CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Lagenda, Mitos & Sejarah Kedah & Kedah Tua

27-12-2013 06:15 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 27813| Komen: 11

Persaingan kuasa-kuasa besar seperti Inggeris dan Perancis di kebanyakan negara Asia Tenggara berlaku begitu hebat pada akhir kurun ke-19. Persaingan ini adalah kerana wujudnya perlumbaan untuk mengaut kekayaan daripada sumber ekonomi yang terdapat di negara-negara Asia termasuk di Tanah Melayu. Kemasukan kuasa-kuasa besar ini telah memberi kesan terhadap penyediaan sistem jaringan perhubungan dan pengangkutan di Tanah Melayu. Oleh itu, bolehlah dikatakan bahawa proses pembinaan jalan kereta api di Kedah adalah semata-mata untuk memenuhi keperluan strategi dan memberi peluang mencari kekayaan bagi saudagar-saudagar yang terlibat dalam aktiviti perdagangan.

Pada 20 Januari 1874, Perjanjian Pangkor telah ditandatangani. Perjanjian ini merupakan titik peralihan yang penting di Tanah Melayu. Ia melambangkan permulaan proses pemerintahan British di negeri-negeri Melayu. Bermula dengan campur tangan untuk menempatkan residen di Selangor, Pahang, Perak dan di Sungai Ujung, Negeri Sembilan lalu membentuk Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMS), British seterusnya berjaya menguasai Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB) yang terdiri daripada Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.

Sebelum sistem pengangkutan kereta api diperkenalkan di Kedah, kaedah perhubungan lebih tertumpu kepada penggunaan sungai sebagai jalan perhubungan. Manakala pengangkutan darat tidak efektif disebabkan kurangnya jaringan jalan raya. Oleh itu, Kerajaan Inggeris berpendapat bahawa perlu diwujudkan satu sistem perhubungan dan pengangkutan yang lebih baik bagi menghubungkan Negeri-Negeri Melayu.

Sejarah Awal


Sejarah pembinaan jalan kereta api di Kedah sebenarnya mengalami satu proses yang agak unik dan berbeza dengan negeri-negeri Melayu yang lain. Keunikan dan perbezaannya adalah disebabkan oleh campur tangan antara dua kuasa iaitu pemerintah Inggeris di Tanah Melayu dan Kerajaan Siam.

Oleh yang demikian, usaha untuk membina landasan keretapi yang pertama di Kedah berlaku agak lewat berbanding dengan perkembangan yang dicapai oleh negeri-negeri lain di Tanah Melayu seperti Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Johor dan Pulau Pinang. Menurut Salim Nabijan dalam tulisan beliau yang bertajuk "Sejarah Pembinaan Jalan Keretapi Negeri Kedah" , kelewatan ini disebabkan oleh faktor kelambatan Negeri Kedah bernaung di bawah kerajaan Inggeris di Tanah Melayu.

Pada tahun 1907, Kerajaan Siam bercadang untuk membina landasan kereta api yang menghubungkan Bangkok dengan Negeri Kedah. Untuk tujuan itu, Siam telah menawarkan konsesi pembinaan landasan tersebut kepada sebuah syarikat Jerman. Jalan kereta api ini menggunakan landasan yang berbeza dari yang digunakan oleh kereta api Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan usaha pembinaan akan dijalankan di bawah pengawasan jurutera-jurutera Jerman. Menurut Salim Nabijan, beliau menyatakan bahawa telah menjadi dasar bagi pihak Inggeris menolak sebarang campur tangan dari mana-mana agensi asing bagi memajukan sesuatu kawasan. Negeri Kedah yang ada ketika itu berada di bawah naungan Kerajaan Siam turut terlibat dengan polisi Inggeris tersebut dan polisi ini nyata memberi kesan terhadap proses pembinaan landasan-landasan kereta api di Negeri Kedah.

Melihat keadaan ini, pihak Inggeris telah sedaya upaya berusaha untuk mengadakan rundingan dengan pihak Kerajaan Siam bagi menghalang pengaruh Jerman pada masa itu. Oleh yang demikian, termeterailah Perjanjian Inggeris-Siam pada tahun 1909 yang telah menyebabkan Negeri-Negeri Melayu Utara iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis diserahkan oleh Siam kepada pihak Inggeris di Tanah Melayu.


Faktor-Faktor Pembinaan     

Menurut Chai Hon Chan di dalam bukunya, "The Development of British Malaya 1896-1909" , beliau menyatakan bahawa motif utama pembinaan jalan-jalan kereta api adalah untuk memenuhi fungsi ekonomi di samping mempunyai motif lainnya seperti memenuhi fungsi politik dan pentadbiran.

Penyataan ini amat berasas memandangkan pada ketika itu potensi Tanah Melayu untuk menjadi sebuah negara pengeluar bijih timah dan getah utama dunia amat cerah. Pada akhir kurun ke-19 dan awal kurun ke-20, berlaku perkembangan yang agak menggalakkan dalam aktiviti pertanian, perlombongan bijih timah dan perdagangan di Negeri Kedah. Sektor pertanian misalnya telah menjadikan Kedah sebagai pengeksport beras yang utama pada ketika itu. Contonnya pada tahun 1889, Sultan Kedah telah memberi tahu kepada Swettenham bahawa pada tahun 1888, Kedah telah mengeksport sebanyak 7000 tan beras.

