Badan Meteorologi, Iklim dan Geofizik Indonesia (BMKG) merekodkan fenomena hari tanpa bayang di Bandung kira-kira pukul 11.36 pagi semalam. Lapor Republika, fenomena itu berlaku dalam tempoh cepat iaitu kira-kira dua hingga tiga minit.
Ketua BMKG Bandung, Teguh Rahayu berkata, hari tanpa bayang itu berlaku apabila matahari berada pada kedudukan titik zenith atau tegak. “Keadaan itu menyebabkan bayangan struktur tegak akan kelihatan ‘menghilang’ kerana pertindihan cahaya. “Fenomena itu berlaku dua kali setahun dan hari tanpa bayang terjadi di Bandung selepas ekuinoks berlaku (matahari melintasi khatulistiwa) pada September dan sebelum Mac,” katanya. Jelas Teguh, fenomena tanpa bayang menyebabkan posisi matahari dari bumi berubah sepanjang tahun iaitu antara 23.4 darjah latitud utara ke 23.4 darjah latitud selatan.
Tegasnya, fenomena tersebut tidak memberi kesan terhadap sebarang situasi termasuk cuaca. “Fenomena ini tidak dapat dilihat sekiranya hujan atau mendung,” ujarnya. Sumber: Utusan
|
RatuDunia94 replied at 12-10-2021 01:26 PM
Mula2 tgok tajuk aku ingatkan thermos tertinggal kat taman pastu patah balik lepas 3 minit lesap tan ...
Decaffeinated replied at 12-10-2021 08:18 PM
aku pun pernah, tgh2 jalan kan KL nak pergi lunch aku perasan kon atas jalan langsung takde bayang. ...
ipes2 replied at 12-10-2021 09:28 PM
cones memang la decaf, tapi yg diterima sebagai Lahaina Noon ialah bila tiang tegak tak produce an ...
Decaffeinated replied at 12-10-2021 10:04 PM
cone kalau biasa2 pun ada bayang meh
kebetulan masa tu yang ada atas jalan cuma cone. boleh jug ...
ADVERTISEMENT