Anggota Running Man, Kim Jong Kook berhasrat untuk mengajak rakan-rakannya yang belum berkahwin untuk menyimpan sperma. Jong Kook, 45, mendedahkan perkata tersebut menerusi program Heo Young-man’s Food Travel baru-baru ini.
Tambah Jong Kook, dia berasa tertekan setiap kali dijodohkan dengan wanita tertentu kerana lebih selesa mencari jodoh sendiri dan tanpa paksaan. "Ramai bertanya kepada saya tentang perkahwinan kerana usia sudah semakin meningkat. "Saya tertekan kerana ada orang yang minta carikan jodoh untuk saya. Saya lebih selesa berkenalan dan mengenali wanita itu sendiri. "Sejak usia semakin meningkat ini saya rasa saya perlu lebih berhati-hati apabila ia berkaitan dengan hal tersebut," katanya. Katanya lagi, dia ada berbual dengan rakan-rakan yang masih bujang untuk menyimpan sperma.
Loading FB Post... “Saya ada mengajak kawan-kawan yang belum berkahwin untuk menyimpa sperma bersama-sama dan saya serius mengenainya. "Saya juga akan mempertimbangkan untuk berbuat demikian nanti," katanya. Sumber: Gempak
|
Adrif replied at 14-10-2021 02:39 AM
Kim Jong Kook ni kalau tak kawen-kawen pun tak terkejut
dah la cerewet nak mati, kuat membebel pu ...
fly_in_d_sky replied at 14-10-2021 11:35 AM
dalam Running Man memang obvious bebel and daya saing tinggi
nasib baik dapat geng kepala ok
ka ...
Adrif replied at 14-10-2021 01:59 PM
diorang tu sabor je
memang penyabor maksimum, sebab tu senior kan.
Korea junior-senior ni memang ...
ADVERTISEMENT