Sementara itu, dalam bidang perdagangan dan perniagaan yang kebanyakannya didominasikan oleh orang Cina, berlaku peningkatan yang memberangsangkan di antara pedagang dari Pulau Pinang dengan Orang Melayu dan pedagang-pedagang Cina di Negeri Kedah. Namun begitu dalam tahun 1905, perkembangan ini telah menimbulkan beberapa masalah seperti penyeludupan dan masalah-masalah lain.

Oleh yang demikian, satu jaringan sistem perhubungan dan pengangkutan yang baik dan efektif perlu dibangunkan untuk mengatasi masalah tersebut. Pihak penjajah Inggeris juga amat menyedari bahawa eksploitasi terhadap perlombongan bijih timah dan perusahaan tanaman getah boleh menghasilkan pendapatan yang lumayan. Oleh itu, niat penjajah untuk mengaut hasil bumi di Tanah Melayu akan dapat direalisasikan.

Proses Pembinaan

Sebenarnya usaha untuk membina landasan kereta api yang pertama di Negeri Kedah telah bermula pada penghujung bulan November 1893 di British Foreign Office di London. Mr. R.W. Perks yang mewakili "Malay Railway and Works Construction Company" telah mengadakan pertemuan dengan Sir Edward Gray, Setiausaha Sulit Hal Ehwal Luar Kerajaan Inggeris. Hasilnya, Mr. Charles Dunlop telah diarah untuk mengambil konsesi yang diluluskan oleh Kerajaan Siam pada Mac 1891 untuk membina jalan kereta api sejauh 80 batu dari Singgora di bahagian Timur ke Kota Setar dan seterusnya dari Alor Setar ke Bukit Mertajam. Untuk tujuan itu, Mr. Charles telah menghubungi Pejabat di Kementerian Hal Ehwal Luar bagi mendapatkan bantuan kewangan. Namun, pada penghujung bulan Disember tahun 1893, Kerajaan Inggeris telah menetapkan keputusan bahawa bantuan kewangan yang dipohon tidak dapat dipenuhi.

Alasan yang diberikan ialah ahli Straits Legislative Pulau Pinang bercadang untuk membina sebuah pengkalan dan memerlukan wang untuk projek berkenaan. Cadangan untuk membina jalan kereta api dari Bukit Mertajam ke Kulim muncul lagi pada 15 Julai 1904 apabila Putera Devawongse, Menteri Luar Kerajaan Siam menyatakan bahawa Siam akan membantu membina jalan kereta api dari Bukit Mertajam ke Kulim tetapi dengan kadar perbelanjaan yang akan dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Namun rancangan tersebut gagal lagi disebabkan pihak Siam berhasrat untuk memajakkan projek pembinaan tersebut kepada pihak kereta api Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Keadaan ini berlaku setelah pihak Siam mengetahui bahawa kereta api di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dibentuk dan dikendalikan sendiri oleh kerajaan Inggeris sendiri. Akhirnya pada 3 November 1904, sebarang usaha untuk membincangkan perkara yang bersabit dengan cadangan pembinaan landasan keretapi Bukit Mertajam - Kulim ditangguhkan. Oleh itu, timbul persoalan sehingga ke hari ini iaitu mengapa landasan kereta api dari Bukit Mertajam ke Kulim tidak dibina walaupun selepas perjanjian Inggeris - Siam 1909 sedangkan kawasan Selatan Kedah termasuk Kulim merupakan kawasan yang strategik dan kaya dari segi ekonomi.

Justeru, selepas perjanjian Inggeris - Siam pada tahun 1909 ditandatangani dan Kedah diserahkan oleh Kerajaan Siam kepada pihak Inggeris barulah Kerajaan Inggeris benar-benar berusaha untuk membina jalan kereta api di Kedah.

Persediaan serta penyelidikan pertama telah dilakukan dalam usaha untuk membina landasan kereta api dari Bukit Mertajam ke Alor Setar pada penghujung 1911 dan di awal tahun 1912. Jumlah peruntukkan keseluruhan yang ditetapkan oleh pihak pentadbiran kereta api Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) bagi membina jalan kereta api dari Bukit Mertajam hingga ke Alor Setar adalah seperti Rajah A-Perkara & Perbelanjaan.

Kerja-kerja pembinaan jalan kereta api tersebut telah bermula pada penghujung tahun 1912. Pada tahun 1914, pihak pentadbir kereta api NNMB telah menyambung landasan kereta api di Alor Setar ke Negeri Perlis dan Padang Besar.

Landasan kereta api Bukit Mertajam - Alor Setar dibuka secara rasmi pada tahun 1915. Sementara landasan kereta api dari Alor Setar - Bukit Ketri di Negeri Perlis telah dibuka untuk kegunaan pengangkutan dan penumpang pada tahun 15 Oktober 1917 dan landasan dari Bukit Ketri ke Padang Besar telah dibuka pada 1 Mac 1918. Kemudian landasan kereta api dari Padang Besar telah disambungkan dengan Negara Thailand dan dibuka pada 1 Julai 1918.

Terdapat sebanyak 27 buah stesen kereta api dan perhentian kecil atau "Halts" disepanjang jalan kereta api dari Bukit Mertajam sehingga ke Padang Besar. Jarak dan status operasi bagi setiap stesen tersebut bermula daripada stesen Bukit Mertajam adalah seperti Rajah B - Jarak & Status Operasi.
   
