11-2024 12:22 AM
Mengulas cakap emak Fatah, tak perlulah menyenggol2 pula kpd emak orang lain.  Tentang kasih sayan ...

Femes betoi mokcik azizah ni sekarang..Dimana mana wajah dia..Dlm tiktok bersepah interview die live dgn umie aida la, yg ni founder produk la kot..ibu mithali la katakan dpat lahirkn pattah si along kesayangan rakyat Malaysia..
Quote kerani_je 9-11-2024 10:12 AM
Nizleen86 replied at 8-11-2024 09:53 PM
Lepasni cherry senduk dah boleh up video masak sambal udang pulak.  Bagi kata2 semangat utk bamtah d ...

Sebut pasal si cherry berry ni, semenjak dua menjak ni kemain dia try hard meng up kan balik diri ye..Kemain syok die tunjuk bakat terpendam menyanyi pulak..Nak org puji kot suara die boleh pergi jauh..Mmg la bleh pergi jauh..Mntak sgt tolong pergi jauh dari industri..Stop la mencapub terpaling buat statement itu ini time hot berita pattah n kaka faz..
Quote zehra2 9-11-2024 10:16 AM
selagi.boleh ride.. on saja lah
esok² bila org dh jemu. jgn mohon.dana sana sini pulak..
Quote apedehal 9-11-2024 10:33 AM
Org malaysia mmg mcm ni eh...mcm dah pupus sgt org2 baik kat malaysia yg jaga solat yg yg jaga agama...smpai jakun jadiknya..jgn serang aku pulak pandangan sajork
Quote nolya 9-11-2024 10:52 AM
kerani_je replied at 9-11-2024 10:09 AM
Femes betoi mokcik azizah ni sekarang..Dimana mana wajah dia..Dlm tiktok bersepah interview die li ...

Itu boleh juga sbg satu rezeki Allah nak berikan kpd ibu Fatah, secara tak langsung mendapat perhatian ramai.  Samada umi Azizah disambut meriah atau terselit padah, shnga terikut2 menerima tempias disindir2 dgn konflik anaknya, terserah kpd ramai menanggapinya. Dianggap umi Azizah curi2 mencapub @menunggang kes anaknya, kenapa pula ramai yg terasa dn terseksa. Kalian rugi apa?
Quote LadyCarefree 9-11-2024 12:32 PM
pocongkiutss replied at 9-11-2024 08:28 AM
Pajurah tu dh lama dlm industri..so family dia dh pandai handle..zaman2 dulu ada je mak pajurah ja ...

Mak iols ckp masa mekjurah dgn jamaika, maknya buat statement bahawasanya mekjurah nak berhenti berlakon atas persediaan nak kahwin. Something like that la.

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 04:16 PM GMT+8 , Processed in 0.044871 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top