CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 50491|Reply: 4

[Tempatan] ‘Badan saya diangkat pusaran angin, dihempas dalam parit’ - Mangsa puting beliung Kedah

[Copy link]
Post time 9-11-2024 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Oleh OTHMAN YAHAYA
9 November 2024, 1:11 pm


Seorang penduduk, Abdul Kholid Chin, 75, melihat bangsal kayu di belakang rumahnya serta bumbung rosak dalam kejadian puting beliung di Kampung Kobah, Pendang.


PENDANG – “Mujurlah parit itu tidak dalam, jika tidak pasti saya telah lemas,” kata Salim Arshad, 69, mangsa yang diterbangkan angin puting beliung di Kampung Bukit Cepat di sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.10 petang itu, Salim berada di luar rumahnya dan sedang berbual dengan ahli keluarga apabila terdengar deruman bunyi seperti  kapal terbang sedang berlepas.


“Ketika itu langit cerah, tiada hujan dan selepas melihat puting beliung semakin menghampiri rumah, saya segera menyuruh isteri Rokiah Aziz, 64, dan anak  Muhammad Hafizuddi, 30, masuk ke dalam rumah untuk menyelamatkan diri.


“Tiba-tiba saya terasa badan saya diangkat pusaran angin tersebut sebelum dihempas ke dalam parit. Saya hampir lemas,” katanya semasa ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Bapa kepada tiga orang anak itu berkata, dalam keadaan basah dan masih pening dia sempat merangkak keluar daripada parit berkenaan dan melihat bumbung rumahnya diterbangkan angin kuat.

Sementara itu Pegawai Pertahanan Awam Daerah Pendang,Lt (PA) Yuslina Yusoff berkata, sebanyak empat rumah penduduk di Kampung Kobah dan dua rumah di Kampung Bukit Cepat rosak dibadai ribut dalam kejadian puting beliung petang semalam. – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2024 02:52 AM | Show all posts
Serem malem
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2024 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2024 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Scary


Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2024 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Seramnya. Kesian pakcik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-12-2024 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.130615 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list