Bibliografi
Penghargaan
      
Rajah A - Perkara & Perbelanjaan



Rajah B - Jarak & Status Operasi




Pengangkutan menggunakan kereta api yang diperkenalkan sejak awal kurun ke-20 telah membuka lembaran baru dalam sistem perhubungan di Kedah. Antara faedah serta kesan langsung daripada sistem perhubungan dan pengangkutan ini adalah:

  •     Memudahkan perhubungan dan menjimatkan masa bagi sebarang urusan.
  •     Menggalakkan aktiviti-aktiviti ekonomi dan menjadi alat pengangkutan kepada penduduk.
  •     Menjadikan bandar-bangar seperti Alor Setar, Sungai Petani, Kulim, Gurun dan Bedong sebagai pusat perkhidmatan.
  •     Mengurangkan aktiviti penyeludupan dan kecurian semasa aktiviti perniagaan dan perdagangan dijalankan.

Sesungguhnya, perkembangan di dalam sistem perhubungan dan pengangkutan kereta api di Negeri Kedah sejak ianya diperkenalkan telah memberi sumbangan yang besar kepada perkembangan ekonomi dan sosial masyarakat tempatan. Kini, walaupun sebahagian daripada perhentian yang disenaraikan sudah tidak lagi beroperasi, namun sumbangan kereta api sebagai salah satu sistem perhubungan dan pengangkutan di Kedah tidak boleh dinafikan.


Peta Rangkaian Sistem Kereta Api Tanah Melayu



Stesen Kereta Api Sungai Petani


Stesen Kereta Api Sungai Petani masih lagi beroperasi memberikan perkhidmatan



Stesen Kereta Api Bedong


Keadaan terbiar di Stesen Kereta Api Bedong kerana tidak lagi beroperasi



Stesen Kereta Api Gurun


Bangunan lama Stesen Kereta Api Gurun



Stesen Kereta Api Junun


Stesen Kereta Api Junun hanya beroperasi sebagai persimpangan atau "crossing" sahaja



Bangunan yang pernah menjadi Stesen Kereta Api Tokai pada suatu masa dahulu














3

Bagus

Marah
1

Terkejut
2

Sedih

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alphawolf 17-12-2013 07:55 AM
Yang lain aku tak tau tapi Alor Setar dah baru dah bangunan dia
Quote tykarib 20-12-2013 12:10 PM
Mitos
Penduduk Kedah Asalnya Dari Gergasi?
Oleh : Abdul Ghani Az


Sejarah awal negeri Kedah amat rumit sekali hendak diketahui orang. Kerana mengikut dari sumber-sumber yang boleh dipercayai seperti dari buku-buku Hikayat Merong Mahawangsa dan At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah bahawa negeri ini telah dibuka kira-kira seratus tahun sebelum dari Nabi Muhammad dilahirkan, iaitu kira-kira dalam tahun 470M, atau kira-kira seribu tahun terdahulu dari pembukaan kerajaan Melayu Melaka.

Ianya sezaman dengan tumbuhnya lain-lain kerajaan di benua Asia seperti Kerajaan P'an P'an, Hunan, Cenla dan Campa yang sekarang telah hilang namanya dalam sejarah dan berganti dengan nama-nama kerajaan yang baru pula.

Memandang masa yang begitu lama, tentulah ahli-ahli sejarah tidak dapat memberi keterangan lanjut dan tarikh yang tepat mengenai sejarah negeri itu.

Mengikut Hikayat Merong Mahawangsa (HMM), penduduk asal negeri Kedah (Pulau Serai) ialah keturunan gergasi. Manakala raja pertama pula ialah Merong Mahawangsa sendiri yang berasal dari indera kayangan dan bersahabat baik dengan raja Rom. Ketika Merong Mahawangsa mengiringi Putera Raja Rom untuk berkahwin dengan Puteri China, angkatan mereka telah karam dibinasakan oleh burung geruda yang telah bersumpah sebelum itu dengan Nabi Allah Sulaiman a.s. untuk menggagalkan perkahwinan kedua anak raja itu.

Bila angkatan itu binasa, masing-masing membawa diri. Merong Mahawangsa berusaha untuk menyelamatkan Putera Raja Rom itu tetapi gagal. Akhirnya Merong Mahawangsa sampai di Pulau Serai (Kedah) dan dilantik menjadi raja kepada kaum gergasi yang mendiami pulau itu. Pulau Serai itulah dipercayai Gunung Jerai yang ada sekarang ini. Agaknya kawasan tanah rendah di persekitaran gunung itu belum lagi timbul dari aras laut. Dari keturunan Merong Mahawangsa inilah terus menerus memerintah negeri Kedah sampai sekarang ini.

Ada enam orang raja sebelum negeri Kedah menerima agama Islam. Mereka itu ialah Raja Merong Mahawangsa, Raja Ong Mahapudisat, Raja Seri Mahawangsa, Seri Maha Inderawangsa, Raja Ong Maha Perita Deria (Raja Bersiong), Raja Phra Ong Mahapodisat dan Raja Phra Ong Mahawangsa iaitu raja yang mula-mula menerima agama Islam dengan gelaran Sultan Mudzaffar Syah.

Menurut tawarikh Siam pula, susunan raja sebelum menerima agama Islam adalah seperti berikut; pertama - Phra Ong Mahawangsa, kedua - Phra Ong Mahapodisat, ketiga - Seri Mahawangsa, keempat - Sri Maha Inderawangsa, kelima - Phra Ong Maha Yatidahara, keenam - Phra Ong Mahapodisat dan ketujuh - Phra Ong Mahawangsa iaitu Sultan Mudzaffar Syah (sultan yang mula-mula menerima agama Islam).

