CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 14105|Reply: 64

Jue Aziz: memasak hilangkan stress

[Copy link]
Post time 2-1-2014 10:23 AM | Show all posts |Read mode


    Jue Aziz        Jue Aziz



FIGURA ini mula dikenali ketika terlibat dalam program realiti, Malaysia’s Most Beautiful sekitar tujuh tahun lalu. Lantaran lakonan yang berkesan dalam drama Dua Hati,  nama Jue Aziz terus meniti di bibir peminat di Malaysia. Malah, Jue juga sering menjadi pilihan pengarah dan penerbit semenjak dari itu.

Namun bukan kisah kariernya yang ingin Zass kongsikan di sini, tetapi rahsia kecantikan dan awet muda yang berjaya dikekalkan Jue hingga kini. Apatah lagi, dalam usia yang menjangkau 30 tahun, Jue masih lagi kelihatan cantik persis kehadirannya dalam dunia hiburan sebelum ini. Jom ikuti rahsia Jue Aziz dalam menjaga kecantikan dan juga terapinya dalam menangani stress.

Apa erti kegembiraan bagi anda?

Bagi Jue, bila Jue bersama keluarga dan orang-orang yang menyayangi Jue, itulah kegembiraan yang tidak dapat Jue gambarkan dengan kata-kata. Tambahan pula sekarang Jue sibuk menjaga anak angkat, Darwish Naufal. Dialah pertama hati Jue. Automatik Jue boleh menjadi gembira. Kunci kegembiraan adalah bahagia dengan persekitaran kita.

Bagaimana pula cara anda terapi diri dan menangani stress?

Jue seorang yang suka duduk di rumah dan habiskan masa di rumah. Jue lebih selesa dan tenang apabila berada di rumah, memang itulah terapi Jue untuk mengembalikan tenaga dan hilang dek sibuk bekerja. Jangan tak tahu, Jue suka memasak, bila tiada apa yang di buat, Jue suka mencipta resipi baru. Jue boleh masak, masakan kampung dan juga bakar kek.

Apa pengertian cantik buat anda?

Jue rasa kecantikan itu datangnya dari dalam. Cantik luar adalah satu bonus, tetapi cantik dalam adalah yang sebetulnya. Bila kita sentiasa cantik dalaman, ia akan terpancar sendiri. Jika petua lama pula, Jue amalkan jamu yang diminum bersama madu.

Jamu yang dihasilkan sendiri oleh arwah nenek Jue, tetapi Jue sudah berhenti mengamalkannya bila sudah mendapat bentuk tubuh yang diinginkan. Jue berterima kasih kepada ibu Jue sebab dialah yang banyak mengajar cara hidup sihat.

Bagaimana pula cara anda menjaga kecantikan?

Jue amalkan air kosong,  untuk kulit sentiasa lembab dan cantik.

Apa pula pendapat anda mengenai kesihatan?

Jue tidak mengamalkan sebarang suplemen atau vitamin. Tambahan pula, sekarang terlalu banyak pilihan. Jadi tidak tahu mana yang sesuai dengan tubuh kita.  Jue lebih selesa mengekalkan kesihatan secara alami seperti mendapatkan rehat dan tidur yang secukupnya.

Jue juga kena cukup makan, kalau tak mudah letih. Pengambilan suplemen hanyalah apabila betul-betul diperlukan iaitu jadual kerja sangat padat.

Adakah anda amalkan sebarang diet?

Tidak. Jue sangat suka makan. Syukur kerana bentuk badan Jue sudah cukup elok. Berat Jue mudah naik dan turun. Jue makan untuk dapatkan tenaga. Jue kawal atas tujuan kesihatan. Jue tidak mengamalkan sebarang diet ketat.

Ada buat senaman?

Memandangkan Jue dulu olahragawati sekolah, Jue memang aktif kerana dulu main bola jaring dan hoki. Jue mempunyai tubuh yang mudah berotot. Jadi Jue kurang ke gimnasium. Jue lebih suka berenang kerana ia mudah.

Macam mana sibuk sekali pun, Jue akan curi masa berbasikal menggunakan mesin di rumah. Itulah senaman paling mudah di rumah untuk Jue kekal cergas.

Bagaimana dengan penampilan anda di luar?

Jue seorang yang ringkas. Biasanya pakai kasual dan tidak keterlaluan. Jue sukakan cermin mata dan Jue jarang bersolek kerana sukakan wajah polos.

Siapa idola anda?

Sudah tentu ibu Jue. Dia seorang yang kuat semangat dan bertanggungjawab terhadap keluarganya. Dialah penguat semangat Jue dan semua perkara tentang diri Jue.


5 perkara mengenai Jue:
1. Lasak
2. Seronok
3. Aktif
4. Penyayang
5. Berdikari

http://www.sinarharian.com.my/te ... kan-stress-1.236228
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2014 10:32 AM | Show all posts
jue azia..idaman laki ku
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2014 10:35 AM | Show all posts
picca terbaru tlg tepek
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2014 10:51 AM | Show all posts
pic baru hok leteh kasi tepek
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2014 10:53 AM | Show all posts
Saya pon suka jue aziz

Penah nampak real life badan sedap2 jek
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2014 10:53 AM | Show all posts


dan



bukan hok leteh . tima kaseh gugel
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-1-2014 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Die ni gedik kot..
Aritu tertengok die dalam betol ke bohong...gedik semacam..
Tapi berlakon ala2 pompuan melayu terakhir gitu...euwww....
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2014 10:57 AM | Show all posts
suka tgk dia ni lawa sgt rasa. suka masa dia dgn jehan dulu tp putus pulak tktau lah kenapa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2014 10:59 AM | Show all posts
best gak dia ni blakon...kalu watak baik jadi gak...comel...
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2014 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
tomet05 posted on 2-1-2014 10:53 AM
dan



Meleleh air liur nengokkk...
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2014 11:11 AM | Show all posts
jue aziz kalau bawak watak mesti yang kisah pasal seorang gadis yang dulu ilar, pastu lame2 jadi baik... 3,4 drama rasenye watak die mesti camni...
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2014 11:18 AM | Show all posts
iols suka watak sheols dalam cerita 'wasiat anak dara'..kelakar and sempoi aje..
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2014 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
lady_bonia posted on 2-1-2014 10:53 AM
Die ni gedik kot..
Aritu tertengok die dalam betol ke bohong...gedik semacam..
Tapi berlakon ala2  ...

Masa betul ke bohong dia ada tu,  gedik giler. Mengade sial. Sharul shiro duda merenyam tu lagi melayan menggatal sama,lagi menjadi jadi.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2014 11:31 AM | Show all posts
ex die sume dh kawen..tgl die jerk lg
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2014 12:06 PM | Show all posts
chia kajang
hehee

tapi demm.. memang lawo minah ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2014 12:08 PM | Show all posts
iols yakin badannya lebih sedap dari masakannya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2014 12:10 PM | Show all posts
buleh join masterchep
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2014 12:38 PM | Show all posts
pernah jumpa jue aziz depan2 last 2 weeks.. kurus nya dia. cantik
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2014 12:40 PM | Show all posts
jue cantik tpi gedix ..............
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2014 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Smlm dia blakon dgn bf iol aiman hakim... dia jd cikgu tp x ikat rambut & cikgu jahat kisahnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 09:55 PM GMT+8 , Processed in 0.088999 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list