Bagaimanapun, jika dibandingkan antara buku-buku tersebut nyatalah At-Tarikh Salasilah negeri Kedah lebih sesuai dijadikan rujukan sejarah. Ramai pengkaji-pengkaji sejarah Kedah yang merujuk buku tersebut kerana buku HMM dan Tawarikh Siam merupakan buku hikayat cuma yang lebih banyak mengaitkan dengan kisah-kisah dongeng dan tidak mempunyai faktor-faktor yang dapat dipegang oleh mereka terutama dari segi tarikh.

Buku HMM lebih sesuai dikatakan sebagai buku hikayat sahaja dan bukannya buku sejarah. Bagaimanapun buku tersebut digunakan juga untuk dibuat perbandingan terutama tentang nama-nama raja yang memerintah.

Dalam HMM, cuma ada tercatat tujuh orang raja sahaja yang memerintah negeri Kedah sebelum menerima Islam, begitu juga Tawarikh Siam, sementara di dalam buku At-Tarikh ada tercatat sembilan orang raja. Bagaimanapun, cuma ahli sejarah sahaja yang dapat memberi kenyataan yang sebenar.

Mengikut At-Tarikh karangan Muhammad Hassan bin Dato' Kerani Muhammad Arshad bahawa penduduk awal negeri Kedah bermula dari pelarian penduduk tanah Jawa yang datang kira-kira seratus tahun sebelum keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. di Mekah. Pelarian itu bukan sahaja tertumpu khusus ke negeri Kedah saja, malahan bertaburan di sepanjang pantai semenanjung Malaysia yang ketika itu lebih terkenal dengan nama Tanah Segara Masin. Orang-orang pelarian itu dipanggil 'Melayu' bererti lari.

Perpindahan atau pelarian itu berlaku bukanlah bertujuan untuk mencari-cari tempat baru tetapi adalah bagi menyelamatkan nyawa setelah negeri mereka (tanah Jawa) diserang oleh bangsa Hindustan yang berbahasa Sanskrit dan beragama Hindu.

Di Kedah, tempat yang menjadi tumpuan ialah di persekitaran kaki Gunung Jerai, mungkin ketika itu pantai kerana waktu pelayaran masing-masing menjadikan puncak Gunung Jerai itu sebagai pedoman.



Hingga kini, lebih kurang satu setengah batu dari pekan Merbok di kaki Gunung Jerai masih terdapat satu tinggalan kuil purba atau candi-candi purba yang serupa dengan candi yang didapati di tanah Jawa. Inilah satu-satunya kesan purba yang didapati sebagai bukti nyata perpindahan penduduk beragama Hindu itu.

Penduduk Kedah (ketika itu terdapat nama-nama lain bagi negeri Kedah Tua seperti Kalah, Kalagam, Kalabar dan Langkasuka) tidak mempunyai raja atau ketua. Mereka cuma hidup sendiri-sendiri sahaja tetapi tetap aman dan damai. Kemudiannya, penduduk makin ramai dengan kedatangan orang-orang dari Pulau Serindit (Ceylon).

Kemudiannya, kedudukan mereka di persekitaran itu tidak aman lagi akibat serangan dari puak-puak dari utara negeri Kedah terutama dari daerah Ligor, Teneserim dan Pegu Burma.

Untuk menahan kemaraan serangan itu, mereka mula bersatu dan melantik ketua di antara mereka. Ketua satu digelar Tan Dermadewan sementara penolongnya digelar Tun Perkasa. Sejak itu, mereka berdualah yang menjadi ketua bagi penduduk di negeri Kedah. Bagaimanapun, tidak pula dinyatakan tarikh yang tepat.

Ketika itu, kawasan Kedah termasuklah Kedah yang sekarang ini, Pulau Pinang dan Seberang Prai, Perlis, Pulau Langkawi dan beberapa tempat di kawasan negeri Thai selatan iaitu seperti Kuala Bara, Cik Baling, Ampe di dalam daerah Setul (Satun). Hampir semua kawasan itu meliputi kawasan tepi pantai.

Pemerintahan Kedah di bawah kekuasaan Tan Dermadewan dan Tun Perkasa itu tidak pula diketahui berapa lamanya. Mengikut buku itu yang dipetik dari satu sumber dalam tahun 630M, seorang raja dari tanah Gumarun yang lari akibat negerinya diserang oleh Maharaja Farsi telah dilantik menjadi raja Kedah yang pertama. Baginda dengan orang-orang besarnya lari dengan jalan laut ke timur. Mula-mula sampai ke Ceylon, Teluk Burma dan akhir sekali ke Kuala Sungai Khelah (Merbok).

Ketibaan raja itu telah disambut dengan hormatnya oleh Tan Dermadewan dan orang-orangnya. Kemudian di tabal menjadi raja dan bersemayam di Kota Langkasuka, sebuah kota yang diperbuat daripada tanah, mempunyai tiga pintu gerbang.

Dari pengalaman memerintah negerinya di tanah Farsi dahulu, Maharaja Derbar Raja telah melantik beberapa orang besar bagi membantu baginda memerintah. Baginda telah melantik menteri empat, lapan dan enam belas.

Alat-alat kebesaran yang dibawa dari Farsi seperti semambu (dinamakan Maha Guru), Negara (gendang kecil), dan nafiri telah dijadikan alat-alat kebesaran diraja. Ketiga-tiga benda itu disampul dengan kain kuning, ditambah pula dengan beberapa jenis alatan dari Jawa seperti gong, serunai dan beberapa buah gendang lagi. Kini, semua alat-alat itu dijadikan alat-alat Nobat DiRaja Kedah. Alatan-alatan itu tersimpan di Balai Nobat Alor Star, di hadapan masjid Sultan.

Selepas Maharaja Derbar Raja mangkat, iaitu raja pertama, ada delapan orang lagi memerintah Kedah sebelum negeri itu menerima agama Islam. Raja-raja itu adalah seperti berikut:

  •     Maharaja Diraja Putera - bersemayam di kota Langkasuka
  •     Maharaja Maha Dewa - bersemayam di Sidim, Kulim
  •     Seri Maharaja Karna Diraja - bersemayam di Kota Aur, Sik
  •     Seri Paduka Maharaja Kerma - bersemayam di Kota Aur, Sik
  •     Seri Paduka Mahraja Maha Dewa - bersemayam di Bukit Meriam
  •     Seri Paduka Maharaja Derma Raja - bersemayam di Bukit Meriam
  •     Seri Paduka Mahraja Maha Dewa II - bersemayam di Bukit Meriam
  •     Seri Paduka Mahraja Derbar Raja - bersemayam di Bukit Meriam

Begitulah susunan raja-raja Kedah sebelum Islam mengikut At-Tarikh itu. Tetapi malangnya, tidak pula diketahui bilakah tarikh-tarikh mereka memerintah. Bagaimanapun, dalam masa pemerintahan tersebut, banyak sudah peristiwa-peristiwa yang berlaku terutama tentang perpindahan tempat bersemayam.

Pada masa Maharaja Diraja Putera memerintah, walaupun baginda tetap bersemayam di kota Langkasuka, namun sempat lagi dalam masa bermain-main mengikut ulu sungai membina sebuah istana di Siong dalam daerah Baling sekarang ini.

Begitu juga tatkala Maharaja Maha Dewa memerintah, walaupun baginda bersemayam di Kota Bandar tetapi telah juga membuka tempat baru dan membina istana. Kali ini bertempat di Sidim dalam daerah Kulim. Baginda telah bersemayam di situ dan Kota Bandar diserahkan kepada adinda baginda yang bernama Maha Sura.

Pada masa Seri Maharaja Karna Diraja pula tidaklah ada tempat-tempat baru dibuka. Baginda lebih suka belayar di laut sambil melihat-lihat daerah-daerah di bawah jajahan takluknya. Dalam masa pelayaran itu, sempat pula baginda menyinggahi beberapa tempat seperti Pulau Langkawi dan Kuala Bara. Urusan pemerintahan ditinggalkan di bawah jagaan Menteri Empat.

Waktu pemerintahan Seri Paduka Maharaja Kerma, istana baru pula telah dibina di Bukit Meriam - jalan Pantai Merdeka. Di sini, lanjut juga usianya hingga beberapa keturunan. Agaknya, raja-raja ketika itu sentiasa mencari tempat yang istimewa untuk membangunkan istana yang tetap. Bagaimanapun, di Bukit Meriam ini cuma sempat hingga tujuh orang raja sahaja, iaitu sampai kepada Tunku Muzzil Syah atau Tunku Mathal Syah yang memerintah dari tahun 634H-679H.

Pada masa pemerintahan Paduka Maharaja Kerma, satu perubahan telah berlaku. Disebabkan kota Bukit Meriam terletak jauh dari Kuala Sungai Merbok - tempat pangkalan diraja dan menjadi susah berpangkalan di tepi pantai, maka Maharaja Kerma telah berpakat dengan orang-orang dan rakyatnya mengorek kuala baru. Maka itulah dibina Kuala Muda yang ada sekarang ini.

Aliran Sungai Merbok yang panjang itu telah dialihkan ke kuala yang baru dikorek. Maka, itulah sebabnya Sungai Merbok tidak mempunyai ulu yang panjang lagi seperti Sungai Muda, padahal kuala itu amat besar. Dengan itu, pangkalan diraja yang bertempat di Sungai Batu Langgaran di Sungai Merbok terpaksa ditinggalkan begitu sahaja.

Pada masa pemerintahan Maharaja Derma Raja pula telah berlaku satu peperangan. Inilah peperangan pertama semenjak pembukaan negeri Kedah. Disebabkan negeri Kedah bertambah maju dan ramai orang dari utara berpindah ke negeri itu, menyebabkan timbul iri hati pihak pemerintah di sana terutama di bahagian Teneserim. Maka angkatan negeri itu pun dikerah menyerang Kedah. Peperangan berlaku di Padang Jangan (Padang Besar) - sempadan antara Perlis dengan Siam.

Angkatan Maharaja Derma Raja diketuai oleh paduka adindanya yang bernama Maharaja Putera.

Berita peperangan itu telah sampai ke pengetahuan Raja Ligor. Raja Ligor telah mengarahkan bala tenteranya membantu Kedah. Dan dengan bantuan itu menyebabkan raja dan angkatan Teneserim terpaksa berundur.

Untuk membalas budi Raja Ligor, Maharaja Derma Raja telah menghantar Bunga Emas dan Bunga Perak yang tiap-tiap sepohonnya mengandungi empat cabang ke Ligor. Barang-barang lain termasuklah dua kayu kain khas berkepala benang emas, dua belas buah perisai, dua belas buah utar-utar (perisai kecil berbentuk bundar daripada tembaga atau besi) dan dua belas kayu kain putih.

Apabila menerima balasan surat, Raja Ligor telah menggesa raja Kedah supaya berbuat demikian tiap-tiap tiga tahun sekali. Tidaklah diketahui pula sama ada ini sebagai ufti tanda tunduk ke Ligor, tetapi di dalam buku itu dinyatakan perkara menghantar bunga emas dan perak tiap-tiap tiga tahun sekali itu telah menjadi adat.

Pada masa Maharaja Maha Dewa memerintah, selain dari orang-orang besar empat, lapan dan enam belas, baginda juga telah melantik beberapa orang ketua bagi membantu baginda memerintah di daerah Pulau Langkawi, Tanjung Dawai dan Kuala Bara. Baginda tetap bersemayam di Bukit Meriam.

Putera baginda yang bernama Seri Paduka Maharaja Derbar Raja pula ialah raja Kedah yang pertama menerima agama Islam dengan gelaran Sultan Muzaffar Syah. Dan nama ngeri dari Qalha dan lain-lain nama itu bagi negeri Kedah diubah kepada nama Negeri Kedah Darul Aman. Baginda telah diislamkan oleh Syeikh Jaafar Aumiri yang berasal dari Yamen kira-kira dalam tahun 531H dan bersamaan tahun Masihi (lebih kurang) 1360M.

Pada tahun hijrah 575 (1406M), Sultan Muzaffar Syah pun mangkat dan dimakamkan di Langgar, Bujang, Kedah.

Puteranya yang bernama Tunku Muazzam Syah dilantik pula menjadi sultan. Baginda tetap bersemayam di Bukit Meriam.

Last edited by winamp05 on 22-12-2013 01:03 AM

Quote tykarib 20-12-2013 12:13 PM
Mitos
Cerita Beras Terbakar Langkawi
Oleh : Dato Wan Ibrahim bin Wan Soloh








Satu cerita sejarah Pulau Langkawi yang termasyhur ialah cerita "Beras Terbakar". Tempat yang dikata beras terbakar itu ialah di Kampong Raja, Mukim Padang Matsirat. Luas kawasan tempat yang didapati beras terbakar itu ialah kira-kira tiga puluh kaki persegi. Dalam yang didapati tertanam dalam tanah lebih tiga kaki. Apabila hujan lebat beras itu timbul.

Mengikut cerita orang tua-tua, Pemerintahan Pulau Langkawi 200 tahun dahulu sampai kurun sembilan belas bertempat di Kampong Raja yang tersebut. Ini boleh dibuktikan iaitu seorang daripada Pegawai Daerah, Pulau Langkawi, yang telah meninggal dunia 80 tahun dahulu telah dikuburkan di kampung ini dan kubur itu ada sampai sekarang.

Berbalik kepada cerita beras terbakar itu, selepas beberapa bulan pembunuhan Mahsuri dengan perintah Datuk Seri Kerma Jaya, datuk yang memerintah Langkawi pada masa itu, pulau ini telah diserang dengan hebatnya oleh orang-orang Siam.

Tempat pertempuran yang dahsyat dan di mana Datuk Seri Kerma Jaya dan panglima-panglimanya yang gagah telah terkorban ialah di Selat Berhala Balik iaitu selat jalan masuk ke Pelabuhan Kuah sekarang.

Sebelum pertempuran yang tersebut itu berlaku, Datuk Kerma Jaya berasa Pulau Langkawi akan tewas, oleh itu ia beri hukum kepada orang-orangnya sekalian beras simpanan hendaklah di tanam supaya tiada terlepas ke tangan musuh.

Ketewasan Datuk Kerma Jaya bagi mempertahankan Pulau Langkawi, mengikut kepercayaan orang-orang pada masa itu dan sampai sekarang pun, ialah dengan kerana sumpahan Mahsuri yang berbunyi "Dengan kerana kezaliman yang dijatuhkan ke atasnya, Pulau Langkawi tidak akan aman dan makmur sehingga tujuh keturunan". Satu daripada bukti sumpahan itu ialah beras simpanan terbakar.

Beras terbakar itu sampai sekarang digunakan oleh sesetengah orang sebagai penawar bagi orang-orang demam panas dan kepialu dan ubat sakit perut.
Quote BotakChinPeng 20-12-2013 02:08 PM
datuk pekema jaya tak terbunuh.

seluruh penduduk langkawi berundur secara teratur ke 3 tempat iaitu kerian, kepulauan mergui dan timian di sumatera.
beras dibakar oleh pihak langkawi untuk mengelak dari diguna pihak siam
Quote tykarib 20-12-2013 02:13 PM
Mitos
Cerita Dongeng Kedah Tua
Oleh : James F. Augustin



Pa' bin Pong menceritakan kepada saya masa kami berdua sedang belayar masuk ke Pelabuhan Kuah (Pelabuhan Bass) pada satu petang beberapa tahun yang lepas.

Katanya "beberapa kurun yang lalu, orang-orang Kedah serupalah dengan orang-orang Negeri Troy. Orang-orang Troy mengorbankan gadis dari masa ke semasa kepada raksasa laut dengan perintah Poseidon untuk membela Laemedon, Raja Negeri Troy, kerana ia enggan membina kota sekeliling bandar negeri itu sebagai hadiah kepadanya. Raja-raja Negeri Kedah pula terpaksa mengorbankan seorang puteri Kerabat Di Raja kepada seekor saktimuna laut (sejenis ular besar) di Langkawi apabila seorang Raja baru naik takhta kerajaan atau berbangkit satu peperangan dengan sebuah negeri yang lain".

Sebagai balasan pengorbanan ini, saktimuna itu hanya memakan orang-orang Siam dan orang-orang Mergui. Bukan sahaja ia tidak memakan orang-orang Kedah tetapi juga menjaga rumah tangga mereka; ada kalanya ia merentang diri di pintu pelabuhan (kira-kira dua batu luas) supaya mempertahankan angkatan laut musuh masuk menyerang.

Selepas beberapa tahun orang-orang Negeri Kedah berhenti membuat pengorbanan itu. Saktimuna itu pun jatuh marah lalu mulai memusnahkan negeri dengan memakan rakyat-rakyat dan kerbau lembu. Tidak ada siapa pun dalam negeri yang boleh memujuk dan menahan perbuatannya.

Maka dalam keadaan yang begitu dahsyat, tak keruan, senyap sunyi dan bercampur duka datanglah seorang tua dan alim memberi tahu isi negeri ia boleh menyelamatkan mereka dari haruan saktimuna itu. Ia pun tidak berlengah lagi menghamparkan tikar sembahyang terus sembahyang dan membaca doa. Selesai sahaja ia memberi salam, datanglah saktimuna itu turun dari gunung-ganang lalu membelit dan terus menelan orang tua itu dengan satu telanan; lepas itu ia pun naik seolah-olah marah yang amat sangat. Seluruh batang tubuhnya kering-keriut dan memanggungkan kepalanya tinggi daripada pokok yang sehabis tinggi yang ada di situ; ekornya membedal dengan sekuat-kuat bedalan dan matanya berbinar seumpama api. Kemudian dengan menyemburkan darah dari mulutnya, ia pun menjalar dengan pantasnya ke arah gunung-ganang Pulau ini.

Semenjak dari itu tidak pernah kelihatan saktimuna ini; ada orang yang biasa naik ke daerah gunung-ganang ini untuk mencari bijih timah ada berjumpa tulang ular yang sangat besar di antara lurah-lurah gunung yang dalam.

Quote tykarib 20-12-2013 05:42 PM
Cerita Rakyat
Hikayat Merong Mahawangsa
Oleh : Siti Hawa Saleh
Sumber : Sastera Sejarah Negeri Kedah




Pendahuluan

Hikayat Merong Mahawangsa (HMM), yang menerangkan asal usul raja-raja Kedah berdasarkan mitos dan lagenda, menjadi ahli genre sastera sejarah tradisional Melayu. Hampir setiap kerajaan Melayu zaman silam mempunyai hasil sastera sejarahnya sendiri yang menerangkan asal usul raja-rajanya, asal usul negeri, perkembangan sejarahnya dari awal hingga ke akhir berdasarkan konsep sejarah yang dipegang oleh masyarakat Melayu tradisional. Hasil sastera sejarah itu dipegang oleh kerajaan berkenaan sebagai suatu dokumen yang sah bagi mengabsahan hak dan kuasa raja ke atas negerinya.

Oleh yang demikian, dalam perbendaharaan kesusasteraan Melayu tradisional, terdapatlah berbagai-bagai hasil sejarah, daripada yang paling terkenal kepada karya yang jarang-jarang diketahui, malah oleh orang Melayu sendiri. Bersama-sama dengan HMM dalam keluarga sastera sejarah ini terdapatlah Hikayat Raja Pasai, Hikayat Acheh, Hikayat Palembang, Sejarah Raja-Raja Riau, Hikayat Bangkahulu, Sulalat al-Salatin (Sejarah Melayu), Hikayat Johor, Hikayat Seri Kelantan, Hikayat Pahang, Hikayat Patani, Misa Melayu, Asal Usul Raja Sambas, Hikayat Banjar, Hikayat Kotawaringin, Salsilah Kutai, Hikayat Siak dan berbagai-bagai lagi.

Dalam sejarah perkembangan negeri-negeri di Nusantara, pengabsahan kuasa raja menjadi isu yang dipersoalkan dan disanhsikan apabila muncul orang Barat. Persolan itu sama ada ditimbulkan oleh kuasa Barat sendiri mahupun oleh negeri-negeri lain yang menjadi jiran. Ini adalah sebahagian daripada taktik Barat memecahkan negeri-negeri Melayu daripada bersekutu menentang kemaraannya.

Jelas dari sudut penciptaannya, salah satu dari sebab mengapa HMM dikarang ialah untuk digunakan sebagai dokumen pengabsahan kuasa raja Kedah ke atas negerinya dan kawasan-kawasan jajahannya. Hikayat ini juga berguna dalam menepis dakwaan Siam bahawa raja Kedah tidak berhak menyerahkan Pulau Pinang kepada Inggeris pada tahun 1786. Oleh itu, seperti hasil-hasil sastera sejarah Melayu tradisional yang lain, HMM adalah penggemblengan unsur-unsur realiti dan mitos yang digunakan untuk menegakkan kedaulatan raja-raja Kedah dan keturunannya.


Ringkasan Cerita HMM

Angkatan Raja Merong Mahawangsa yang sedang belayar dari Rom ke negeri China telah diserang oleh geroda. Ia membuka negeri Langkasuka dan diangkat menjadi raja. Ia pulang ke Rom setelah menabalkan puteranya Raja Merong Mahapudisat menjadi raja. Langkasuka ditukar namanya ke Kedah Zamin Turan.

Berpandukan nasihat yang diberikan oleh ayahandanya, Raja Merong Mahapudisat merajakan putera sulungnya menjadi Raja Siam, putera tengah sebagai Raja Perak dan anakandanya yang ketiga, seorang puteri, sebagai Raja Patani. Putera yang bongsu menggantikan ayahanda mereka sebagai Raja Kedah dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa. Raja inilah yang memulakan tradisi menghantar persembahan bunga mas dan bunga perak sebagai hadiah kepada kekandanya, Raja Siam, setiap kali kekandanya mendapat putera.

Raja Seri Mahawangsa mangkat setelah kecewa dengan puteranya yang tidak menurut perintah dan digantikan oleh putera itu dengan gelaran Raja Seri Maha Inderawangsa. Seterusnya putera Raja Seri Maha Inderawangsa menjadi raja dengan gelaran Raja Ong Maha Perita Deria yang lebih terkenal dalam sejarah negeri Kedah sebagai Raja Bersiong. Apabila Raja Bersiong turun dari takhta setelah ditentang kerana kezalimannya, puteranya ditabalkan sebagai Raja Phra Ong Mahapudisat. Raja ini digantikan oleh puteranya, Raja Phra Ong Mahawangsa yang kemudiannya menjadi raja Kedah yang pertama memeluk agama Islam. Syeikh Abdullah Yamani menukarkan namanya kepaga Sultan Muzaffar Syah.


Beberapa unsur Pensejarahan Melayu Tradisional Dalam HMM

Pengarang karya sastera sejarah tradisional menggunakan berbagai-bagai unsur mitos dan lagenda untuk dijadikan sebagai bukti subjektif dalam penulisannya. Bila hikayat itu menceritakan tentang sesuatu yang lebih dekat dengan zaman kini, barulah bukti objektif seperti unsur realiti dan sejarah sebenar dipakai.

Dalam HMM kita bertemu dengan berbagai-bagai unsur mitos yang berasal daripada pengaruh Hindu dan juga setempat. Pengaruh-pengaruh yang berbeza juga dipertentangkan supaya ternampak yang satu lebih mengatasi yang lain. Burung geroda, binatang mitis hindu kenderaan Visynu dipertentangkan dengan kuasa Allah menerusi Nabi Allah Sulaiman. Unsur mitos Hindu dan animisme seperti gajah sakti, anak raja yang ditemui dalam buluh betung dan dalam sungai, mitos asal usul tempat dan lain-lain semuanya dikemukakan dengan cara yang teratur dan bertujuan memberikan asal usul raja Kedah gambaran yang agung dan gemilang.

Cerita-cerita di sekitar Raja Bersiung adalah contoh penggemblengan unsur mitos Hindu dan unsur perlambangan untuk memberikan asal usul raja-raja Kedah suatu pewarnaan keagungan dan kehebatan.

Penggemblengan unsur realiti dan mitos tergambar dalam gaya pengarang menceritakan bagaimana terjalinnya perhubungan antara Kedah dengan Siam. Dengan cara yang menarik, pengarang tidak menafikan bahawa Siam mempunyai kedudukan yang lebih tinggi dari Kedah dan mengaku Kedah menghantar bunga mas dan perak kepada Siam. Tetapi pujangga istana Kedah menjelaskan peristiwa-peristiwa ini berlaku dengan pendekatannya yang tersendiri tanpa menjejaskan kedaulatan negeri Kedah.

Telah dijelaskan dari awal bahawa perhubungan antara negeri Kedah dengan Siam adalah berasaskan ikatan kekeluargaan antara adinda bongsu dengan kekanda sulung. Dengan mudah dapat diterima mengapa permaisuri Raja Bersiong dan menteri keempat meminta bantuan dari Siam bila menghadapi masalah mencari orang yang sesuai untuk dijadikan raja, menggantikan Raja Bersiong.

Pengarang tidak mengatakan Raja Siam terus membantu tetapi Raja Siam berunding dengan ahli nujum dan meminta pihak ketiga, iaitu gajah sakti, untuk menyelesaikan masalah itu. Dengan menggunakan unsur-unsur yang wujud dalam sistem kepercayaan masyarakat, pengarang menyatakan tugasnya sebagai pujangga istana yang bertanggungjawab.

Keunggulan HMM makin terserlah dalam pengisahan kedatangan Islam ke negeri Kedah dan proses penyesuaian dari amalan menyembah berhala kepada bertakwa kepada Allah Subhanahu wa Taala.Walaupun ia menceritakan peristiwa yang sama yang disebut dalam banyak karya sastera, pujangga istana Kedah menceritakannya dengan gaya yang berbeza.


Kesimpulan

HMM yang dikarang dengan berdasarkan konsep penulisan sejarah Melayu tradisional, menjalankan peranannya sebagai sebuah penulisan sejarah. Ia bukanlah dikarang semata-mata berdasarkan khayalan dan dongengan; malah banyak rahsia budaya dan nilai hidup zaman dulu tersirat dalam himpunan perlambangan, mitos dan lagenda.




Quote Yourway 20-12-2013 09:44 PM


yeeer, hikayat ini pasal Kedah D Aman..

Quote winamp05 22-12-2013 12:58 AM
pandai guna option search tak kat forum ni ?
Quote HangPC2 22-12-2013 09:06 AM
berapa banyak mahu bukan thread yang sama..... malas mahu cari ka.... thread lama kan ada....
Quote BotakChinPeng 22-12-2013 02:06 PM
Wah sekarang dah boleh cantum topik macam dulu
Quote im_cyclist 29-12-2013 06:15 PM
Sukenye!! Sbb aku suka sejarah.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 08:30 AM GMT+8 , Processed in 0.089257 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top